I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Tips Untuk Pemandu Baru, Pemandu Wanita dan Pemandu Yang Berkaitan

Salam..

Lain macam je tajuk kali ni. Apa nak buat, itu je yang ada dalam fikiran Ustaz Love buat masa ni. Layankan je la.

Bila sebut nasal tips ni, sudah tentu pemberi tips adalah seorang yang mempunyai ilmu mendalam dalam bidang berkaitan. Ustaz Love takde la banyak sangat ilmu pemanduan ni. Nak mengajar sekolah memandu pun tak layak. Cuma terpanggil untuk berkongsi tips ini bila berlaku situasi yang paling mencemaskan dalam hidup. Izinkan Ustaz Love memanjangkan muqaddimah entry ini. Kikiki.

Hari Khamis lepas, Ustaz Love telah pulang ke kampung di Kedah untuk menziarahi jenazah arwah bapa saudara. Walaupun tak sempat bertemu arwah kerana jenazah dikebumikan pada petang harinya, Ustaz Love tetap meneruskan perjalanan ke kampung untuk bertemu dengan ahli keluarga yang lain. Perjalanan kali ini agak memenatkan disebabkan tidak dirancang daripada awal. Dan masa yang ada juga, Ustaz Love habiskan untuk melawat saudara mara yang lain. Esoknya hari Jumaat, Ustaz Love bergerak dari Kedah ke Taiping untuk menziarahi bapa saudara sebelah ayah.

Perjalanan itu melalui jalan dalam menelusuri jalan Pondok Tanjung. Waktu itu masih awal lagi. Jam di kereta menunjukkan pukul 10 malam. Dalam keletihan, Ustaz Love menggagahkan diri memandu walaupun mengalami rabun silau yang menyebabkan rasa mengantuk. Ustaz Love cuba bertahan kerana tak berapa lama lagi nak sampai dah ke Taiping. Sampai ke suatu selekoh tajam, Ustaz Love kali ini tergamam.

Tiada signboard. Tiada lampu jalan. Tiba-tiba ada selekoh. Akibatnya, Ustaz Love tak sempat membelok dan kereta melungsur keluar dari jalan menuju ke semak. Hanya laungan takbir saja yang mampu Ustaz Love ucapkan sambil menekan brek dan hon. Syukur alhamdulillah, semak itu hanya ada rumput-rumput dan bukannya pokok atau lebih teruk lagi gaung yang dalam. Ustaz Love dapat berhentikan kereta dan istighfar serta mengucap berulang kali. Sambil tu, Ustaz Love keluar memeriksa kereta nak tengok kalau ada apa-apa kerosakan. Alhamdulillah, semua ok. Tak lama kemudian, datang 2 orang pemuda India bertanyakan keadaan Ustaz Love. Ustaz Love diberitahu bahawa kawasan itu memang kawasan kemalangan. Sudah banyak kereta yang terbabas.

Alhamdulillah. Ustaz Love sangat bersyukur kerana Allah telah selamatkan Ustaz Love dan ahli keluarga lain yang berada di dalam kereta. Sepanjang menyambung perjalanan itulah, datangnya idea untuk menulis tips pemanduan berdasarkan pengalaman belasan tahun memandu ni. Tips ini mungkin hanya rekaan Ustaz Love sendiri yang tak terdapat dalam silibus kelas memandu, namun Ustaz Love rasakan ia mungkin bermanfaat untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran kita terutama ketika memandu dalam perjalanan jauh.

1. Jika mengantuk, berhentilah berehat. 

Jangan ditahan rasa mengantuk itu dengan melakukan aktiviti yang berbahaya seperti senaman dalam kereta dan sebagainya. Ubat mengantuk adalah tidur. Untuk mengelakkan mengantuk, sepatutnya kita kena tidur dulu sebelum memulakan perjalanan. Jika di dalam perjalanan, kita rasa mengantuk, jangan ingat ia mudah nak dihilangkan. Akhirnya nanti, kita sendiri tak sedar bila masanya kita dah terlelap.

2. Pemanduan perlahan di lorong kiri, pemanduan sederhana di lorong tengah dan pemanduan laju di lorong kanan.

Jika anda jenis pemandu yang suka memandu perlahan macam bawa lori balak, silakan memandu di lorong kiri. Follow saja lori di hadapan anda. Jangan cuba memandu perlahan di lorong tengah atau kanan, kecuali jika hendak memotong atau jalan sunyi tiada kenderaan lain. Kelembapan kita memandu boleh menimbulkan kemarahan pengguna lain dan menyebabkan mereka jadi tak sabar. Mungkin akibat daripada itu, mereka pula yang terbabas, sedangkan kita elok-elok saja memandu macam pelancong yang memandu di tepi laut.

3. Gunakan signal dengan betul. Membelok juga dengan betul.

Jika kita nak menukar lorong atau membelokkan kenderaan, yang pertama sekali kita kena lakukan adalah memberikan signal kiri atau kanan. Selepas itu, baru kita lihat side-mirror dan cermin pandang belakang untuk memastikan keadaan selamat untuk memotong. Jangan lupa palingkan juga kepala kita memandang ke kiri atau ke kanan ikut arah yang kita nak memotong itu. Setiap kenderaan ada blind spot yang tersendiri. Kadang-kadang, kita tak nampak kenderaan di sebelah kita melalui side-mirror terutama motosikal. Jangan sesekali menukar lorong dahulu kemudian baru nak berikan signal, atau memberikan signal sambil menukar lorong. Ambil masa paling kurang 3 saat daripada waktu memberikan signal itu untuk mula membelokkan kenderaan. Jangan menukar lorong seperti pemandu drift, sebaliknya perlahan-lahan saja menukar lorong.

4. Kedudukan dada dan stereng hendaklah sejauh 1 hasta dan bukannya merapatkan dada ke stereng.

Ini menjadi kebiasaan kepada pemandu wanita dan sebahagian pemandu lelaki. Akibatnya, mereka selalu fokus pada kereta di depan, tetapi terlupa untuk meninjau cermin pandang belakang dan side-mirror. Pemanduan semacam itu juga boleh menyebabkan stress kerana tidak rileks.

5. Jika nampak lori di lorong kiri memberikan signal hendak memotong lori yang lain, perlahankan kenderaan anda.

Jangan sesekali cuba untuk beradu tenaga dengan lori. Kita ini ibarat timun berbanding mereka yang ibarat durian. Kita melanggar pun kita yang teruk, apatah lagi kalau kita yang dilanggar. Jangan cuba melajukan kenderaan bila menyedari mereka sudah memberikan signal. Kadang-kadang mereka tak menyedari kehadiran kita, atau mungkin juga disebabkan sikap mereka yang tak mahu bertolak ansur. Sebaiknya, jika kita memandu di lorong tengah dan nampak mereka hendak memotong dari lorong tepi, sama ada kita perlahankan kenderaan, atau kita menukar kenderaan ke lorong kanan dan memperlahan sedikit kelajuan. Kebiasaannya, kenderaan yang besar ini akan memakan sedikit jalan sebelah kanan sebab mereka tidak mahu bergesel dengan kenderaan yang dipotong yang saiznya juga adalah besar.

6. Jika memandu laju, jangan gunakan lorong kiri terutama semasa di highway yang ada selekoh curam.

Kebiasaannya kenderaan berat yang dipandu perlahan akan berada sama ada di lorong kiri atau tengah. Jika kita memandu laju, kemungkinan kita tak sempat nak brek kerana terhalang pandangan oleh selekoh jalan. Jadi, lebih selamat memandu di lorong kanan dengan kelajuan sederhana sekiranya menuruni selekoh curam.

7. Jika memandu waktu malam, kelajuan kenderaan belakang boleh ditentukan melalui lampu kenderaannya.

Jika kita berada di lorong kanan dan nampak lampu kenderaan seperti laju di belakang kita, berikan signal ke kiri dan berikanlah beliau laluan. Mungkin beliau dah tak tahan nak terberak ke, ada kes kecemasan ke. Jangan buat-buat tak faham dengan berada di lorong kanan pada kelajuan biasa, yang boleh menyebabkan kemalangan sekiranya pemandu di belakang kurang sabar.

8. Gunakan lampu tinggi (high-beam) sebaik mungkin.

Jika berada di jalan 2 hala (seperti jalan kampung), gunakan lampu high-beam untuk keselamatan. Jalan di kampung banyak haiwan ternakan yang berada di atas jalan. Juga ada pakcik tua yang menunggang motosikal tanpa lampu belakang. Ada juga budak-budak yang menunggang basikal. Ada juga jalan berlubang. Dengan menyalakan lampu tinggi, kita boleh menyedari kehadiran mereka. Namun, jika berselisih dengan kenderaan lain, turunkan kepada lampu rendah (low-beam) sebab lampu tinggi boleh menyebabkan silau kepada pemandu hadapan dan menyebabkan bahaya kepada pemanduannya.

9. Mahirkan pengetahuan tentang simpang jalan.

Jika kita berada di simpang 3 jalan, dahulukan kenderaan yang hendak jalan terus dari kanan ke kiri, begitu juga kenderaan dari kiri ke kanan, serta kenderaan dari kiri yang nak membelok ke kanan. Sepanjang pengalaman Ustaz Love, pemandu wanita kerapkali kurang memahami perkara ini. Akibatnya, mereka menunggu untuk memasuki simpang walaupun tiada kenderaan yang lalu dari arah hadapan dan memberikan jalan kepada kenderaan dari kanannya.

10. Jangan brek mengejut.

Walaupun kita terkejut, jangan sesekali brek mengejut. Brek mengejut hanya boleh dilakukan dalam keadaan kenderaan yang bergerak perlahan (seperti semasa dalam kesesakan lalulintas). Jika brek mengejut ketika kenderaan sedang laju, ada kemungkinan kenderaan anda boleh berpusing dan terbalik. Gunakan kaedah menekan brek berulang kali macam tengah pam tayar menggunakan pam kaki. InsyaAllah, kenderaan akan berhenti dengan selamat.

11. Pedal minyak bukan untuk ditekan sehingga ke lantai.

Ada antara pemandu baru atau yang terlebih berani, menekan pedal minyak sehingga rapat ke lantai. Kena sesuaikan kelajuan. Jika nampak meter dah laju, naikkan sedikit kaki untuk maintain kelajuan. Jangan tekan minyak sehingga kenderaan jadi terlalu laju dan menyebabkan kemalangan sekiranya tidak dapat dikawal.

12. Mode free gear (N) ketika menunggu di persimpangan lampu isyarat.

Jangan biarkan gear anda dalam keadaan bergerak (D) dan setakat menekan brek. Ini sangat bahaya terutama jika kita terlepas brek kaki dan panik, lalu tertekan pedal minyak pula. Sebaiknya, free kan gear, dan tarik brek tangan. Bila nak jalan, tekan brek kaki, tukar ke gear bergerak (D) dan lepaskan brek tangan. Selepas itu baru tekan pedal minyak.

13. Jangan gunakan telefon ketika memandu.

Elakkan penggunaan telefon semasa memandu, kerana ia boleh mengalihkan fokus. Kita kadang-kadang tak sedar yang kita sudah memasuki laluan bertentangan disebabkan asyik dengan telefon.

14. Jangan berada di tengah garisan.

Perhatikan kedudukan kenderaan kita semasa di atas jalan raya. Jangan memandu di atas garisan sehingga menyebebabkan kenderaan di laluan belah kiri dan kanan tidak dapat memotong kita kerana tak tahu kita nak pergi ke mana. Ia juga boleh menyebabkan kemarahan penunggang motosikal yang biasanya menyelit di tengah garisan antara kenderaan.

15. Gunakan isyarat tangan atau lampu untuk meminta laluan.

Jika signal kita itu tak memberi impak kepada kenderaan lain untuk memberikan kita laluan membelok, gunakan budi bahasa dengan memberikan lampu tinggi berkali-kali sebagai isyarat, atau menurukan tingkap dan mengeluarkan tangan untuk meminta diberikan laluan.

16. Jauhkan kenderaan daripada penunggang motosikal.

Ini sangat perlu terutama sekiranya kita memandu dengan kelajuan tinggi. Angin daripada kenderaan kita itu boleh menyebabkan penunggang motosikal hilang imbangan. Maka, jika nak memotong motosikal, ambil jarak yang agak jauh daripada mereka. Kalau tak, follow saja la mereka di belakang. Itu lebih baik.

17. Patuhi arahan papan tanda.

Jika papan tanda memberikan arahan belok ke kiri atau kanan dari jauh disebabkan ada bahagian sedang dalam pembaikan, tukarlah lorong daripada awal. Jangan dah sampai situ, baru sibuk nak tukar lorong dan menyebabkan kemarahan pemandu lain.

18. Beratur tunggu giliran.

Jangan gunakan laluan kecemasan sekiranya berada dalam kesesakan lalu lintas. Hormati pengguna lain dan jangan mementingkan diri sendiri. Kalau kena saman, terimalah dengan redha akan kesalahan diri sendiri. Jangan salahkan kerajaan.

19. Berikan laluan kepada kenderaan yang keluar dari simpang.

Jika kita nampak ada kenderaan nak keluar simpang, perlahankan kenderaan kita. Kemungkinan dia tak perasan kehadiran kita yang mungkin bakal menyebabkan kemalangan. Tak rugi jika kita perlahankan kenderaan. Kita punya masa untuk menekan brek dan mengelakkan kemalangan.

20. Berikan signal dari jauh sekiranya ingin membelok masuk simpang.

Jangan biarkan orang yang nak keluar simpang, menunggu di simpang lama-lama disebabkan keliru sama ada kita nak meneruskan perjalanan di laluan itu, atau masuk ke simpang.

Setakat itu saja yang mampu Ustaz Love fikirkan. Salah dan silap, harap dapat ditegur. Komen-komen tambahan diperlukan untuk memantapkan serta menambah baik lagi entry ini.

Terima kasih.

——————————————————

Iklan :

Sebarang pertanyaan berkaitan produk Jamu Anggun Ibu, boleh hubungi :

– WhatsApp / WeChat : 019-461 1246 (Ann)

– Blog : http://anggunibu.wix.com/jamu

– Facebook Page : JAMU Anggun Ibu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme