I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Bergurau Kasar Dengan Pasangan

Ustaz saya nak tanya ustaz, kawan saya ada bertanya pada saya, dia tanya apa hukum kita bergurau dengan suami menggunakan perkataan yang tidak baik seperti bodoh, bengong dan lain-lain, tapi suami tu tidak ambil hati pun dengan gurauan itu. Adakah boleh jatuh dosa juga sekiranya kita bergurau menggunakan perkataan sebegitu pada suami ?

~NurSyahirah.

Soalan ni Ustaz Love dapat daripada sahabat di facebook. Oleh kerana pertanyaan beliau agak menarik untuk dikongsikan, Ustaz Love tulis di sini supaya lebih ramai dapat baca memandangkan ia suatu isu global yang agak panas juga (tiada kaitan dengan pemanasan global, mahupun pemanas air.. kiki).

Dalam perkahwinan, kita dianjurkan untuk berkasih sayang dan bermesra sesama pasangan dan juga ahli keluarga. Salah satunya dengan cara bergurau. Bergurau ini boleh merapatkan hubungan dan menyemai kasih sayang, kerana ia merupakan fitrah manusia yang mahukan sebuah kehidupan yang gembira yang dizahirkan dengan gelak ketawa. Namun, setiap perkara itu ada batasnya. Air yang manis memberikan sedikit kenikmatan ketika minum, namun jika terlalu manis, atau setiap kali terasa dahaga air manis yang dicari, maka ia akan memberikan risiko penyakit kepada tubuh badan.

Bergurau yang keterlaluan sudah tentu akan menyakiti hati sesiapa saja yang diusik. Jika gurauan itu dilakukan sekali dua, ia masih lagi boleh dianggap kelakar. Kalau selalu guna ‘punchline’ yang sama, ia akan menjadi hambar. Bila dah hambar, tiada lagi kemanisan dalam gurauan. Akhirnya ia akan menumbuhkan bibit perpecahan dan pergaduhan.

Percayalah. Kita tidak mungkin mampu meneka hati manusia. Sedangkan berapa helai bulu hidungnya pun kita tak mampu nak kira, inikan pula perkara yang tersembunyi di lubuk hatinya.

Mungkin juga dia berkecil hati, namun tidak mahu ditunjukkan perasaan itu kepada isterinya kerana bimbang isterinya pula berkecil hati (biasa la wanita ni, dia buat salah, lelaki juga yang kena mengalah dan memujuknya.. hihi). Jadi, cara yang paling mudah adalah dengan berpura-pura happy dengan gurauan kasar sang isteri.

Perkataan bodoh, bengong, bangang, tolol, bego (ini perkataan indonesia bermaksud bodoh), jahil, khinzir, tahi ayam, karipap oksigen dan sebagainya, bukan merupakan kata-kata gurauan, sebaliknya ia adalah kata-kata hinaan dan cercaan. Hanya intonasi saja yang membezakan sama ada perkataan itu disebut dengan tujuan bergurau, atau dengan tujuan memaki hamun. Jika ditulis menggunakan teks pesanan ringkas (sms, whatsapp dsb), pastinya intonasi suara itu tidak wujud, dan boleh ditafsirkan dengan pelbagai makna.

Jika gurauan kasar itu dibuat di hadapan mertua, sudah tentu lagi buruk padahnya. Akhirnya, kita terpaksa berlakon jadi menantu yang sopan santun, namun sampai bila? Ditakdirkan kita terpaksa menjaga mertua, sampai bila kita nak berlakon? Akhirnya, kita pun tak tahan dengan lakonan sendiri dan menyalahkan pula kehadiran mereka sebagai penyebab kita berasa rimas di rumah sendiri.

Secara kesimpulannya, ambillah iktibar daripada hadis Nabi s.a.w. ini..

من كان يؤمنُ باللهِ واليومِ الآخرِ فليقُلْ خيرًا أو ليصمُتْ 

“Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik ataupun diam (jika tiada perkara baik nak diucapkan).”

(HR. al-Bukhari)

Berlatihlah daripada sekarang untuk menukar perkataan yang keji itu kepada perkataan yang lebih baik. Nak bergurau tak semestinya kena mencarut atau guna perkataan-perkataan hina. Nabi juga bergurau, tetapi gurauan Nabi tidak menyakiti hati sesiapa.

InsyaAllah, bila kita membetulkan lisan kita, amal perbuatan kita juga akan terdorong untuk melakukan kebaikan.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

Add a Comment
  1. Ustaz saya ada masalah melanda, saya Sudah bertunang dan saya pernah terlanjur dengan tunang saya, Dan tiba2 smalam dia beritahu yg dia dh pregnant 3 bulan, saya tersentak dan jadi takut family saya dan family dia menanggung aib, family kami berdua juga mmpunyai hubungan yg akrab Dan amat percayakn kami berdua, duit mas kahwin Dan belanja 2 bulan lg baru cukup, kami juga bergaduh smalam Dan saya rasa gelisah SBB sy sngt sygkn dia, perlu ka saya beritahu family sy Dan dia utk selesaikn, tp mesti family kami ber2 amat kecewa. SBB sy ingin berbincang Dan tunang sy kata jangan. jd pergaduhan kecil Di situ, saya nk pergi kerja pn rasa berdosa Dan menyesalnya Aku, nnt anak tu x dibinkn dgn nama saya.. mnx Ustaz tlg sy Ustaz beri nasihat yg terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme