I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Tips Berkaitan Tikus Dan Cara-Cara Menanganinya

Salam.

Maafkan Ustaz Love kerana sudah lama tidak menjenguk ke sini. Bila dah muncul, tiba-tiba bawa topik yang jauh menyimpang daripada niche kebanyakan pembaca di sini. Sebelum tu, biarlah Ustaz Love terangkan serba-sedikit kronologi yang berlaku.

Salah satu bilik dalam rumah Ustaz Love yang telah lama tidak digunakan (sekadar buat simpan barang dan pakaian), telah dikesan kehadiran tikus di dalamnya melalui penemuan najis dan kesan air kencing tikus. Seperti yang kita sedia maklum, kencing tikus ini mengandungi virus yang sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian. Atas dasar itu, Ustaz Love tak berani nak cuba-cuba membersihkannya sebelum mendapatkan nasihat daripada pakar.

Jadi, Ustaz Love telah bertanyakan hal ini di facebook, lalu mendapat respon yang positif daripada seorang pakar unggas dan haiwan. Oleh sebab tak mahu maklumat berharga itu hilang, maka di sini Ustaz Love kongsikan untuk panduan kita bersama. Kali ini, Ustaz Love pula yang bertanya, dan Dr. Musang yang menjawab.

——————————————–

Soalan :

 

Aku nak tanya secara serius ni. Apakah langkah2 keselamatan yang perlu aku ambil sekiranya aku nak bersihkan tahi dan air kencing tikus? Bahan apa yang aku perlu gunakan untuk membersihkan cadar yang ada kesan kencing tikus? Dan macam mana nak menghalau tikus?

Mohon berikan cadangan bernas.

Cadar kesan kencing tikus: basuh je. Semasa membuang ain najisnya, perlu lah berhati2 sekiranya ada permukaan tangan/jari yang terluka (pakai glove pun ok.. kalau tak pun lalukan je air paip lama2 sikit kat kesan air kencing tikus sehingga diyakini telah hilang dari cadar. Lepas tu basuh la macam biasa)

Bahan: sabun basuh kain baju mcm biasa. Jenama Puteri Emas, Fab, Busa, Dobi, cap Kapak, dan apa2 sahaja. 

Halau tikus: 
Bersihkan kawasan yang ada najis & kesan kenc tikus. 
Jangan ada bau langsung. Tu mmg tebiat/fitrah tikus utk tanda territory (terutamanya yang jantan…supaya mana2 awek tikus yang dlm lingkungan tu tak dipeewit2 oleh tikus2 jantan yang lain)
Peratikan dlm tempoh bbrapa malam sbb biasanya tikus tu mmg gunakan laluan yang sama.

Kemudian, cargas la. Pegi beli perangkap tikus. Umpan: ikan kering goreng jangan terlalu kering. Biar ada aroma lemak2 masin gittew. Mlm pertama & kedua prangkap diletakkan kat situ, biasanya tak akan ada tangkapan. Sbb tikus masih curiga dengan benda2 baru kat laluan rutin dia. Biar je. Kena istiqomah – ganti umpan setiap 2 hari & bersihkan selalu kawasan2 yang ada najis & kesan kenc tikus. (kalau rajin, boleh beli UV light utk tengok kesan2 kenc tikus.. ala..benda yg macam torchlight kat dlm CSI tu…)

Sekian, harap membantu. 

*pakaikan tikus dengan cawat MamiPoko supaya tak mengompol di malam hari . hew hew*

Sekiranya umpan ikan kering hilang dan pintu perangkap tertutup, bukan lah bermakna tikus tu ada ilmu halimunan maupun jembalang tikus. Ada kemungkinan besar perangkap tu tertutup as soon as tikus tu bw lari umpan. Ada kemungkinan, bukan tikus tapi cencurut.

Cencorot tu bijak ke?

cencorot lagi licik dari tikus. super brilliant. ada perangkap khas utk cencorot (lubang2 lagi halus & kecil). jgn harap dapat tangkap cencorot dengan prangkap tikus sbb biasanya dia dpt meloloskan diri dgn semudah petik jari. tapi , kalau cencorot tu still ada dlm prangkap tikus, maknanya, cencurut tu IQ rendah & kmungkinan dia obes.

Cencorot ni spesies cgpa 3.85 jugak ni. Tapi rasanya bukan cencorot.. sbb nampak pagi tadi dia melintas kat dapur masuk kat lubang mesin basuh. Besar jugak

ooo.. tikus la tu. kompom dia dah kunyah2 wayar mesin basuh. hew hew

Ada dengar2 macam sesuatu yang mengunyah belakang peti ais.. tapi tak perasan sangat.. pagi tadi baru nampak dia melintas.. lapar sangat agaknya.. kesian

Fitrah tikus.. gigi kacip dia akan terus memanjang kalau dia tak mengigit/mengasah sepanjang masa. kalau gigi terus tumbuh memanjang, lama2 tikus tak boleh nak bukak mulut & lama2 mati kelaparan. bukan dia nak makan sangat wayar2 tu.. tu usaha dia utk make sure gigi kacip sentiasa pendek. Indah ciptaan tuhan…

Oo.. bestnya cerita pasal binatang ni.. tapi ada tak cara nak bagi dia tak kunyah wayar?

tak ada cara sangat. mmg gitu la. dia kunyah je apa2 yang dia berkenan… plastik tutup balang samperit saya pun dia pernah gigit… puasa yang yok betul.. huhu

Nanti nak try letak chewing gum kat belakang mesin basuh dgn peti ais.. kot2 dia boleh kunyah chewing gum tu

kih kih… sila cuba & ikhtiarkan. seandainya berjaya, sila share tip2 tersebut .. Good Luck sahabat..

Satu lagi soalan.. kalau setakat mop lantai je dengan pencuci lantai ajax ke, dettol ke, ok tak?

 boleh. asalkan hilang bau warna dan rasa, hew hew

Kalau guna perangkap tikus dan beliau terperangkap, macam mana nak lupuskan beliau?

oh… senang je. Allah jadikan tikus ni aktif sebelah malam sebab kalau menjelma sebelah siang, dia akan mengalami dehydration yang teruk. Jadi, kalau ada tikus dlm perangkap tu, jemur je. tak sampai sejam , dah mati kejung. Ada kaedah lain, keluarkan tikus tu (tapi ni kena orang yang mahir, kalau tak, kna gigit dek tikus pulak… huhu.lepas keluarkan tikus dr prangkap, renggang/tarik kan kepala n badan secara mengejut dan arah berlawanan–putuskan urat saraf dia. nampak mcm kejam, tapi kematian cara gitu tak menyiksakan dia. terus mati. Qolu Innalillah… 

Oo.. cara yg kedua tu macam best je. Tapi pengalaman tgk anak jiran kena gigit tikus sampai berdarah2, rasa macam tak berani plak. Kalau siram air panas, lagi seksa plak. Nak jemur kesian gak. Oh.. dilema betul.

Kaedah nak keluarkan tikus dr prangkap: ambil sarung bantal yang mmg dah tak nak pakai lagi . Tapi make sure tebal sikit. Sua kan mulut sarung bantal ke mulut perangkap yang belum dibuka. Dgn bhati2, buka mulut perangkap & biorkan tikus tu menjunam ke dasar sarung bantal & cpt2 tutup mulut sarung bantal utk elak tikus tu melompat keluar ( ni mmg kna buat dengan pantas). Lepas tu, dgn kreatifnya & hati2(pakai golve tebal2), raba & tekup pegang bahagian badan tikus & slow2 bukak mulut sarung bantal tu . keluarkan kepala dia & tarik utk putuskan urat saraf dia (ermmm.. tunjuk lagi senang dr taip… huhu)

Tq2.. selain perangkap tikus, kalau bagi dia makan racun tikus, agak2 dia makan tak?
memang tikus akan makan. Racun tu sebabkan internal bleeding yang melampau. Bila tikus malang itu makan, badan dia rasa panas & tekak haus. Dia akan segera mencari sumber2 air utk minum. Masalahnya: mungkin dia mati dalam kolah yang kita sokmo buat mandi (haru hoih nak bersihkan kolah & buang air kolah…jenuh). Ada kemungkinan dia mati kat tempat yang tersorok & tak dpt dikesan sehingga la hidung kita terbau bangkai sitikus malang tersebut. Terpulang .. yang mana lebih mudahkan urusan.
Kalau macam tu, kena sediakan air minum untuk beliau jugak le. Air tu pun campur racun jugak. Baru nampak kejam sket
Hew hew.. boleh.
Oo.. ilmu baru gak ni.. air apa tikus suka minum? Air manis ke, air masak ke?
air biasa pun boleh.
Begitulah serba sedikit ilmu yang dicurahkan oleh Dr. Musang. Ini bermakna, kencing tikus itu tidaklah terlalu bahaya jika kita tahu cara menguruskannya. Bertindak sekarang. Jangan sampai virus kencing itu masuk ke dalam tubuh badan terutamanya melalui makanan.
Sekian, Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 Comments

Add a Comment
      1. ahahha.. tgk gak ustaz.. sbb klu mandulkan buangnya di telurnya.. bukan anunya.. hahha.. sy seorang vet ass.. so mmg kerja sy memandulkan kucing2 ni.. nanti ustaz buatlah entry mengenai pemandulan kucing ye.. sy buat atas dasar tugas..
        cik en recently posted..Follower 1111 Cik ENMy Profile

        1. Saya ada pengalaman luas dalam memelihara kucing, tapi tak banyak pengetahuan dalam bidang penjagaan kucing. Mungkin suatu masa nanti kita boleh bekerjasama dalam bidang melibatkan veterinar.. cewahh

          Kalu pakaikan pampers pun ok kan? hihi

  1. Us..rumah saya keseluruhan bertikar getah sampai ke dapur..agak susah nak lalukan air..macam mana cara nak bersihkan najis tikus ni..ada anak kecik..jadi risau bila jumpak najis tikus ni merata kat dapur..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme