I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Wajarkah Nikah Khitbah Tanpa Persediaan?

Assalamualaikum ustaz.
Saya hendak meminta bantuan dan pandangan ustaz.

Saya ada berkawan dengan seorang perempuan ini. Kami sudah berkawan hampir setahun. Kami selalu berhubung di antara satu sama lain. Sekarang, setelah saya mengetahui tentang nikah khitbah, saya rasa bersalah bila hendak berhubung dengannya, rasa bersalah atas perhubungan kami. Saya tidak lama lagi akan berhijrah sambung belajar ke negara lain dan si dia masih belajar di Malaysia.

Pada mulanya saya terfikir untuk bernikah khitbah untuk menghalalkan hubungan kami supaya dapat berbalas mesej dan sebagainya tanpa dapat dosa. Semakin lama saya fikirkan semakin konfius saya dibuatnya dan saya tidak mahu tindakan nikah ini dilakukan atas nafsu semata-mata. Pada mulanya saya memang takut dan hanya mahu halalkan kami untuk bermesej, bertelefon dan sebagainya tetapi sekarang motif saya sudah bercampur aduk dan saya rasa belum cukup ilmu dan belum bersedia untuk mendirikan rumahtangga. Saya mahukan cinta hingga ke jannah yang sebenar dan saya rasa nikah khitbah inilah cinta ke syurga yang sebenar. Sila tolong bagi pandangan ustaz adakah saya patut nikah khitbah ini?

~Saifuddin.

 ———————————————————

Dalam apa juga tindakan yang kita nak ambil, kita perlu memikirkan kesan baik buruk yang bakal dihadapi. Kita tak boleh terlalu mengikutkan emosi dan hawa nafsu dalam membuat keputusan, kerana emosi kita kerap kali didorong oleh bisikan syaitan.

Kebanyakan tipu daya syaitan itu adalah dalam perkara ibadah dan amal kebaikan. Jika syaitan membisikkan kepada kita untuk menyembah berhala atau melakukan maksiat, akal logik kita saja pun sudah dapat mentafsirkan perkara itu adalah tidak baik dan dilarang oleh agama. Bila kita didorong untuk melakukan ibadat, tetapi melalui cara-cara yang kurang tepat, kita kadang-kadang tak mampu untuk mentafsir situasi dan seterusnya terjebak dalam talbis iblis (belitan tipu daya iblis).

Perkahwinan itu adalah ibadah. Itu memang tidak dapat dinafikan. Tetapi, matlamat dan tujuan perkahwinan itu sendiri perlu diperhalusi agar kita tidak terjebak dalam perangkap syaitan. Kita selalu menggunakan alasan untuk mengawal nafsu dan mengelakkan zina, maka kita pun mengambil keputusan untuk berkahwin tanpa berfikir panjang. Kita perlu ingat, kita bukan berkahwin dengan batang pisang, sebaliknya kita berkahwin dengan manusia seperti kita yang punya kehendak dan keinginan. Juga kita perlu mempertimbangkan kelemahan-kelemahan manusia yang mungkin kita tak pernah terfikir sewaktu nak membuat keputusan untuk berkahwin. Keinginan yang kuat itu kadang-kadang membutakan mata kita dalam membuat penilaian secara adil dan saksama.

Jika saudara merasakan sudah sampai masanya untuk berkahwin, maka saudara berkahwinlah dengan kaedah perkahwinan yang sempurna. Kenapa memilih untuk nikah khitbah, sedangkan ia penuh dengan kekurangan (tanpa menafikan kebaikannya untuk situasi tertentu)? Tak lain tak bukan, ia sebenarnya memperlihatkan tahap persediaan saudara sendiri untuk bernikah.

Jangan membuat keputusan yang besar disebabkan perkara yang remeh-temeh. Disebabkan saudara tidak mahu bermesej dalam keadaan dosa, maka saudara terpaksa pula memikul tanggungjawab yang lebih besar daripada ‘mesej’ tersebut.

Dalam menyelesaikan sesuatu masalah, kita perlu kembali kepada punca masalah itu sendiri. Jangan kerana saudara sakit kepala, saudara makan julap dengan anggapan sakit kepala itu berpunca daripada angin, dan julap akan membolehkan saudara kentut dengan sehabis daya sehingga keluar isinya sekali. Jika masalah saudara adalah takut untuk bermesej sehingga mendatangkan dosa, maka saudara kena rawat punca masalah itu. Jangan bermesej. Jangan bertelefon. Maka, selesailah masalah saudara. Takkan disebabkan tujuan nak ‘menghalalkan’ mesej dan telefon itu semata-mata, saudara terburu-buru nak ambil keputusan untuk bernikah dalam keadaan tak bersedia? Tidakkah itu mementingkan diri namanya? Saudara tahu yang saudara akan berhijrah meninggalkan kekasih saudara, tetapi saudara mengikat beliau tanpa nafkah zahir dan batin. Adilkah perkara itu untuk beliau dan keluarganya?

Ustaz Love tahu, mungkin ramai tak bersetuju bila Ustaz Love tidak berapa menyokong keputusan saudara untuk nikah khitbah (berdasarkan komen entry sebelum ini). Ustaz Love cuma tak nak saudara tersilap langkah. Perkahwinan ini bukan perkara main-main. Bukanlah isu nafsu semata-mata yang sekadar melakukan hubungan seks, dan bila dah boring, maka diceraikan pula isteri tersebut. Perkahwinan ini adalah penyatuan jiwa dan bermatlamatkan syurga. Jadi, kenapa alasan ‘nafsu’ pula digunakan semata-mata untuk menghalalkannya?

Hukum nikah itu sendiri boleh berubah mengikut keadaan. Jika kita pasti yang kita akan memudaratkan pasangan kita jika bernikah dengan beliau nanti, apakah hukumnya kekal sunat (atau wajib) disebabkan kita sendiri dah tak tertahan nafsu nak bernikah? Sewajarnya kita sama-sama fikirkan perkara ini.

Jika saudara tanyakan pandangan Ustaz Love, Ustaz Love lebih suka saudara mendahulukan apa yang patut didahulukan. Jika saudara nak berhijrah, maka tangguhkanlah hasrat saudara untuk bernikah. Kecuali jika saudara berhasrat mahu membawa isteri itu sekali untuk bersama saudara di sana dan hidup susah senang bersama-sama. Jika semata-mata nak mengikat wanita itu tanpa nafkah, ada baiknya saudara lupakan dulu hasrat itu. Boleh jadi sampai saatnya, saudara sendiri berjumpa dengan pasangan yang lain, atau beliau juga berjumpa dengan pasangan yang lebih serasi dengannya, tidaklah tersiksa jiwa raga masing-masing memikirkan akan ikatan yang macam tak ada ikatan itu.

Nasihat Ustaz Love, bersedialah untuk sebuah pernikahan yang sempurna. Jika hasrat untuk bernikah khitbah itu datang daripada pihak walinya, maka tiada masalah. Jangan pula saudara yang mencadangkan perkara itu. Tak semua orang boleh faham akan konsep nikah khitbah ini. Jangan sampai ia menjadi nikah fitnah.

WA

———————————————-

Iklan :

Sebarang pertanyaan berkaitan produk Jamu Anggun Ibu, boleh hubungi :

– WhatsApp / WeChat : 019-461 1246 (Ann)

– Blog : http://anggunibu.wix.com/jamu

– Facebook Page : JAMU Anggun Ibu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Comment

Add a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme