I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Mohon Bantuan Bagi Pengunjung Yang Menghantarkan Soalan

Salam.

Ustaz Love ingin mengambil kesempatan di sini untuk menyeru kepada para pengunjung yang meninggalkan komen atau menghantar soalan, agar dapat menulis menggunakan Bahasa Melayu yang penuh tanpa singkatan (contohnya sy untuk saya, dlm untuk dalam, pd untuk pada, mlm untuk malam dan sebagainya) agar mudah untuk difahami dan menjimatkan masa Ustaz Love untuk menjawabnya tanpa perlu membuang sedikit masa untuk melakukan pengubahsuaian.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 Comments

Add a Comment
  1. Talak Boleh Jatuh atau Tidak.

    Soalan:
    Assalamualaikum Ustaz Love….

    Saya ingin bertanyakan hal berkenaan satu situasi berdasarkan tajuk di atas.

    Saya dan suami saya masa sekarang tinggal berjauhan.Dan suami saya pernah menyatakan lafaz jatuh talak jika saya ‘reload number’ telefon saya dan dia, maka dia kata jatuhlah talak jika saya tetap nak reload..tapi selepas tu suami saya berkata lagi dia menizikan/membenarkan saya untuk ‘reload number’ saya tadi untuk memudahkan kami berhubung.. Jadi saya tidak berani untuk reload kerana rasa was-was.

    Boleh tak ustaz terangkan adakah lafaz yang dikeluarkan boleh diterima pakai atau boleh jatuh sekiranya saya reload number telefon saya.?

    Jika lafaz tersebut sah,apakah yang patut kami lakukan?

    Sekian , terima kash. Diharap ustaz dapat membantu dan membalas.

    1. Lafaz taklik tidak boleh ditarik balik. Ia bukan seperti suruhan dan larangan seorang suami yang bila2 masa boleh ditarik balik. Dan taklik yang baru juga takkan membatalkan lafaz taklik yang lama.

      Sekiranya puan reload juga number puan, maka puan dikira melanggar syarat taklik.. maka jatuhlah talak.

      Cara nak selamat, jangan guna prepaid dah. Guna postpaid. Jadi, puan takkan terlibat dengan aktiviti reload.

      Dan nasihatkan suami puan, jangan sesuka hati nak mengugut menggunakan taklik. Banyak lagi cara yang boleh digunakan.

      WA

  2. Terima kasih ustaz. Saya akan nasihat dia lagi. Tetapi ustaz kalau dia yang reload number saya macam mana ustaz? sedangkan saya tidak berani nak reload.

    1. Kalau dia yang reload, tak berkaitan dengan lafaz taklik.. sebab lafaznya kata kalau puan yang reload.. cuma takut kalau suatu hari nanti puan sendiri terlupa dan reload sendiri, maka taklik tadi masih sah dan terpakai.

  3. assalamuaikum….
    isteri sy sedang mengandung anak pertama kami..pada suatu malam sy terpaksa bertaqlik dgn isteri sy..
    kalau saya terlibat dgn dadah lg situ lah talak 1..
    pagi esokkan hari nya sy bergaduh dgn isteri saya kerana dikejutkan dgn kaki.. kerana terlalu geram sy tampal pehanya..
    lepastu dia bersiap utk keluar rumah utk balik kerumahnya… saya cakap padanya{ kalau awk rasa isteri sy jgn keluar}… dia berlalu pergi…
    malam lepastu sy pegi rumah mertua utk memujuk dan pujukan sy hampa….
    3 malam berturut turut sy pergi.. akhrnya sy berjaya pujuknya dan pulang semula kerumah…

    adakah dalam kurungan itu satu taklik?..
    adakah status kami masih suami isteri?
    apa yg berlaku dgn taklik sy yg pertama?

    1. Yang dalam kurungan itu jadi taklik kinayah kalau saudara maksudkan kenyataan itu dengan maksud cerai. Kalau bukan maksud cerai (mungkin sekadar nak menyedarkan siapa diri dia), maka ia tak dianggap taklik.

      Taklik yang pertama masih lagi sah. Jika saudara terlibat sekali lagi dengan dadah, maka jatuhlah talak 1 ke atas isteri.

      WA

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme