I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Tipu Daya Lelaki

Assalamualaikum ustaz.

terlebih dahulu sy harap ustaz tak pandang hina kepada sy selepas membaca kisah sy ni. Ceritanya macam ni, sy telah berkenalan dengan seorang lelaki, namanya Ammar(bukan nama sebenar) . Sy telah menjalinkan hubungan cinta dengannya selama setahun 4 bulan jika dikira sehingga hari ini. Alhamdulillah, ammar seorang lelaki yang sangat baik, sering menegur sy tentang agama. Keluarganya juga merupakan orang baik2 manakala keluarga sy hanya sederhana. Ibu dan ayah sy pula tidak lah alim mana. Ayah sy sudah lama tidak solat fardhu, bahkan solat jumaat juga. Ibu sy pula kadang2 insaf sekejap, bila datang angin malas dia, stop solat. Sy keluarga susah, adik beradik sy 7 orang dan sy anak sulung. Ammar, keluarganya bukan golongan berada tapi dalam kalangan orang senang. Ammar hanya dua beradik dan dia anak bongsu. Kakaknya telah pun selamat mendirikan rumahtangga 2 tahun lalu.

Ustaz. Keluarga sy terima Ammar dengan baik. Malah ammar sering bermalam di rumah sy bila sy cuti sem(sy belajar di salah sebuah kolej) . Tapi selama setahun perkenalan kami, ammar tidak pernah membawa sy berjumpa keluarganya atas permintaan ibu sy. kata ibu sy, anak dara tak elok pergi rumah lelaki. Dan sy cuma menurut. Tapi keluarganya tahu mengenai hubungan kami malah merestui.
Hingga lah suatu masa, ketika Ammar menghantar sy ke terminal bas untuk sy pulang ke kolej, kami keluar awal iaitu dalam pukul 3 petang sedangkan bas sy pada pukul 9 malam. Entah macam mana semasa dalam perjalanan ke terminal, jalan jammed dan sy terlepas bas dan terpaksa book tiket lain iaitu pada malam esoknya. Malam sy tertinggal bas, sy tidak pulang ke rumah kerana risau ibu dan ayah sy akan marah. Yelah sebab keluar dah awal dah. Jadi sy dan ammar membuat keputusan untuk tidur hotel murah. Pada mulanya mengikut perancangan, sy akan tidur di hotel dan ammar hanya akan tidur dalam kereta. Namun, ammar masuk bilik pada pukul 1 pagi kerana tidak selesa tidur di kereta katanya. seperti yang diketahui, antara 2 orang anak adam, akan ada yang ketiga. Malam itu, sy dan ammar telah melakukan dosa yang besar, namun sy masih dara. Bagaimana masih dara, tidak perlu sy jelaskan di sini.
Setelah sy balik kolej, sy dan Ammar telah berbincang, kami tidak akan melakukan perkara terkutuk itu lagi dan ammar akan membawa sy berjumpa keluarganya untuk menghalalkan hubungan kami. Kami telah pun merancang untuk mengikat tali pertunangan sekembalinya sy ke kampung halaman.
Allahu Akhbar . Allah Maha Besar. Ammar menghubungi sy sabtu yang lepas dan memaklumkan keluarganya tahu tentang malam kami di hotel, ada yang menyampaikan pada keluarganya tetapi alhamdulillah, keluarga sy masih belum tahu sampai sekarang. Harapnya takkan tahu sampai bila2 . Masalahnya ustaz, keluarganya(ibubapa) melarang keras ammar dari berhubung dengan sy. Berhari2 ammar mengurung diri di bilik dan tidak makan minum. Sy juga terseksa ustaz. kelmarin sy tanyakan padanya tentang hubungan kami dan dia mengatakan cukup lah sampai di sini kerana dia tidak sanggup melukai hati keluarganya lagi sekali . Ustaz, sy hanya berdiam diri kerana sy juga tidak mahu ammar menjadi anak derhaka. Tapi sy juga tidak mahu ammar diam sahaja selepas apa yang jadi pada malam itu
Ustaz, sy telah insaf. Sy makin mendekatkan diri pada Allah. Tiap malam, sy baca yasin selepas maghrib dengan niat supaya Allah lembutkan hati keluarga ammar dan benarkan kami berhubung. Sy baca doa pelembut hati ‘Allahu latiffum biyadihi yar zuku mai yashaa , wahuwal aliyyul azim’ setiap kali selepas solat sebanyak 19 kali dan niat lembutkan hati keluarganya. Tapi sehingga sekarang, masih tiada berita bahkan ammar sepertinya telah berputus asa untuk memujuk keluarganya. Sy ada terfikir untuk berjumpa keluarganya tetapi ammar melarang keras kerana katanya hati ibu bapanya terlalu keras. Sy akur, tetapi dalam hati sy masih ingin berjumpa dengan keluarganya sendiri dan meminta maaf serta mohon agar hubungan kami direstui .
ustaz, apa yang patut sy lakukan ? Ammar telah melarang sy untuk menghubunginya dan meminta sy untuk lupakannya. Mana mungkin ustaz. Sy telah melakukan dosa dengannya, mana mungkin untuk sy lupa. sy sangat buntu. Apa yang perlu sy lakukan ustaz ? patut ke sy biarkan masa berlalu dan dalam masa sama sy cuba berubah menjadi lebih baik dan bila tiba masanya, barulah sy pergi ke rumah keluarganya? Pada pandangan ustaz, akan terbuka kah hati keluarganya untuk sy ?

~ hamba Allah yang keliru

Cerita yang saudari sampaikan ini nampak terlalu dramatik, dan penuh dengan adegan yang mencurigakan. Sama ada saudari tak dapat membacanya, atau telah dikaburi dengan perasaan cinta, Ustaz Love tak mampu nak menelahnya. Apa yang Ustaz Love nampak, lelaki itu adalah seorang yang licik dan menjadikan saudari yang naif sebagai mangsanya.

Seorang lelaki yang ingin dilihat sebagai seorang yang baik, dia akan cuba menzahirkan kebaikan luaran bagi menutupi kejahatan dalaman. Antara taktik yang biasa digunakan adalah dengan kerap memberikan nasihat agama, memerhatikan pakaian wanita lantas memberikan teguran, menyampaikan tazkirah copy paste dan sebagainya sebagai umpan untuk mendapatkan kepercayaan. Bukanlah tujuan Ustaz Love nak menuduh semua lelaki secara umum, namun ingin kita sama-sama berhati-hati dengan spesies lelaki sebegini.

Perkenalan selama setahun 4 bulan tidak mampu dijadikan kayu ukur bagi saudari memahami kehendak beliau. Ada pasangan yang dah hidup bersama puluhan tahun, tapi masih lagi tak mampu nak memahami pasangannya. Inikan pula pasangan bercinta yang cuma menilai apa terzahir pada pandangan mata.

Apa yang berlaku pada “malam” itu, pada pandangan Ustaz Love adalah sesuatu yang dirancang. Mana mungkin perjalanan terlalu jauh sehingga mengambil masa 6 jam? Kalau jalan sesak sekalipun, paling lama setakat 2 jam dah selesai. Ini boleh jadi sebab untuk saudari meragui, adakah kelewatan ini sengaja dirancang?

Betapa seorang lelaki yang “baik” dan sentiasa memberikan nasihat agama, tidak boleh menilai tindakan yang sepatutnya diambil akibat tertinggal bas? Sepatutnya beliau menghantar kembali saudari ke rumah ibu bapa, atas faktor keselamatan dan maruah saudari, tetapi dia memilih untuk menyewakan hotel dan memasang perangkapnya. Jika benar beliau seorang yang baik, beliau tidak akan menyentuh saudari, sebaliknya menjaga maruah saudari sehinggalah menjadi sah sebagai suami isteri.

Bila sudah dapat madunya, sepahnya tidaklah ditelan begitu saja. Itulah sebenarnya yang terjadi pada saudari. Bukanlah sebab beliau kena kurung, tak makan, sedih, sakit jiwa, sakit kudis, dan segala jenis kepayahan yang kononnya disebabkan oleh larangan keluarga, bahkan itu semua adalah taktik beliau untuk menjauhkan diri daripada saudari.

Siapa agaknya yang memberitahu pada keluarga beliau apa yang terjadi pada “malam” itu? Dan kenapa “orang” itu tidak memberitahu kepada keluarga saudari juga? Alasan beliau ini nampak tidak konkrit. Tak boleh dijadikan bukti kes. Apatah lagi, semua cerita yang saudari terima itu adalah daripada mulutnya sahaja, betul tak? Ada saudari berjumpa dengan keluarganya bertanyakan kisah sebenar? Ustaz Love yakin, saudari tak berfikir sampai ke tahap itu.

Akhirnya, beliau menggunakan alasan “larangan keluarga” untuk melepaskan dirinya daripada saudari. Mungkin beliau sedang bergembira ria di sana, sedangkan saudari pula berduka nestapa di sini, mengharapkan “keluarganya” menerima kembali saudari.

Nasihat Ustaz Love, jika benar saudari mahukan kebenaran dan kepastian, saudari pergilah ke rumah keluarganya dan siasatlah perkara yang sebenarnya. Jangan berteka-teki dan percaya 100% pada orang yang telah mendapat apa yang dihajatinya selama setahun lebih, melainkan dengan adanya bukti lain yang menyokong keterangannya.

Jika saudari tak sanggup nak berhadapan dengan keluarganya, Ustaz Love nasihatkan saudari lupakan saja beliau dan teruskan hidup saudari. Anggap saja beliau hanya mempergunakan saudari untuk kepuasan nafsunya. Itu akan lebih memberi keazaman kepada diri saudari untuk melupakannya.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

Add a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme