I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Lari Dari Rumah Kerana Bencikan Ibu

Assalamualaikum ustaz love.

Saya ada masalah keluarga yang buatkan saya rasa marah tak tentu pasal setiap kali saya berhadapan dengan ibubapa saya terutamanya ibu saya. Ibu saya sudah beberapa kali ‘kantoi’ curang oleh saya dan kemudiannya bapa saya tetapi kali ni saya tak dapat nak buat apa-apa kerana saya kesiankan bapa saya kerana perangai ibu saya makin menjadi-jadi. Kali ini juga bapa saya seperti tidak ambil kisah dengan ibu saya yang selalu bermesej dengan lelaki lain dengan sebab business nya. Saya juga benci mendengar ibu saya panggil kawan-kawan lelakinya ‘pakwe’ dan pernah juga saya memarahi ibu saya sebab itu. Ibu saya seolah-olah suka kepada lelaki yang kaya, tak sekaya bapa saya mungkin sebab itu dia curang kepada bapa saya.

Sebagai seorang anak, apa patut saya buat? Apakah hukum jika seorang anak campur tangan dalam hal seperti ini oleh kerana saya sayangkan kedua ibu bapa saya? Saya hanya mampu larikan diri dari rumah saya oleh kerana saya tak suka lihat wajah ibu saya yang seolah-olah ingat saya naif tentang perangainya. Saya risau perkahwinan ibu bapa saya akan terhenti kerana bapa saya sudah tak dapat tahan akan perangai ibu saya ini. Jadi ustaz, apa yang saya patut buat?

~ July

Sepatutnya sebelum saudari berbuat apa-apa tindakan, saudari kena berbincang dulu dengan orang tua, atau orang yang lebih arif seperti atuk, nenek, kaunselor di sekolah dan sebagainya. Bukannya lepas saudari melarikan diri dari rumah, baru saudari nak tahu apa tindakan yang sepatutnya saudari lakukan.

Dalam kita nak membetulkan keadaan yang salah, kita kena gunakan cara yang betul. Jika kita gunakan cara yang salah, bukan saja masalah sedia ada tak selesai, bahkan masalah baru pula mungkin akan timbul. Sebelum Ustaz Love lanjutkan penulisan ini, Ustaz Love harap saudari kembalilah ke rumah. Jangan lari dah. Penat berlari ni,

Bila saudari ada di rumah, sekurang-kurangnya ada orang yang boleh mengingatkan dan memantau kegiatan ibu. Bila saudari lari dari rumah, dan ayah pula tidak ambil kisah dengan perbuatan ibu, ini boleh menyebabkan apa yang saudari takuti selama ini bakal menjadi kenyataan. Bila ia sudah berlaku, tiada apa lagi yang mampu saudari usahakan, melainkan redha dan pasrah sahaja dengan ketentuan.

Sebenarnya dalam isu rumahtangga, setiap ahlinya memainkan peranan masing-masing untuk saling menguatkan. Seumpama sebuah rumah yang tak lengkap tanpa atap, dinding, pintu, tingkap, lantai dan sebagainya. Namun, asas kepada sebuah rumah adalah tiangnya. Kalau tak ada tiang, bahagian-bahagian yang lain juga tak mampu nak dinaikkan. Kalau secara zahirnya, ibu dan bapa itulah yang akan menjadi tiang dan tonggak dalam sebuah rumahtangga. Kalau dari sudut rohaninya, solat itu menjadi asasnya. Maka, jika berlaku masalah dalam rumahtangga, silalah semak bagaimana keadaan solat ahli rumah tersebut. Sesungguhnya solat yang khusyuk itu dapat mencegah seseorang daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.

Jika bapa sebagai ketua keluarga sendiri sudah putus asa nak menegur dan mendidik ibu, sebenarnya ia menunjukkan ciri-ciri sebuah kapal berlubang yang berisiko untuk karam. Jika tidak diperbaiki kerosakan itu, maka suatu hari nanti kapal itu akan menenggelamkan kesemua anak kapal yang berada di dalamnya. Oleh itu, nakhoda kapal iaitu bapa tidak boleh berputus asa demi menyelamatkan rumahtangga yang beliau bina.

Cara terbaik untuk saudari usahakan adalah memberikan semangat dan perangsang kepada bapa untuk mengambil tindakan sewajarnya. Jangan menghasut beliau untuk melakukan sesuatu di luar batasan undang-undang negara dan agama. Ini kerana, saudari dan beliau saja yang mampu untuk berfikir dan bertindak secara waras pada masa ini. Tiada gunanya saudari menyindir, menengking, menempik, bermasam muka dan sebagainya terhadap ibu yang sedang mabuk asmara, kelak saudari juga yang akan mendapat dosa kerana berkurang ajar dengan ibu sendiri. Biarlah bapa saudari yang menangani perangai ibu, kerana ibu itu berada di bawah tanggungjawabnya.

Tanggungjawab saudari pula adalah wajib mentaati beliau dalam perkara yang bukan maksiat kepada Allah. Dan wajib juga saudari menghormati beliau sebagai ibu yang telah mengandungkan saudari selama 9 bulan dan bertarung nyawa semata-mata ingin melahirkan saudari ke dunia ini. Tiada kebaikan yang boleh menandingi jasa ibu terhadap saudari. Saudari kenangkanlah yang itu. Padamkanlah api kemarahan saudari. Kasihanilah ibu kerana beliau sekarang sedang diuji. Bantulah beliau untuk keluar daripada masalah ini dan jangan menambahkan lagi masalah kepadanya.

InsyaAllah, dengan kebaikan yang saudari berikan pada beliau, ditambah lagi dengan doa yang tak putus kepada Allah mengharapkan beliau berubah dan kembali taat kepada bapa, beliau akan insaf dan sedar daripada kesilapannya. Saudari kena jadi tali yang mengikat hubungan ibu dan bapa saudari. Jangan berpihak dan memutuskan ikatan dengan pihak yang satu lagi, kerana saudari sendiri dilahirkan hasil daripada penyatuan ibu dan bapa, dan kehadiran saudari dalam kehidupan mereka suatu ketika dulu sebenarnya telah menguatkan lagi hubungan mereka.

Walau apa pun yang terjadi selepas ini, kena selalu ingatkan diri kita bahawa hubungan antara ibu dan anak atau bapa dan anak tidak akan terputus dengan terputusnya ikatan perkahwinan di antara mereka. Anak wajib taat dan mengasihi ibu bapanya dan kena selalu mendoakan kebaikan buat mereka.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

Add a Comment
  1. Da 21 thn nak gi jalan2 tak dapat, nak gi lyberary tak dapat, nak gi tengok wayang pon tak dapat, nak beli tu beli ni pon tak dapat. Bila sye boleh buat semua tu.
    (Nak gi keje pon Tak dapat n duit semua akan dirampas ITU pon duit y dirampas tu puan ITU beri kat jantan utk gi Judi gi bazirkan duit)

    Asik dikurung je kena buat kerja umah je cuci kain, kemas uma, masak, kejutkan n siapkan budak2 tu n hantar gi sekolah, bagi budak tu makan la, keje..keje je budak tu dala menyakitkan hati makan lambat, nasi semua merata tempat, buat bising, sepahkan umah, Bebel..Bebel, 24 jam Asik bercakap tanpa henti, kalau main diam2 tak pa la, perangai tak macam budak2.
    Macam la ada bayar gaji itu pon tak. Mintak duit pon tak dapat. Apa pon tak dapat. Tapi jantan tu Dan budak2 tu mintak bole Pulak bagi. Anak perempuan dia Kerja ke tak kerja ke bole je mintak duit color kan rambut, beli baju, tengok wayang, beli alat solek. Sye y tak da duit ni pon dia bole mintak duit dari sye tak bagi dia kata sye kedekut. Utk puan sye ni HAMBA utk anak pemaisuri tu pulak sye ni PENGEMIS DAN HAMBA dari kecil Asik kena ikut perentah anak pemaisuri tu dia buat Salah sye kena pukul bila sye kata dia y buat tak kena pukul pon.
    Mereka imgat sye ni apa.
    Nak lari dari umah pon tak dapat
    Keje x da
    Duit x da

    1. Smalh, nak lari dri rmh tpi x da keja n duit.. Sbenarnya Sya bersyukur sngt dpt tnggal rmh, mkn pun cukup.. Tpi sya slalu disindir sebab x keja cari duit.. Dh brkali kali cuba cri tpi sushnya zaman skrng nk dpt keja.. Mmgkin perlu usaha lebih dan sabar..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme