I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Orang Gila Tenang Jiwanya

Salam.

Pagi tadi Ustaz Love bersarapan di restoran mamak. Order makanan macam biasa sebab malas nak memikir. Asal perut kenyang, jalan. Selang satu meja, kelihatan seorang lelaki yang baru sampai duduk berseorangan sambil menyalakan sebatang rokok.

Ustaz Love tak ambil port sangat sebab memang biasa orang merokok di restoran mamak. Cuma yang menjadikan Ustaz Love menoleh berkali-kali dan kerapkali menoleh kepadanya adalah bila melihat suatu kelucuan di wajahnya. Tidak nampak beliau sedang berbual pun dengan sesiapa. Ataupun beliau melihat kepada telefon bimbit mahupun tab. Yang ada di atas mejanya cuma nasik goreng dan teh ais (mamak ni kalau mintak order western food pagi-pagi pun dia sanggup buat).

Sekejap-sekejap beliau gelak berdekah-dekah. Beliau kelihatan tidak mempedulikan sesiapa pun. Beliau tenggelam dalam dunianya. Ustaz Love pun kalau duduk termenung, ada masanya tersenyum sorang-sorang bila mengingatkan kisah lawak ke, kenangan mengusik jiwa ke. Tapi beliau tak nampak macam termenung pun.

Selesai makan, beliau meletakkan duit di atas meja dan berlalu dengan keretanya. Dan sampai ke saat ini, Ustaz Love tertanya-tanya kenapa beliau ketawa bersendirian?

Ada jenis manusia yang mengalami tekanan jiwa sehingga mengalami kemurungan. Orang jenis ini sangat merbahaya kerana berisiko untuk mendatangkan kemudaratan kepada orang sekeliling sekiranya beliau sudah tidak mampu mengawal fikiran.

Ada jenis manusia yang mengalami tekanan sehingga menyebabkan beliau menjadi gila. Biasanya manusia jenis ini, tidak mendatangkan bahaya kerana beliau hanya hidup dalam dunianya sendiri. Paling tidak pun, beliau hanya akan datang meminta makanan atau sebatang rokok dan pergi.

Orang yang gila sepenuhnya, tiada rasa resah dan gelisah atas kehidupan dunia. Beliau tidur di mana sahaja dan makan apa sahaja. Allah menjaga rezeki orang gila ini sehinggakan jika memakan makanan yang kotor atau sudah basi sekalipun, jarang mereka dihinggapi penyakit yang teruk. Berbeza dengan kita yang sihat ini, kalau tersalah makan pun boleh sampai masuk wad berhari-hari.

Bersyukurlah kerana kita masih lagi dikurniakan akal fikiran yang waras untuk membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Jangan nampak saja macam waras, tapi tak sedar diri kita sebenarnya kurang waras. Antara tanda kurangnya kewarasan manusia bila mendahulukan perkara dunia berbanding akhirat. Kuat sangat bekerja sampai terlupa nak solat. Inilah jenis manusia yang kurang waras akalnya.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

Add a Comment
  1. Teringat kat sorg perempuan yg kurang siuman kat kg mertua. Selalu singgah minta air. Kesian dia, ada yang ambik kesempatan, dah berapa kali mengandung dan melahirkan anak dah… sekarang dah kembali kepangkuan Ilahi

    1. Sebab itulah bagi keluarga yang ada ahlinya yang ada masalah mental, jika tak mampu nak mengawasinya sepenuh masa, sebaiknya dihantar kepada pusat penjagaan yang boleh menjaga dan mengawasi beliau sepanjang masa. Ini demi kebaikan dan keselamatannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme