I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Hidupkan Siang, Matikan Malam

Salam.

Nostalgia bila teringatkan zaman dulu-dulu, saat kita hanya memikirkan kegembiraan tanpa perlu serabut dengan tanggungjawab. Keluar main. Nak makan, balik rumah. Lepas tu keluar balik. Petang baru nampak muka kat rumah sebelum Maghrib.

Aktiviti cuti dipenuhi dengan aktiviti fizikal. Main bola, main basikal, main kejar-kejar, main pondok-pondok, main cikgu-cikgu. Jarang masa dihabiskan di rumah. Waktu itu, tv pun hitam putih lagi. Waktu siaran terhad. Nak tengok tv pun kena berkira-kira sebab cas pakai bateri kereta (yang dikongsi untuk kegunaan lampu pada waktu malam selain lampu gasolin). Jadi, kebanyakan hiburan dan program cuti sekolah diisi bersama kawan-kawan di luar rumah.

Zaman itu keadaan belum bahaya. Kanak-kanak bebas pergi ke merata-rata tanpa takut diganggu atau diculik. Orang sekeliling menjadi mata dan telinga mak dan ayah kita. Sekalipun mereka tak nampak apa yang kita lakukan, sentiasa ada berita yang sampai tentang kita kepada mereka. Budaya ini diamalkan hampir ke seluruh penduduk kampung dan taman.

Teringat masa zaman popularnya mesin permainan video games. Boleh dikatakan hari-hari Ustaz Love pergi ke sana menghabiskan duit belanja. Sehinggalah ada seorang jiran (dah arwah dah pun) nampak perbuatan Ustaz Love, lalu diadukan kepada arwah ayah dan mak. Walaupun arwah ayah tak naik tangan dan sekadar beri nasihat dan amaran, ia menjadi peringatan berguna buat Ustaz Love agar meninggalkan terus perbuatan sia-sia itu.

 

rtm

Waktu malam adalah waktu menonton tv sekeluarga. Kalau malam Jumaat tu, memang pakat-pakat tengok Forum Perdana Ehwal Islam. Hari-hari lain, biasa tengok drama swasta. Cukup pukul 12 tengah malam, siaran tv pun ditamatkan. Nak tak nak, kena masuk tidur sebab dah tak ada aktiviti yang nak dilakukan. Esoknya pun kena tunggu dalam pukul 10 pagi baru siaran dimulakan kembali.

Zaman itu, aktiviti malam memang tak hidup sangat. Suasana gelap tanpa lampu jalan. Kawasan sekitar pulak masih penuh dengan hutan dan belukar. Macam-macam idea orang tua bagi nak takutkan budak-budak. Takutkan dengan ular la, hantu la, pelesit la. Adanya orang-orang tua yang rajin bercerita kepada anak-anak muda, dan anak-anak yang sedia mendengar cerita orang tua.

Masa lalu tak mungkin akan berulang kembali. Namun, pengajarannya masih lagi boleh kita ambil sebagai iktibar dan panduan dalam membantu generasi seterusnya untuk hidup dalam zaman yang sesuai dengan mereka. Satu daripadanya adalah menghadkan aktiviti waktu malam di luar rumah. Mulakan dengan yang ini, insyaAllah ahli keluarga kita akan terpelihara daripada kejahatan yang ada pada waktu malam.

Mintalah bantuan kepada jiran tetangga untuk memerhatikan anak-anak kita. Sikap ambil berat seperti ini perlu dipupuk kembali, agar kita dapat hidup dalam sebuah masyarakat yang saling bantu membantu dalam perkara kebaikan, dan saling membantu dalam mencegah kemungkaran.

~ Sekian coretan yang tak ada hala tuju. Hihi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

Add a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme