I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

56 Comments

Add a Comment
  1. apakah hukum jika sepasang kekasih sedang bercinta dan mengatakan jika aku kahwin dengan kau nanti aku ceraikan kau dengan talak 1 walhal perkara tu kta xtrniat pun.mungkin ketika itu kita xsdar.
    dan kita menyesal apa yg kita lakukan.
    persoalannya,apakah hukum setelah mereka brkahwin nanti ?
    sah o x ??jatuh jgk ke talak walaupn tidak sengaja n tiada tali ikatan sah ketika itu.

  2. salam ustaz.. sebenarnya saya dah terjebak dalam kehidupan lesbian. sekarang,sy xtau macamana nak keluar dari kepompong ini. lebih2 lagi bile keluarga sy mula bertanyakan soal kahwin. buat pengetahuan ustaz,sy ada berkawan ngn seorg lelaki. dan lelaki tu baik dari segi agama dan kehidupan. sy terfikir,sekiranya saya ada jodoh ngan lelaki itu,adakah die boleh terima segala ‘kekurangan’ yang ada pada diri saya ini.. sy terlalu takut apabila memikirkan soal itu. prob yang kedua apabila ‘kawan perempuan’ saya seolah2 tidak padat menerima sy bkawan ngn lelaki buat masa ini. sy stress. harap sgt ustaz dapat tolong sy. sy seringkali menangis tatkala memikirkan soal ini dan menyesal atas keterlanjuran sy 🙁

  3. Assalam ustaz.

    Apakah hukumnya jika suami tidak mahu membin atau bintikan anak yg dikandung isterinya?Apakah tindakan yg perlu dilakukan oleh pihak isteri memandangkan suami tidak lg tinggal sebumbung, tidak memberi nafkah zahir dan batin serta sering mengugut untuk memfailkan kes (berpisah) ke mahkamah. Mohon pendapat dan bantuan.

    1. Jika suami mahu menafikan anak di dalam kandungannya itu sebagai nasabnya, maka suami kena melakukan sumpah li’an (laknat) terhadap isterinya dan isterinya kena membalas sumpah tersebut di mahkamah. Jika tidak, suami itu akan dikenakan had qazaf kerana secara tak langsung menuduh isterinya berzina dengan orang lain.

      Sekiranya puan mahu berpisah, maka puan boleh menuntut perceraian secara khulu’ atau fasakh di mahkamah. Jika tidak, puan boleh buat aduan di pejabat agama supaya suami diberikan kaunseling berkaitan hak terhadap isteri.

  4. Assalamualaikum ustaz

    Saya ada beberapa pertanyaan ustaz. Baru-baru ini saya telah mendapat tahu bahawa teman lelaki saya telah berkahwin dengan wanita lain tanpa pengetahuan saya dan juga keluarganya. Saya keliru dengan penjelasan yang diberikan oleh dia. So, saya ingin bertanya kpd ustaz adakah tindakan saya dgn memberitahu rakan sekerjanya bahawa dia suda berkahwin sebagai tindakan yg boleh menjatuhkan maruahnya dan juga membuka aibnya. Tindakan saya memberitahu rakan sekerjanya cuma mahu memastikan bahawa sama ada dia masih bekerja di tempat kerjanya atau tidak kerana dia memberitahu saya dia suda berhenti kerja. Niat saya cuma mahu tahu kebenarannya ustaz. Bukan mahu menghebohkan pernikahannya Lagi satu apakah hukum mengingati bekas teman lelaki yang telah menjadi suami orang?

  5. Salam ustaz. Sy ada prtnyaan. Adakah seorang ibu itu brhak mnyakiti hati anaknya. Sy ni cuma 2 bradik. Adik sy ada kerjaya dn hdup senang brsama suaminya. Cuma dia tnggal jauh. Sy dn suami tnggal brdkatan dgn ibu sy. Hidup kami susah krana suami sy cuma krja buruh. Apa saja yng kami buat x prnah memuaskan hati ibu sy. Tiap kali dia marah, dia akan ckp kuat2 smpai jiran2 dengar. Malu sy pd jiran2 dn anak2. Sy brsabar sbab x mahu jd ank drhaka. Suami sy pn malu tp dia sabar. Dia nasihatkan sy supaya jgn melawan ckp Ibu. Brdosa. Sy dh jd tmpat ibu lepas geram. Ada kalanya sy rasa seperti anak pungut saja. Adik sy pnjam wang bribu dia beri. Tp sy adakala pnjam rm 50 pn dia bising2. Bkn sy x bayar semula. Adik sy x bayar balik, pada sy juga dia cakap. Bila depan adik, dia diam saja. Sy sedih ustaz. Apa yng harus sy buat. Sy x mahu jd ank derhaka tp ada ketikanya kata2 ibu ckp mnyakitkan.

  6. Salam Ustaz…
    Saya kini berusia 29 tahun, mempunyai teman lelaki. Teman lelaki saya sudah beristeri dan mempunyai 4 orang anak. Kami telah berkenalan selama 7 tahun sebagai rakan sekerja dan baru setahun perhubungan itu bertukar menjadi sayang. Bukan sesuka hati saya nak suami orang sebab saya sndr pernah bertunang, dan putus di tengah jalan. Saya fikir mungkin sudah takdir sebab selama 7 tahun lalu saya tidak pernah melayan dia lebih daripada seorang teman biasa walaupun dia pernah meluahkan perasaan. Dia seorang suami dan bapa yang sangat bertanggungjawab dan saya mengenali isteri dan anak-anaknya. Isterinya tidak mengetahui hubungan kami. Sekarang saya melanjutkan pengajian ke luar negara dan dia masih menghubungi saya setiap hari.
    Kadangkala terdetik dihati saya mungkin dia nak menumpang senang dengan kerjaya yang saya ada. Maklumlah dia mempunyai anak ramai dan isteri seorang suri rumah. walaupun bergaji besar, isterinya sering mengatakan yang suaminya tidak akan mampu beristeri lebih dan memberinya harta.
    Sejak kebelakangan ini saya sering memikirkan hubungan kami. Kerap kali dia mnceritakan kebaikan isteri dan bahagia dia dengan anak2nya. Saya sendiri boleh melihatnya melalui FB milik isterinya yang agak aktif. kadangkala dia tercakap tentang hubungan intim dengan isteri yang ‘best’ katanya. saya menjadi mual dan bosan dengan semua itu. Saya menjadi keliru untuk meneruskan hubungan ini dengan memikirkan adakah berbaloi saya berkahwin menjadi isteri kedua kepada lelaki yang ramai anak, dan seakan ingin menumpang kesenangan saya?serta cerita dalam kain pun nak bgtau pada saya.
    Jika benar dia berniat begitu, saya merasa saya akan sesak nafas, kerana saya sendiri banyak menanggung ibu bapa serta adik beradik yang lain.
    Namun, untuk memutuskan hubungan ini, agak sukar kerana dia terlalu baik dan telah menyuarakan untuk berkahwin setalah saya kembali ke tanah air nanti.

  7. Assalamualaikum ustaz..ambo nak tanye ni..baru2 ni ambo dah jumpe seorang gadis idaman ambo..gadis tu mmg ada ciri2 nk buat isteri…tetapi ambo ni jenis lelaki yg pemalu n x tahu nak tackle hati perempuan…mohon diberikan nasihat

  8. assalamualaikum ustaz….sy yaaya (23 tahun) asal dr utara tanah air…sy nak mintak pendapat dari ustaz…sebelum ini sy mempunyai seorang abg angkat yang bernama S (33 tahun). Masuk bulan kedua perkenalan kami sy dapat rasakan ada sesuatu yang mendekatkan kami…naluri hati kami selalunya kan sama…dia memahami saya…sentiasa memastikan keselamatan saya dan selalu bertanyakan perihal saya dan sy rasa dihargai dan disayangi…namun, lama kelamaan sy sedar yang perasaan sy terhadap S bukan hanya sekadar adik dan abg angkat…dan S pun merasakan yang sebaliknya… kami telah berterus terang dan sekarang hubungan kami seperti pasangan kekasih. namun S merupakan suami orang…S telah berkahwin 8 thun dan punyai 3 orang cahaya mata. tp menurut S, hubungan S dan isteri menjadi renggang bermula 2 tahun yang lepas apabila isterinya sudah kurang memberikan layanan termasuklah tidak menghidangkan makan kepada S sewaktu di rumah, dan lain2. oleh yang demikian S bnyak menghabiskan masa ujung minggu bersama rakan2 di luar.. tapi sejak akhir ini S menyatakan hasrat untuk melamar sy menjadi isteri kedua oleh kerana rasa cinta dan ingin menjaga sy selamanya dan tidak ingin melepaskan saya pada orang lain. namun sy sendiri buntu sama ada perlu menerima atau menolak lamaran itu. sy akui sy sangat sygkan S dan semakin sy cuba jauhkan diri, semakin dekat pula S mendekati dan dia tidak akan putus asa untuk mencari saya. sejak mengenali S sy sedar diri sy telah jauh berubah ke arah kebaikan. S selalu menasihati sy dan sy juga sudah jarang bersosial (tengok wayang, shopping, lepak) bersama rakan2.. apa yang menjadi masalah sekarang adalah keluarga.. bagaimana harus saya memaklumkan lamaran S kepada keluarga. ibu dan ayah sudah pasti akan menentang hebat percintaan ini walaupun Islam sama sekali tidak menegah poligami.. sampaikan kami terlintas ingin berkahwin di sempadan sekiranya ibubapa sy menghalang…Kami masing2 memerlukan antara 1 sama lain dan pada masa yang sama sy rasa bersalah terhadap isteri pertama S…saya buntu sama ada ingin meneruskan hubungan kami atau mengakhirinya… bila mana sy menasihati S supaya berbaik dgn isterinya semula dan S sering memberitahu sudah terlambat. sy dapat merasakan S kekurangan ksih dan syg dr seorang isteri dan kerana itulah lahirnya perasaan ini antara kami…Allah yang mengizinkan perasaan ini antara kami…bantulah sy ustaz…sy betul2 buntu…

  9. Salam ustazlove .. Sy nak tnya, apakah hukum bgi isteri yg menafikan perkahwinan & menafikan bahawa lelaki itu suaminya di depan semua rakan2 nya, padahal dri segi hukum syarak & agama, lelaki itu adalah suaminya yg sah yg di nikahi nya ?…

  10. Assalamualaikum Ustaz,

    Nak tanya apakah hukumnya jikalau bapak kite menyalahkan anak dia di dalam semua hal, walaupun hal itu remeh temeh? Sedangkan saya tidak buat kesalahan, tetapi saya yang kena marahi. Bapak saya selalu memandang hina terhadap saya. Maklumlah saya ni belum mempunyai pekerjaan tetap, belum ada rezeki lah kirakan. Saya tak mahu bapak saya berdosa ataupun saya berdosa walaupun saya tidak membuat apa apa hal. Saya tidak mahu merasa sensitif setiap kali dia marah tetapi semua hal yang dia marah ini tidak berkaitan dengan diri tetapi diri jugak yg kena belasah. Sampai bila saya nak bersabar?

  11. Assalamalaikum ustaz.. boleh saya tanya makna nama haris redza, haris raihan, hanan rafiq.. yang mana lebih sesuai.. terima kasih ustaz..

  12. salam ustaz…
    baru2 ini saya ada bersembang dengan suami tentang bab kerja.suami kata “abg tidak akan membenarkan sayang bekerja selagi abg ada.melainkan andai satu hari nanti abg lepaskn sayang” apakah hukumny bila suami saya berkata begitu ye ustaz.

  13. Assalamualaikum Ustaz, saya nak tanya sesuatu yang penting ni harap ustaz reply cepat. Saya terbeli dan dah terpakai shampoo rambut yang mengandungi ekstrak red wine (polyphenol), boleh ke saya pakai lagi? Kalau tak, apa patut saya buat?

  14. assalam ustaz..saya mohon pencerahan..adakah jatuh talak saya sebelum ini..

    1.saya telah menulis surat cerai bertulis dan menyuruh suami saya tandatangan dengan mengugutnya utk beritahu isteri pertama tentang perkahwinan kami (saya isteri 2)..dan dia tandatangan kerana terpaksa atas ugutan saya.
    adakah penceraian ini sah?

    2.saya telah bergaduh dgn suami dan dia ada lafaz taklik sekiranya saya telefon isteri 1nya jatuh talak 1 dan saya telefon tetapi tidak dapat dihubungi no.tersebut mungkin tutup..adakah talak jatuh?

    suami saya tidak akan ceraikan saya sekiranya saya tidak melibatkan keluarganya..adakala saya rasa tertekan dan penat dgn keadaan ini dan setiap kali kami bergaduh saya mesti mengugutnya utk ceraikan saya..tolong saya selesaikan masalah ini supaya rumahtangga kami tidak terpesong..

    terima kasih ustaz

    1. 1. pada pandangan Ustaz Love, jatuh talak sebab ugutan itu bukan sesuatu yang dharurat sehingga mengancam nyawa. Beliau boleh memilih untuk tidak melakukan perkara itu dan mencari jalan lain memujuk isterinya.

      2. pada pandangan Ustaz Love, jatuh talak kerana lafaz taklik itu jelas.

      Sebaiknya puan dan suami memfailkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat dan pasti.

      WA

  15. Assalam ustaz..

    Saya ada bbarapa soalan y sring blaku di antara sy n suami..suami saya adlh ank sulung n tlh kmatian bapa kndung nya..suami sy mmpnyai seorg adk y da bkerja n 3 0 org y msh skolah..khidupan kluarga suami sy bukn la org y snang..emak suami sy hnya mharap kn bbtuan zakat untk skolah kn ank2 nye..psoaln sy dsini:

    1) adkh suami sy plu m’utama kn sgala hal kluarga die n kdg mnepi kn sy sbg s’org isteri?

    2)dari segi nafkah adkh suami sy perlu utama kn mak n adik suami kmudian bru la pd sy..pnah jga suami sy mberi duit pd ibu nya ttapi pd sy suami x mberi..hal ni blaku kdg2..

    3)adkh suami sy x prlu mngutama kn ibu bapa mrtua die?

    4)adkh suami sy memg prlu utama kn kluarga die sdang kn sy sdang mngandungkn zuriat utk suami sy..

    5)bdosa kah sy skiranya sy sring ptikai kn suami sy y sring mngutama kn kluarga nya n kdg2 mngabai kn sy n kluarga sy..

    Sy bharap ustaz dpt mbantu sy..trima ksh ustaz sbb mbantu sy..sy harap psoalan sy ni dpt dselesai kn..

  16. Assalamualaikum ustaz,
    saya telah berkahwen dengan seorang duda beranak 2 (seorang lelaki dan seorang perempuan). Anak-anak ini dari awal memang ditinggalkan oleh ibu dan telah diputuskan oleh Mahkamah hak penjagaan anak kepada kami. Nafkah anak-anak pula perlu diberi kepada ibunya ketika bercuti panjang dan ibu mengambil anak-anak, dengan kadar yang munasabah.
    Soalan
    1) Adakah benar seorang bapa harus menanggung nafkah anak-anak 100% kerana hatta duduk 2 hari (Sabtu dan ahad) si ibu akan meminta duit kepada bekas suami (suami saya) kerana die sering mendesak, masukkan duit dan mengatakan itu tanggungjawab bekas suami.
    2) Apakah yang perlu kami lakukan, kerana anak-anak selalu berkata teman lelaki ibu selalu berada di rumah ibunya, kami khuatir keselamatan anak perempuan kami.
    2) Apakahkan terjadi dengan nafkah anak Ketika si ibu mengambil anak-anak, (cuti panjang)sekiranya si ibu berkahwin lain sedangkan anak-anak memang dibawah jagaan kami.
    3) Adakah patut seorang ibu tidak mahu mengeluarkan sedikit belanja untuk anak-anak kandungnya?
    Kami telah lakukan yang terbaik.

  17. Assalamualaikum ustaz . .
    Bagaimana jika seorang isteri curang kpda suami nya sedang suaminya telah memberi amaran sperti brikut “jika kamu mempunyai teman lelaki yang istimewa sperti kekasih maka jatuhlah talak ” tapi si isteri tetap berkwan dengan lelaki lain sperti kekasih jugak dan pernah telanjur . . . Sekarang ni si isteri ingin tahu status nya hubungan dgan lelaki lain telah pun sebulan tanpa pengetahuan suami . . Dan sekrang si isteri benar2 rasa berdosa dan telah bëtaubat(taubat nasuha) selama perkawinannya baru sekali ini dia tersilap langkah macam mana ustaz . . .perlukah dy berteruz terang kpda suaminya . . . ??

    1. Pada pandangan Ustaz Love, puan kena berterus-terang dengan suami. Ini bukan semata2 persoalan aib yang puan nak kena jaga, bahkan lebih daripada itu ia melibatkan soal talak. Sebaiknya puan dan suami failkan kes ini di mahkamah untuk keputusan yang lebih tepat.

      WA

  18. Assalamualaikum Ustaz,
    Saya berkahwain tahun 2011 selepas ‘bercinta’ selama 11 tahun. Saya juga yang memaksa kahwin kerana takut akan lebih terjebak dalam maksiat. Kami berkahwin dan atas kemahuan saya, kami tinggal bersama ibu saya (single mother selama 2 tahun. Hubungan kami kadang2 ok dan tak. Suami selalu mengaggap saya terlalu rapat dengan ibu dan mengetepikan dia. Walhal, kebetulan tinggal bersama, selalu lah ada aktiviti bersama. Suami saya sangat pendendam sampai lah sekarang. Selepas 2 tahun, saya mempunyai masalah dgn ibu dan membuat keputusan tinggal di rumah mertua sehingga dpt rumah sendiri. Tetapi sewaktu saya di sana, saya makin renggang dgn suami kerana segalanya suami berharap ibu dia yang buat. sampai satu tahap, saya terus tak lakukan tanggungjwb sebagai isteri kerana tgk suami terlalu selesa di sana. Kami akan selalu bergaduh kadang2 perkara paling kecil pun menjadi besar. Saya ni bersifat independent sejak ayah tinggal kan keluarga. Saya memang kuat ego dan pertahankan diri. Jadi bila suami menegur sesuatu yang saya tak suka, kami akan lagi bergaduh. Suami pulak ada perangai suka menipu dan tak pernah jujur. Kadang2 dia boleh bersifat sadis yang membuatkan saya rasa tak bahagia dgn dia. Paling ketara, kami bergaduh paling besar tahun lepas kerana duit dan emas yang suami gadai waktu dia susah. saya juga tak tahan dgn tomahan dia kepada ibu bapa untuk menyatakan saya ini isteri yang suka buat hal. saya juga bersifat pertahankan diri bila suami bersikap bengis, bila dia berlaku ganas, saya balas dengan keganasan jugak. Dan mulut saya ni sangat laser. Bukan saya tak cuba, tetapi dia selalu mengapikan supaya saya marah dan buat saya lagi sakit hati. Lagi lagi pada hari pergaduhan, adik dia ugut pukul dengan kayu. Jadi saya ambil keputusan untuk keluar rumah itu dan balik ke rumah ayah. Sekarang kami tidak tinggal serumah dan dia akan dtg bila nak ambil anak sahaja. Dia kata dia cuba untuk pujuk tapi buat 1 hari, hari lain kembali ke cara bengis dia. Sampai sekarang, kami masih tiada keputusan dan dia juga tak mahu tinggal kan rumah ibu bapanya untuk tinggal bersama. Tambahan selepas berapa lama, dia sudah mencari yang lain untuk menganti saya. Soalannya, adakah saya harus kembali kepadanya atau lepas darinya kerana dua2 pun tak nak mengalah.
    Zoefinaz recently posted..Soal Jawab : Skizofrenia Dan Bisikan HalusMy Profile

  19. ustaz
    Saya nak mntk pdngn ustaz sya ada mslh mngenai psgn sya yg tdk dpt mnrima sya krna kisah hitam sya dhulu..sblm sy berbaik smula dgn psgn sy prnh bcnta dgn llki lain tpi hny skdr utk mlupkn psgn sya ni..xlme lpstu psgn sya kmbli dan sya tlh ptus dgn llki yg sy bcnte utk lpekn psgn sy ni..sblm sy brbaik dgn psgn sy..sya dh critakn kih hitm sya pda psgn sy dn dye trima seadanya kmudian kami bcnte smpila sbln dye tiba ubah fkirn dan mngtakan msih tidk dpt mnrima kisah prbuatn lalu sya..dye mrh dan hina sy..dye ckp dye syg sy n pesn jgn tgglkn dye..cuma stkt ni dye nk brkwn n mntk masa trima sya btol2..sya sdih sgt n xdpt trima dye buat sya mcmtue..knp dye tdk pkir msk2 sblum mula trima sya..knp sudh lme bru dye ubah fkirn..sya bntu ustz..mcm cara sya cuba pjuk dye..tpi dye mrh sya kata sya desak dye..dye persoalkan kisah lalu sya dye ttp xpuas hti dgn sya dan skrg kami buat hal msing2 xde kata ptus dri dye tpi sya rasa dan tkot nie cara dye nk ptuskn sya..tlonglah ustz beri pndpt..ape ptot sya buat.

    1. Musafir tak perlu niat.. bila kita melakukan perjalanan yang melebihi 2 marhalah, automatik kita termasuk dalam golongan musafir. Maka, boleh kita buat solat jamak qasar semasa dalam perjalanan.

  20. assalamualaikum ustaz…
    sy baru bertunang selama 3 bulan.. dalam tempoh 3 bulan sy bertunang nie..tunang sy dh 2 kali nak pinjam duit tp sy xpenah bg.. sy serabut setiap kali msg asyik bgtau duit xda je.. mcm mane nk kawen kalu duit asyik xda je..
    sy bertunang pun atas pilihan keluarga..hati sy xpenah nak selesa ngan tunang sndiri.. nk berkongsi mslh pun susah ngan tunang sndiri.. ape ptt sy buat ustaz?
    salina recently posted..Soal Jawab : Tips Berkaitan Tikus Dan Cara-Cara MenanganinyaMy Profile

  21. Assalammualaikum Ustaz…

    Bagaimana nak menegur seseorang di laman facebook yang secara terang-terangan mengepost gambar dia bersama bukan mahram berpelukkan, walhal kami dan ramai yang lain tahu mereka belum bernikah, cuma status facebooknya sahaja yang sudah bertukar “married with…”

    Dan bagaimana pula nak menegur yang lain agar jangan like atau komen gambar mereka seperti menunjukkan persetujuan dengan apa yang dia lakukan.

    Saya sedih sebab dikecam hebat kerena menegur perbuatan salah itu 🙁

    1. Tegur beliau secara sembunyi, sebab itu lebih adil (disebabkan laman fb ini sangat mudah berlakunya fitnah). Selepas itu jika beliau masih tak berubah, tegur beliau pada status yang memaparkan gambar itu dan selitkan dakwah kepada sahabat2 lain supaya tidak menyokong tindakannya. Selepas itu, tanggungjawab saudari untuk menegur sudah terlepas. Terpulang pada beliau sama ada nak berubah atau kekal dalam perbuatannya.

  22. asalamualaikum ustaZ love..

    saya di sni ad msalah dngan tunang sy.. sy street the point je la k sng.. sy brkwn ngn tunang sy slma setahun sprti y d jnji kn kami brdua ckup stahun kami brkwn sy akn msuk minang, dgn persetujuan kami brdua.. dlm mse brkwn tuh sy ad persan y die ad lelaki lain, kdg msg2 pastu letk gmbo dlm istgram, sy tgur die kte kwn dan sy tw laki tu ex bf dia. die kata xd papa.. satu hari tu die mghilagkn diri semggu. sy cll xdpt, wsap xlepas die blok sy. sy cll fmly die drg umh fmly die , fmly dia ckp die xblik sbb die xduduk skali ngn fmly die kje luar dri fmly.. sy jd risau dan xtntu arah.. skali sy dt tw die brjmpe ex bf die dan brjln sme sini brsama dan brmalam di umh ex nye tu. sy brgado2. lme2 sy mngalah sbb ay sygkn die xpe la ttp la ctr tuh.. pastu dah brbincng ngn fmly sbb nk tuanng sy brpesan sy bg die masa smpai wktu mse tunang ja lw ad hbgn lps tunang xnk ad apa2 lg dah. ok tunang sy trima apa sy ckp.. slps sebulan brtunang, sy blok no ex bf die kt nset tunng sy, wsap xkn msuk, cll, msg xkn msuk sbb sy dah blok no jntan tu.. tp satu hari tu sy trgerak hati sbb die rse lain sngt. mcm ad t pelik sy pn sje mscll ni laki tu pkai nset sy , skali tunag sy mrh2 maki2 sy, sy pn mrh la sbb da jnji xd apa2 dah tp bley brhubng.. sy brgado2, smpai kn sy ilng prtmbgn sy ckp prmpuan jalang. tp sy mksdkn diri sy bkn sy ckp die prmpuan jlang.. trus die nk ptus tunang, tp sy pesan ngn tunnag sy dri mle kwn wlau apa jd pn sy xkn ptuskn hbugan ni, sy trus trng sy duduk skali ngn tunang sy, mkn skali, tdo skali, mmg sy da brzina. dan pd mse tunang sy ipkag smggu tu die jmpe ex die , dan trlanjur .. nk jd kn cter die mngadung 3 mmgu.. sbb sy pnh brsme ngn die tkt sy pnye, sy pn p bwk p klinik dktr ckp dah ad 3 mmgu kt dlm tu, trkjut sy, sy kire2 laki tuh pnye.. sy pn jd brtgung jwb la sy tngung dan gugurkn kndugan tu, sy tnagung dri segla kos, dan pelbagai2 lah.. tp skg ni die ckp nk ptus tunag sbb sy mmg ad drh pnas bran, tp sy cube pdm kn sbb tunag sy, sy syg die sy ikot kn rntak die, wlupn slh die sy bley maafkn , sbb manusia akn brbubh xkn duduk d tmpt y lama kn. tp skg die nk ptuskn tunng,fmly ue smua tw, tp ble sy brjmpe fmly die smua dorg xnk msuk cmpur dok suh stel.. tp mslh skg, ex bf die ni slalu wsap die, cll die , ajk kuar. sdgkn sy ni tunag die noe die buat mcm tu? sy jd xley trima keadaan, bkn slh sy smuanye xkn sy nk tgung kesedihan ni, bnyak sy dah melabur, msa sy lg.. die y wt slh dket pn xnk mngakh . tunang sy ni hati nye keras seprti batu.. sy dtg mntak maaf dan sujud die ttp xbk pndg dan cincin tunag kami die cabut xpaki.. ustaz bley x bg pndpt atau nasihat apa perlu sy buat, . skg ni sy dah brbtaubat sy menuju kr jln allh, sy buat solat hajat, sy buat istikharah, sy solt 5 wktu dan sbgai nya.. mntk petnjuk dri allh mudan d permudahkn,. sy mmg xnk ptus prtungan ini, sy syg sngt die. sy angap sprti istri sy y sah sedgkn ki blm nikah.. sy mohon ustaz tlg. bg pndapt sy rse xtwntu hala, rse mcm sunyi sy solat bg tennagkn hati.. tlg sy ustaz
    buluh perindu recently posted..Non-Muslim Dilamar Suami OrangMy Profile

  23. Assalamualaikum Ustaz. Sy ada nk buat pertanyaan .blh kah sy dapatkn contact atau email ustaz.sy berharap sangat dapat selesaikan masalah sy dg secepat mungkin.

  24. Assalamualaikum ustaz, saya ada email ustaz dan berharap ustaz boleh bagi advice secepat mungkin inshaAllah apa yang patut saya lakukan. thank u ustaz

  25. Ustaz..macam mana kalau kita dah berbuat baik kepada orang yang suka buat jahat pada kita dibelakang kita tapi dia tak sedar sedar jugak..masih menjahati kita.Misalnya,menolong dia apabila dia ditimpa musibah atau ketiadaan wang. Macam mana nak sedarkan orang macam ni?

    1. Kita berdoa banyak2 semoga Allah menyedarkan beliau. Kita tak mampu nak ubah zahir manusia, apatah lagi hatinya.

  26. Assalam. Ustaz saya ingin bertanya. Sekarang saya dah bertunang dari bulan 2 dan In Shaa Allah dalam bulan 7 ni saya akan bernikah. Tapi saya agak keliru kerana ramai yang mengatakan dalam tempoh bertunang ini pasti banyak ujian yang kita hadapi. Tapi setakat ini hubungan saya dan tunang saya alhamdulillah sangat baik. mungkin ada sedikit perselisihan faham tapi kami dpt selesaikan dengan baik. Dan saya ada terbaca bahawa kalau tunang kita jodoh yang terbaik pasti berat ujiannya. Jadi saya nak tanya pendapat Ustaz Love tunang saya bukan jodoh yang terbaik untuk saya kerana hubungan kami tidak pernah diuji dengan berat lagi? dan untuk makluman sblm bertunang saya ada melakukan istiqarah tapi selepas bertunang saya tidal melakukan sunat istiqarah tapi dlm setiap solat, saya sentiasa berdoa untuk Allah beri saya jodoh terbaik dan meminta sekiranya dia jodoh yang terbaik permudahkan dan sekiranya dia bukan jodoh terbaik mohon dijauhkan sejauh-jauhnya dgn cara selembut lembutnya. Mohon Ustaz memberi pendapat.Maklmbalas dari Ustz saya dahulukan dgn ucapan terima kasih dan semoga Allah sentiasa merahmati Ustz.

    1. Ujian ini sebenarnya datang daripada Allah. Jadi, menjadi hak Allah sama ada Dia nak menguji hambaNya atau tak. Kita jangan pula minta diuji, sebaliknya jika mendapat ujian, hendaklah kita sabar dan redha.

      Bersyukurlah kerana hubungan saudari dan tunang itu tak menghadapi banyak masalah. Semoga ia kekal sehingga alam perkahwinan dan sehingga ke syurga, insyaAllah.

  27. Assalamualaikum ustaz..sy ingin bertanya..salahkah sy ingin berkongsi tentang hal kerja harian sy kpd suami..patutkah sy berahsia dgn mengenai hal kerja sy dan hal keluarga sy kpd suami..atas alasan membebankan fikiran nya dan atas alasan suami bukan memahami pun..sb itu pandangan ibu mertua sy..bg pandangan sy..kalau blh sy tidak ingin sedikit ada rahsia dgn suami..bolehkah ustaz huraikan..sekian terima kasih..

    1. Tak salah berkongsi jika suami sedia mendengar.. ada jenis lelaki ni, dia sendiri dah banyak masalah nak fikir, jadi dia akan terasa beban bila mendengar pula masalah isteri.. walaupun isteri cuma sekadar bercerita saja, namun si suami tetap akan merasakan itu tanggungjawab beliau untuk menyelesaikan masalah isterinya.

      Jalan terbaik, tanyakan terus-terang kepada suami, mana yg dia suka?

  28. Salamun’alaik ustaz. Seorang lelaki telah menyatakan hasratnya utk memperisterikan saya melalui mesej. Dan saya pun belum memberi apa-apa kata putus & ingin berbincang dengan keluarga terlebih dahulu. Adakah menyatakan hasrat begitu sudah dikatakan lamaran walaupun kedua-dua orang tua saya belum mengetahuinya?

    Saya mohon penjelasan sebab pada waktu yg sama, terdapat seorang lelaki lain juga hendak berkenalan dengan saya.

  29. Salam ustaz, nak tanya. Betul ke kalau bapa kita dah meninggal dunia, tugas menjaga dan mencari nafkah adalah satu tanggung jawab atau menjadi kewajipan kepada adik beradik lelaki terhadap adik beradik perempuan selagi adik beradik perempuan belum berkahwin?
    Mohon jawapan ustaz..Terima kasih.

  30. Salam… Saya dgn isteri dan anak2 tumpang dirumah mak mertua saya, masalah saya ialah bila tiba hr khamis, kakak ipar sy datang la ke rumah mak dia, perangai dia suka menyindir, sombong, bila kita tegur dia buat² tak tahu, dh bertahun tidak bertegur sapa, bila bercakap dgn org dlm rmh mak dia, selalu sindir saya sampai naik angin saya, mmg btl² sakit hati, laki dia pun 2×5 jgk ustaz..tapi rajin sembahyang, maklumla saya tak berapa rajin skit.. Ustaz tolong jelaskan dosa yg dia dpt , dan yg saya jgk ustaz?

  31. Ustaz…assalammualaikum…nak tanya ustaz…ustaz ada cara bagaimana untuk kuatkan dan tabah kan hati ini…

  32. Saya ingin bertanya, adakah jatuh talak, sekiranya sy telah menyuruh isteri untuk bertukar tempat kerja ke tempat yg lebih dekat dengan rumah ibu bapa isteri dan kalau tak nak balik rumah suami pon tak pe..tetapi sy tiada berniat utk bercerai.

  33. assalamualaikum..ustad sy nk tnye n mnta sedikit pencerahan bab nafkah anak…sy berkahwin dengan duda anak satu…tp masalahnye gaji suami saya setiap bulan rm850…byr sewa rumah rm400, kereta rm400, bill api +bill air rm200(itu sy yg byr) dan bill coway rm135…sy cuma kesiankn suami sy yg slalu bergaduh dgn bekas isterinya mngenai nafkah anak…suami bg tiap2 bulan nafkah ank rm400…cuma kadang terlewat disebabkan terpksa byr sewa rumah dan kereta yg tertunggak..so bole ke kalau suami sy membuat rayuan untuk mngurangkan nafkah anak tu??suami pown ada buat keje 4time meniaga burger sehari untung rm100 dh siap tolak gaji pekerja tp belum tolak modal untuk beli brg2 burger…so ape yg patut suami sy buat…sbb bekas isteri suami sy siap ugut nak tukar nama yg di bin kan dengan nama suami sy dan tidak bg suami sy berjumpa dgn anak dye lg…tolong la ustad sy betul2 mohon pencerahan n jalan penyelesaiaan..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme