I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Salam Ramadhan

Salam..

Pada kesempatan yang ada ini, Ustaz Love ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak dan selamat berpuasa kepada semua pengunjung blog ini. Walaupun sudah masuk 5 hari kita berpuasa, namun Ustaz Love cuba manfaatkan sebaik mungkin dengan memulakan kembali penulisan di blog ini.

Sudah hampir 3 bulan blog ini telah bersawang tanpa update, tetapi kehadiran para pengunjung yang tidak putus menyemarakkan lagi semangat Ustaz Love untuk terus menulis. Doakan semoga Ustaz Love dapat istiqamah menulis.

Bagi sesiapa yang ingin berinteraksi dengan Ustaz Love secara 2 hala, boleh merujuk ke fanpage yang Ustaz Love sediakan di sebelah kanan blog ini. Satu untuk kedai online dan satu lagi untuk fanpage Ustaz Love Dot Com.

Semoga Ramadhan kali ini akan memberikan lebih makna dalam kehidupan kita di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment
  1. Salam ustaz..sy ade pertanyaan..suami sy seorg yg panas baran..dan tdk boleh ditegur..kebelakangn ini sy jd hilang sabar dan melawan ckp die..lepas tu die kate sy isteri derhaka n die doakan sy akan masuk neraka..camne tu ust.??sy bingung n buntu n sedeh..

    1. Dia bukan Tuhan nak tentukan orang masuk syurga ke, neraka. Puan kena banyakkan bersabar dan berdoa semoga suami berubah.

  2. As salam ustaz..i’m new here..can i ask you 2 question..

    1.boleh x kita bayar hutang secara menulis di atas kertas tentang hutang kemudian kita masukkan duit mengikut kadar hutang dan diletakkan ke dalam surat seterusnya diberikan secara rahsia kepada tuannye ??

    2.kalau boleh..boleh x kite gune nama samaran?? Kerana tuannya tidak mengenali sye pun..

    Barang ini bukan barang curi…tapi barang yang sye rosakkan tanpa sengaja…sye amat berharap ustaz menjawab soalan sye…perkara ni dh hampir setengah tahun menghantui sye

  3. Assalamu’alaikum ustaz…nak bertanya soalan..sebelum pagi si suami lafaskan talak 1 kepada si isteri,pada malam itu mereka telah bersetubuh dan pagi nya si suami mandi dan si isteri tidak mandi kerana masih menjalankan tanggugjawab dia..oleh kerana melihat si suami bejalai ke sini dan kesana dalam rumah.lalu si isteri cakap”kesana kemari nanti keluar dia ” dengan nada suara yang tinggi.sedangkan si suami hanya promo barangan yang dijual melalui online,oleh kerana sakti hati rasa tidak dihormat oleh istere nya dan tidak ingin bergaduh.bejalan lah si suami keluar dari untuk tenangkan fikir ..keluar si isteri dari pintu rumh ikut si suami lalu cuba menheret si suami masuk ke dalam rmuh dan mereka bergaduh ..si isteri pukul si suami sebanyak 3 kali..oleh kerana tidak tahan dipukul oleh si isteri..si suami pukul si isteri balik kerana cuba menpertahan maruah sebagai suami ..dan si isteri bercakap”kalau begini lah cara mu ,tidak ingin aku bersama mu” dalam keadaan yang marah,si suami mendengar dalam keadaan yang sangat marah..secara tidak sengaja kerana dalam keadaan sangat marah,lalu terkeluarlah ayat tersebut contoh”isteri binti xxxxx aku ceraikan kamu dengan talak 1…adakah talak tersebut sah ustaz???

  4. Asslm’kum..sy nk tnya mngenai talak..suami sakit, jd dia cepat marah..haritu dia call sy kata kami bkm suami isteri lg sbb dia ada lafaz talak dan dia mmg niat talak ke atas sy.. sy tnya bila yg dia lafaz, sbb sy x dgr lgsg dia lafaz talak tu..dan dia pn x psti bila dia lafaz..tp dia kata mmg dia lafaz talak dgn niat talak..adakah talak ni sah??

  5. assalamualaikum ustaz…saya ingin bertanya. saya tidak tahu jika saya ni ada kebolehan ataupun tidak. tetapi sejak akhir-akhir ini kerja saya setiap kali balik asrama saya kena pergi berubat sebab ada benda mengikut saya. bila pergi berubat ustazah tu cakap dari jenis saka. sudah banyak kali benda ni berlaku, dan sejak akhir-akhir ini kejadian tu sudah berakhir tetapi saya boleh merasa benda itu bila ia berada dekat seseorang. Seperti saya akan merasa orang itu pelik dan bila saya baca doa dalam hati sambil saya pegang dia, saya punya tengkuk belakang akan rasa panas membahang. Selepas kejadian itu saya akan terus membaca al-quran sebab nak mengelakkan benda tu ikut saya. Selepas itu kawan saya cakap dia berasa sihat lepas saya pegang dia itu. adakah itu boleh dikira sebagai kebolehan? Atau itu hanya sekadar perasaan?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme