I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Kelebihan Dan Kekurangan Menulis Di Blog Atau Facebook

Salam.

Ustaz Love tertarik dengan suatu pertanyaan daripada sahabat di facebook yang bertanyakan situasi seperti tajuk di atas. Oleh kerana jawapannya mungkin agak panjang, Ustaz Love memilih untuk menjawabnya di blog. Ustaz Love rasa, lebih mudah menjawabnya dalam bentuk point.

1. Kemudahan untuk update penulisan.

Blog : Terpaksa login page editor (blogger, wordpress dsb) untuk menulis sebelum diterbitkan (publish) kepada umum.

Facebook : Boleh update di situ juga tanpa perlu masuk ke mana-mana page editor.

2. Penggunaan masa.

Blog : Agak lambat kerana terpaksa setting penulisan sebelum publish. Juga loading page yang penuh dengan imej dan gambar akan melambatkan masa.

Facebook : Lebih pantas semudah menaip status dan terus send. Loading page juga tak lama.

3. Interaksi dengan pengunjung.

Blog : Agak susah nak berinteraksi kerana fungsinya yang tiada pemberitahuan (notification) kecuali jika pengunjung itu mahukan notifikasi dihantar melalui e-mail.

Facebook : Setiap kali ada like, komen atau share daripada rakan facebook, notifikasi akan dihantar dan kita akan alert. Perbincangan boleh dilanjutkan tanpa menunggu atau perlu refresh page berkali-kali.

4. Kemudahan capaian melalui enjin carian.

Blog : Segala hasil penulisan yang ditulis akan lebih mudah dicari melalui enjin carian. Pengunjung yang datang dari mana saja akan dapat akses ke blog kita tanpa halangan.

Facebook : Susah nak dapat capaian google dan enjin carian lain. Hanya orang tertentu sahaja (seperti rakan fb) yang akan membaca penulisan kita yang naik di newsfeed.

5. Susun atur page.

Blog : Kita boleh menyusun kedudukan penulisan kita mengikut citarasa sendiri.

Facebook : Terpaksa menggunakan template yang disediakan oleh pihak facebook.

6. Kekerapan masalah capaian.

Blog : Selalu down terutama jika menggunakan server yang disewa sendiri (bukan yang disediakan oleh free hosting seperti blogger.com atau wordpress.com). Blog yang ramai pengunjung juga cepat kehabisan bandwidth dan tidak dapat dicapai sehinggalah kuota bandwidth itu ditambah.

Facebook : Tiada masalah server down atau kehabisan bandwidth kerana 100% menggunakan server percuma facebook.

7. Status pendek dan karangan.

Blog : Lebih sesuai bagi mereka yang ingin menulis panjang seperti penulisan artikel, perkongsian kisah dan pengalaman dan sebagainya disertakan sekali dengan gambar yang boleh diletak di celahan entry bagi memudahkan pemahaman.

Facebook : Lebih sesuai bagi penulisan pendek seperti status luahan perasaan, update gambar makanan, selfie dan sebagainya.

8. Kesesuaian sebagai rujukan.

Blog : Penulisan ilmiah atau berita lebih sesuai ditulis di blog kerana ia boleh menjadi rujukan dan carian para pengunjung. Boleh dirujuk berkali-kali menggunakan kata carian di google atau enjin carian yang lain.

Facebook : Status ilmiah atau berita kerapkali hilang dari pandangan disebabkan tenggelam dalam status-status yang lain dan memerlukan masa untuk mencarinya kembali.

9. Menjana pendapatan.

Blog : Penulisan di blog boleh menjana pendapatan melalui iklan seperti nuffnang, 8share, churpchurp, innity dan sebagainya. Pengiklanan pasif ini mampu mendatangkan pendapatan lumayan sekiranya trafik pengunjung ke blog kita adalah tinggi.

Facebook : Tiada pengiklanan pasif. Kita kena aktif membuat iklan atau mendapatkan khidmat berbayar (sponsored post) daripada facebook bagi mengiklankan produk yang kita nak jual.

10. Fokus dan matlamat.

Blog : Blog yang dibangunkan dengan niche tertentu akan dapat perhatian golongan tertentu yang meminatinya. Contohnya blog genre masakan, gossip artis, agama dan sebagainya. Ia melatih fokus kepada sesuatu topik dan tidak menyebabkan masa terbuang menghadapnya setiap masa.

Facebook : Diakui sangat melalaikan. Boleh menyebabkan rutin kehidupan terganggu. Genre penulisan juga adalah pelbagai mengikut apa yang terlintas di fikiran seperti mana pertanyaan dalam ruangan update status, “What’s on your mind?”

Setakat ini dulu yang mampu difikirkan. InsyaAllah, jika ada perkongsian lain, boleh tinggalkan di ruangan komen.

Sekian, terima kasih.

—————————————————-

Iklan :

Sebarang pertanyaan berkaitan produk Jamu Anggun Ibu, boleh hubungi :

– WhatsApp / WeChat : 019-461 1246 (Ann)

– Blog : http://anggunibu.wix.com/jamu

– Facebook Page : JAMU Anggun Ibu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme