I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Kasih Seorang Abang

Salam..

Sekarang jam menunjukkan 1.51 am. Saat ramai orang sedang melelapkan mata menikmati kurniaan Tuhan, Ustaz Love terasa ingin mencoretkan sesuatu buat panduan kita bersama. Maaf kerana telah lama menyepi, tetapi kembali dengan penulisan yang agak berat.

Kita dikejutkan dengan peristiwa pembunuhan seorang lelaki oleh bakal adik iparnya hanya kerana beliau membongkarkan rahsia lelaki itu sudah berkahwin dan tidak mahu adik perempuan kesayangannya tertipu dengan lakonan lelaki itu. Cukuplah setakat itu ulasan Ustaz Love, selebihnya boleh baca di akhbar dan laman sosial yang lain.

Apa yang ingin Ustaz Love tekankan di sini adalah betapa pentingnya kita menyiasat latar belakang individu yang ingin kita jadikan sebagai pasangan hidup. Soal jodoh itu adalah takdir Allah, namun soal ikhtiar itu adalah kepunyaan kita. Menyiasat latar belakang bakal pasangan adalah suatu perkara yang penting supaya kita tak terjebak dalam penipuannya dan terpaksa hidup dalam keadaan derita.

Perbuatan mangsa sebagai seorang abang yang bertanggungjawab terhadap adiknya, adalah suatu perkara yang sangat terpuji. Sayangnya, pengorbanan ahli keluarga ini seringkali disalah erti.

Sebenarnya, ahli keluarga adalah insan yang paling ikhlas terhadap kita. Mereka tidak punya apa-apa motif untuk menggagalkan kebahagiaan kita. Cuma kita sahaja yang selalu berprasangka buruk dengan ahli keluarga kerana menyangka mereka cemburukan kita. Seandainya kita berikan ruang kepada diri kita untuk mendengar penjelasan mereka, nescaya konflik kekeluargaan dapat dielakkan.

Akhir kata, Ustaz Love harapkan agar kita semua dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada kisah sedih ini. Dengarlah kata-kata ahli keluarga terutama ibu dan ayah kita. Kadang-kadang, mereka tahu sesuatu, tetapi tidak tahu cara macam mana untuk menyampaikan kepada kita.

Sekiranya kita terlanjur bermusuhan dengan ahli keluarga, kembalilah ke pangkal jalan dan mohonlah kemaafan. InsyaAllah, mereka akan sedia menerima kita kembali walau betapa buruknya kelakuan yang kita tunjukkan terhadap mereka.

Inilah hikmah daripada peribahasa Melayu, “Air dicencang tidak akan putus”. Apa pun yang berlaku, utamakanlah keluarga kerana mereka lebih dulu berjasa kepada kita berbanding orang luar yang baru kita kenali.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

Add a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme