Salam..
Ini mungkin entry terakhir sebagai penutup untuk tahun ini, memandangkan Ustaz Love semakin sibuk dan agak kurang aktif berblogging lagi. Jika ada soalan yang memerlukan jawapan yang urgent, boleh bertanya di fanpage. Ada di kotak sebelah kanan blog ini.
Pada kesempatan ini, Ustaz Love ingin menjemput para pengunjung setia blog ini untuk menghadiri program anjuran BaitulMuslim.com yang bertajuk “Mudahkan Perkahwinan; Ustaz, Saya Mahu Kahwin!”. InsyaAllah, jika tiada aral melintang, Ustaz Love akan menjadi panel kedua yang akan menyampaikan tajuk “Ustaz, Tolong Saya!” yang berkisar tentang persoalan jodoh. Tentatif program dan yuran penyertaan adalah seperti yang tertera dalam poster di atas.
Bagi sesiapa yang berminat, boleh mendaftar di sini :
https://baitulmuslim.com/program
Tempat adalah terhad kepada 50 orang yang terawal sahaja.
Semoga Allah mudahkan, insyaAllah. Jazakumullahu khaira.
WA
