I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Syed dan Syarifah

Salam..
Ingin bertanya bagaimana pendapat ustaz, saya sangat cinta dan sayang pada seseorang dan dia pun sama sayangkan saya. Tapi baru-baru ini emaknya ada menyatakan ingin menjodohkan dia dengan saudara-maranya. Dia ni berketurunan syed dan sharifah, sedangkan saya tidak. Dia terpaksa terima kerana dia tak nak emaknya kecewa, walaupun hatinya terluka. Lagipun dia anak sulung. Dia terpaksa terima kerana tak nak adik-adiknya nanti terikut jika dia membelakangkan niat emaknya itu. Bagaimana saya nak menghadapi hari-hari ditemani airmata? Saya dah last semester. Saya tak kuat nak menghadapinya.

~ Fizah.

Syed dan Syarifah adalah nama gelaran bagi keturunan Nabi s.a.w. Sama seperti Sayyid dan Habib. Namun, tidak pula dinamakan pasangannya dengan Sayyidah atau Habibah (setakat pengetahuan Ustaz Love, tak jumpa lagi). Gelaran Syed dan Syarifah ini merupakan kasta kehormatan bagi orang Melayu yang masih lagi kuat berpegang pada amalan kasta seperti yang dipegang oleh nenek moyang mereka yang beragama Hindu. Walaupun asal nama ini daripada bahasa arab dan datang juga dari negara arab, namun amalan kasta di Tanah Melayu dipercayai berpunca daripada agama Hindu yang pernah dianuti oleh masyarakat Melayu suatu ketika dahulu.

Sebenarnya, kasta keturunan ini bukanlah suatu kehebatan atau kemuliaan, kerana Allah telah menyatakan dengan jelas bahawa orang yang paling mulia di kalangan manusia adalah orang yang paling bertaqwa. Tak kira la dia keturunan anak luar nikah ke, keturunan penagih dadah ke, keturunan juara kilauan lampu ke, jika beliau bertaqwa, maka beliau la yang mulia. Jika beliau keturunan Syed Syarifah sekalipun, tetapi paling banyak melakukan dosa dan maksiat, siap pakej bid’ah dan khurafat, maka tiadalah apa-apa kemuliaan gelaran pada namanya itu.

Dalam hal ini, persoalan yang paling besar bukanlah persoalan syed syarifah, tapi persoalan restu ibunya. Kalau ibunya setuju, tak kira la keturunan apa pun, insyaAllah tiada masalah. Ramai saja orang yang berketurunan syed atau syarifah yang berkahwin dengan bukan daripada golongan syed dan syarifah juga. Kalau kita menghadkan kasta ini atas nama sekufu, maka kita telah menghadkan pemilihan jodoh itu sendiri. Akhirnya hidup jadi merana kerana terpaksa berkahwin dengan syarifah atau syed yang tidak kita cintai dan tidak hensem atau cantik.

Segala keputusan sebenarnya terletak di tangan lelaki itu. Jika beliau bertegas mahu menikahi saudari, ibunya memang tidak dapat menghalang sebab ibunya itu bukan walinya. Namun, disebabkan lelaki itu sendiri merupakan seorang anak yang taat dan tidak sanggup melukakan hati ibunya (sekalipun terpaksa mengorbankan perasaan sendiri), maka tiada apa yang dapat dilakukan melainkan saudari lepaskanlah beliau dengan rela hati. Jangan membuang masa dan air mata menunggu sesuatu yang tak pasti. InsyaAllah, dengan berlalunya masa, perasaan saudari juga akan menjadi semakin tenang.

Saudari kena buat pilihan yang tegas. Jika sudah tiada harapan, maka jangan mengharapkan apa-apa lagi. Putuskan saja perhubungan itu dan jangan lagi berhubungan dengan beliau. Selagi saudari masih berhubungan, selagi itulah hati saudari akan terus mengharap dan berkali-kali jugalah hati saudari akan hancur menjadi cecair yang keluar melalui kelopak mata.

Bila saudari sudah putuskan hubungan, maka saudari sudah boleh move on dan fokus dengan masa depan. Habiskan dulu pelajaran saudari kerana itulah matlamat utama saudari buat masa ini. Kenangkan wajah ayah ibu yang mengharapkan segulung ijazah tanda kejayaan untuk dibawa pulang, dan bukannya membawa pulang bakal menantu untuk mereka.

Hapuskan air matamu, kerana air mata itu terlalu berharga untuk ditumpahkan buat seorang lelaki yang bukan mahram.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 Comments

Add a Comment
  1. Saya ingin bertanya lagi, perlu kew saya memujuk ibunya, pergi ke rumahnya,mangambil hati ibunya supaya menerima saya. Orang kata x kenal maka xcinta. Saya baru sekali berjampa ibunya, sy tidak tahu sejauh mana ibunya menilai saya. Saya nk mencuba, laupun saya dh tahu, y ibunya nk jodoh ia dengan orang lain..

      1. Saya cuba move on, xberhubung,xmsg, xcll, lau sy tahu, ia gune je no tu.. mmg sakit sangat, saya rehda, lau ia jodoh sy, msti ia cari balik..

  2. Salam, perlu keww sy memujuk,pergi ke rumahnya, bg memujuk hati ibunya,seblum ini baru sekali sy pergi, dan perlu kew sy cerita tentang perasaan cinta n syg kt ibu nya,sy beranggapan ibunya tidak mengetahui hubungan kami sejauh mana, syed ini,tidak meceritakan ttg sy kpda ibunya, syed baru je abis bljr, n masih menunggu utk posting,bagaimana pendapat ustaz

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme