I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Halangan Untuk Berpoligami

Assalam ustaz,

Saya sangat perlukan pandangan ustaz. Saya telah terlanjur beberapa kali dengan beberapa lelaki semasa tinggal di luar negara. Saya telah gagal dalam percintaan lebih daripada 10 kali. Saya hilang dara pada usia 29 tahun, kerana saya sangat kecewa dengan hidup dan merasakan mungkin tiada jodoh saya di dunia ini. Very silly and impatient of me.

Saya akhirnya meninggalkan negara tersebut dan pulang ke tanah air apabila mengenali seorang lelaki yang ikhlas ingin berkahwin dengan saya. Beliau mengaku dia suami orang dan isterinya membenarkan dia berpoligami. Atas sebab itu saya berani untuk mencintai lelaki ini. Kerana sebelum itu, saya telah dua kali dilamar unutk menjadi isteri kedua, tetapi saya tolak kerana isteri pertama tidak tahu.

Setelah saya kembali ke tanah air, dan meninggalkan karier saya di luar negara, saya diperkenalkan kepada isteri pertamanya tetapi sebagai adik angkat. Kemudian, saya sedar beliau tidak memberitahu isterinya lagi mengenai hasratnya untuk mengahwini saya. Saya rapat dengan isterinya dan anak-anaknya. Isterinya menemani saya bercuti di luar negara dan saya juga bercuti bersama mereka sekeluarga selepas itu. Saya rasa seperti seorang penipu besar.

Isteri dan anak-anaknya menziarahi saya dan keluarga semasa hari raya tetapi beliau tidak hadir sama. Saya tahu dia takut bercakap benar pada isterinya. Alasan beliau ‘belum tiba masa’. Isteri beliau juga seorang profesional. Kedua ibu bapa saya tidak mengizinkan saya menjadi isteri kedua atau mengambil suami orang.

Lelaki tersebut cuba untuk bertemu dengan ibu saya secara berseorangan tetapi ibu tidak mahu bertemu dengannya. Bapa juga tidak melayan isteri dan anak-anaknya semasa mereka berziarah. Ini kerana, kakak sulong saya telah dimadukan dan abang ipar saya tidak bertanggungjawab.

Lelaki ini saya rasakan ikhlas untuk menjaga saya dan dapat membimbing saya kerana dia yang memaksa saya meninggalkan hidup lama saya dan pulang. Kerana dia tahu, saya tidak akan berubah jika terus tinggal di sana. Ini setelah saya diberikan peluang kedua kerana saya telah mengkhianatinya dengan masih berzina dengan lelaki-lelaki tersebut walaupun sudah menjadi kekasih jarak jauhnya.Saya sudah bertaubat sekarang. Saya memohon ampun di multazam.

Soalan saya :

1. Adakah ustaz rasa lelaki ini benar-benar ingin menikahi saya?

2. Ibu saya tahu kedudukan saya, dan beliau menuduh lelaki tersebut cuba menangguk di air yang keruh. Apa pandangan ustaz mengenai soal ini? Ya, isteri pertama beliau juga seorang profesional dan bergaji 5 angka sebulan. Beliau seorang ahli perniagaan secara kecil-kecilan. Not monthly basis, hence the wife is the main income generator.

3. Bagaimana caranya saya nak approach kedua ibu bapa saya?

4. Ustaz rasa, patutkah saya teruskan sebab jika tidak saya mahu pulang ke tempat lama saya kerana saya ada kehidupan dan karier di sana.

I am helpless ustaz.

~Anna.

————————————–

Pertamanya Ustaz Love ingin meminta ribuan kemaafan kerana terlalu lambat menjawab persoalan ini. Mungkin juga persoalan ini sudah tidak relevan lagi pada masa sekarang (mungkin juga saudari telah move on atau telah bernikah dengan beliau), tetapi tidak salah untuk kita sama-sama mengambil pengajaran daripada kisah ini. Better late than never bak kata orang jawa.

Dari satu sisi, kita mungkin boleh melihat bahawa dengan kehadiran lelaki ini, menjadi satu asbab kepada perubahan diri saudari daripada terus bergelumang dengan maksiat, kepada meninggalkan perbuatan maksiat itu dan bertaubat dengan sesungguh hati. Tak kiralah apa juga niat lelaki itu pada asalnya, yang penting beliau juga punya bahagian dalam membantu saudari untuk berubah.

Namun, untuk terikat dengan kebaikan seseorang sehingga kita terpaksa ‘membayar’ kembali dengan sesuatu, bukanlah sesuatu yang dianjurkan oleh agama. Setiap kebaikan yang dilakukan oleh seseorang, Allah sahaja yang mampu membalasnya. Bahkan jika seseorang itu tidak pernah melakukan kebaikan buat kita sekalipun, kita tetap dituntut untuk berbuat baik kepadanya dan menolongnya ketika berada dalam kesusahan.

Jadi, saudari tidak perlu berasa bersalah sekiranya terpaksa menolak keinginan lelaki itu untuk memperisterikan saudari. Saudari perlu menilai banyak situasi dan mengenepikan persoalan cinta semata-mata, bagi mendapatkan suatu gambaran yang lebih jelas akan corak kehidupan yang bagaimanakah yang diinginkan oleh saudari pada masa akan datang.

Ustaz Love tidak dapat meneka apa yang ada dalam hati lelaki itu, tetapi daripada tingkah laku luarannya, ada kemungkinan bahawa beliau tidaklah terlalu serius untuk memperisterikan saudari. Sekiranya beliau serius, beliau akan berusaha sedaya upaya untuk menjayakan perancangan ini dengan sesungguh hati. Nampaknya, beliau masih lagi tidak berani untuk memulakan langkah pertama iaitu dengan memberitahu isterinya akan keinginannya untuk memperisterikan saudari, bahkan sanggup menipu hakikatnya perhubungannya dengan saudari di hadapan isteri dan anak-anaknya.

Walaupun mendapat keizinan untuk bernikah itu bukanlah suatu syarat dalam agama, namun ia merupakan undang-undang negara kita yang diwujudkan demi menjaga kepentingan isterinya. Tambahan pula, dalam keadaan beliau yang boleh dikatakan tidak mampu untuk menanggung keluarga sendiri, bagaimanakah nanti beliau mahu menanggung satu lagi keluarga? Adakah saudari juga akan terpaksa menjadi breadwinner seperti isteri pertamanya? Itu mungkin salah satu perkara yang perlu saudari fikirkan. Hidup berpoligami ini banyak cabarannya.

Nasihat Ustaz Love, saudari lakukanlah istikharah. Minta petunjuk daripada Allah, manakah keputusan yang tepat untuk diambil? Sekiranya saudari lebih cenderung untuk bernikah dengannya, maka berusahalah dengan jalan yang betul dan banyakkan berdoa semoga Allah memudahkan urusan saudari. Jika tidak, maka saudari perlu yakin bahawa Allah telah sediakan jodoh yang terbaik buat saudari. Jangan tergesa-gesa untuk berjodoh, takut nanti tergesa-gesa juga untuk bercerai. Ambil masa untuk berfikir serta menilai baik dan buruk setiap tindakan yang nak diambil.

Yang paling penting, saudari istiqamahlah dalam bertaubat. Dekatkan diri dengan Allah melalui penambahan ibadah dan kebajikan. Banyakkan bersedekah. Semoga Allah mengekalkan saudari dan kita semua dalam hidayahNya.

Wallahu A’lam

—————————————————————–

Iklan :

– WhatsApp / WeChat : 019-461 1246 (Ann)

– Blog : http://anggunibu.wix.com/jamu

– Facebook Page : JAMU Anggun Ibu

 

sembelit3sembelit2sembelit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme