I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Sangka Baik Dengan Pasangan

Salam ustaz.

Saya dan suami tinggal berjauhan. Suami sambung belajar. Saya sering bermimpi suami ada perempuan lain dan mimpi tersebut amatlah kerap. Saya stress sangat. Tapi bila suami ada di sisi saya, tidak ada perubahan yang berlaku. Contohnya suami saya tak ada la nak menyorokkan handphone ke. Bila dia ada dengan saya, saya tidak rasa dia ada perempuan lain. Hampir 24 jam dia meluangkan masa dengan saya dan suami saya sangat jarang keluar rumah.

Tapi saya stress bila memikirkan kekerapan bermimpi suami curang.

Berkenaan mimpi saya bagi tahu bukan bermakna saya inginkan ustaz tafsirkan di sebalik mimpi saya ni. Saya cuma nak minta pandangan ustaz kenapa dan mengapa diri saya dibelenggu dengan mimpi yang saya rasa ia boleh merosakkan rumah tangga saya? Adakah saya terlalu berfikir memandangkan suami berada jauh? Suami saya hanya balik apabila cuti semester, tapi insyaAllah bulan 3 ni tamat la pengajiannya. Kadang-kadang bila suami bagi tau nak keluar dengan kawan-kawan, saya jadi berfikiran negatif dan macam-macam ada dalam pemikiran saya ni. Saya sering tanya dia adakah dia ada orang lain selain saya dan jawapan yang diberikan mestilah cakap tak ada.

Sebenarnya tiada perubahan sikap pada dia cuma saya terlalu memikirkan mimpi-mimpi yang kerap terjadi. Saya stress sangat sampaikan saya rasa fed-up. Kadang-kadang saya marah suami tanpa sebab. Paling utama bila dia keluar dengan kawan-kawan, MULA LA TIMBUL PERASAAN SYAK WASANGKA DAN MARAH-MARAH. Tapi sebenarnya dia seorang suami yang sangat bertanggungjawab dan ayah yang sangat penyayang. APA YANG SAYA inginkan sedaya upaya dia penuhi. Kadang-kadang saya rasa bersalah pun ada. Please help me. Thank you.

~Sunshine.

—————————————–

Orang perempuan biasanya akan dikalahkan oleh emosi, dan orang lelaki biasanya akan dikalahkan oleh perempuan. Itu adalah lumrah. Sebab orang perempuan adalah ‘queen’, yang langkahnya boleh mengatasi ‘castle’, ‘bishop’ bahkan ‘king’ sekalipun. Perempuan ini boleh menjadi tulang belakang kepada kejayaan lelaki, dan mampu juga menjadi punca kegagalan mereka. Begitu hebatnya ‘tangan yang menggoncang buaian’ ini, walaupun sekarang sudah ada buaian elektrik yang boleh bergoncang sendiri.

Jika permainan emosi menjadi sandaran, maka perempuan yang akan menjuarainya. Lelaki juga mampu terpengaruh dengan emosi yang dimainkan oleh perempuan, sehingga akhirnya melakukan tindakan yang salah disebabkan terbuai dengan emosi mainan mereka.

Ustaz Love tidaklah ingin menulis sesuatu yang membezakan antara jantina, kerana hakikatnya manusia itu tak kira lelaki atau perempuan, dikurniakan akal dan penilaian yang tersendiri. Kelebihan dan kekurangan tetap wujud pada makhluk. Ia sangat bergantung kepada sejauh mana mereka mahu menonjolkan kelebihan mereka dan menutup segala kekurangan yang ada.

Salah satu jenis kelemahan wanita yang berkaitan emosi ini adalah, mereka lebih cenderung untuk bersangka buruk dengan pasangan mereka sendiri. Alasan yang sering digunakan untuk menjustifikasikan perlakuan mereka ini adalah seperti ingin menguji, ada pancaindera keenam (sixth sense), rasa hati yang kuat (instinct) dan sebagainya, tanpa menyedari yang mereka sedang membuka pintu kepada bisikan dan hasutan syaitan.

Kerapkali isteri itu meragui suaminya sendiri, sehingga sampai ke satu tahap, mereka percayakan instinct mereka itu melebihi daripada apa yang zahir pada pandangan mereka. Seolah-olah, bila mereka berjaya mengkantoikan suami mereka, mereka rasa puas dan menang sebab rasa hati mereka itu betul. Tapi, apa yang mereka dapat selepas itu? Nothing.

Mungkin mereka merasakan dengan bersangka buruk itu, mereka boleh bersedia jika berlaku apa yang ditakutinya. Hakikatnya, jika ia benar-benar berlaku, tidak banyak yang mereka boleh lakukan melainkan pasrah dengan keadaan.

Sebab itulah, Islam menganjurkan kita untuk bersangka baik dengan semua orang, tak kira agama mahupun bangsa, apatah lagi dengan pasangan kita sendiri. Asas kepada sebuah perhubungan adalah kepercayaan. Bila sudah hilang kepercayaan, maka runtuhlah sebuah kasih sayang biarpun dikaburi dengan lakonan tanpa keikhlasan. Seorang yang tidak percayakan orang lain, pasti tidak akan dapat membina hubungan yang baik, disebabkan hati mereka sentiasa diserang perasaan was-was dan keraguan. Ia akan lahir melalui perbuatan. Seorang isteri akan semakin tawar hati dengan suami. Layanannya juga akan semakin sejuk, tidak seperti masa mula-mula berkahwin. Hatinya akan sentiasa berdebar-debar tanpa arah. Tidurnya tidak lena. Akhirnya, kesihatan jadi merosot, hanya disebabkan sangkaan buruk pada suaminya yang sebenarnya hanya mainan dan bisikan syaitan semata.

Dalam hal mimpi, ia bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan hujah untuk menghukum. Datanglah beribu kali mimpi sekalipun, tetap kita tidak boleh percaya, apatah lagi yakin dengan petunjuk yang hadir daripadanya. Sekalipun ada mimpi yang benar, ia tidak boleh dipastikan melainkan setelah terjadinya perkara yang dimimpikan itu.

Kita bukan hidup pada zaman nenek moyang kita yang terlalu mempercayai mimpi dan alamat. Kita hidup pada zaman yang mementingkan penggunaan ilmu dan akal. Jangan sampai kita terlalu percayakan mimpi, sehingga akhirnya kita sendiri terbuai dengan mimpi. Bila terjaga, barulah kita sedar yang ia hanyalah mimpi. Untunglah jika kita tidak melakukan apa-apa yang merosakkan diri dan keluarga kita sendiri akibat daripada keyakinan kita pada mimpi.

Puan seharusnya bersyukur mendapat seorang suami yang baik dan jujur. Jangan uji kejujuran dan kesabarannya dengan sangkaan-sangkaan buruk sebegitu. Ditakuti bila tiba masanya, sang suami sudah tidak boleh bersabar dengan sikap isteri, akhirnya bertindak untuk merealisasikan apa yang disangkakan oleh sang isteri. Buat apa nak jadi jujur kalau masih dituduh tidak jujur, baik buat saja kecurangan itu. Sekurang-kurangnya puas hati bila dituduh berlaku curang. Mungkin itu kata hatinya pula nanti.

Ada cara untuk mematikan rasa ragu dan was-was puan itu. Iaitu dengan cara berbincang dan berterus-terang dengan suami. Sekurang-kurangnya beliau tahu apa yang bermain di minda isterinya. Kebiasaannya, kaum lelaki yang lurus ini jarang dapat membaca lenggok bahasa isterinya. Dia nampak macam normal, tapi dia tak tahu betapa lahar gunung berapi sedang menggelegak dalam hati isterinya, hanya menunggu sedikit punca saja bagi menampakkan letusannya.

Puan juga kena banyakkan istighfar. Tambahkan amal ibadah, banyakkan membaca al-Quran dan bersedekah. Bangun malam berqiamullail dan berdoalah semoga Allah menguatkan lagi ikatan kasih sayang puan suami isteri, dan dijauhkan daripada bisikan dan godaan syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk merosakkan sebuah perkahwinan.

WA

————————————————-

Iklan :

Sebarang pertanyaan berkaitan produk Jamu Anggun Ibu, boleh hubungi :

– WhatsApp / WeChat : 019-461 1246 (Ann)

– Blog : http://anggunibu.wix.com/jamu

– Facebook Page : JAMU Anggun Ibu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Comments

Add a Comment
  1. assalamualaikum ustaz…

    sy ade pertanyaan..ianya mungkin tidak berkaitan dengan entry di atas..sebelum ni saudara sy cuba untuk memperkenalkan saya dengan seorg lelaki iaitu sahabat beliau sendiri. alhamdullillah, lelaki itu mempunyai akhlak dan peribadi yang baik. sejak sy melihat gmbar lelaki itu hati sy terdetik mungkin inilah jodoh sy didunia ni. sy katakan pd saudara sy berminat untuk berkenalan dengan nya dan lelaki itu juga menyatakan minat untuk berkenalan dengan sy. namun, baru2 ini, sy diberitahu bhwa lelaki itu sudah ingin berkawin. sejujurnya sy sedih bile mendengarnya dan sy menangis.
    ustaz, salah ke jika sy berdoa kepada ALLAH SWT agar dia di jodohkan dengan saya sedang kan dia ade pilihan lain? adakan doa sy agar dia dijodohkan dengan saya dikira sebagai memutuskn silaturahim?

    sy harap ustaz dapat menjawab persoalan sy ini kerana skrg ini sedang berada dalam kekeliruan…

  2. Assalamualaikum ustaz, sy ada sedikit masalah, sy ingin tnya pndpt ustaz, apa perlu saya lakukan bila sy thu suami sllu berhubung dgn prmpuan laen, smpaikan saya sering berminpi suami bersama dgn prmpuan trsebut,wlwpn didepan sy… Sy kenal prmpuan tu, tp spad kwen bru sy dpt thu diorang ada hubungan… Sy diperlakukan sprti org bodoh… Tp slma ini sy fiamkn je, sbb nk tgk sejauh mna hubungan diorang…msk ayah sy dh thu psal fiorang…parent sy mmg suruh sy tinggalkan dia..tp sy msh lg bg dia peluang, sy dh nsihatkan dia supaya tinggalkan pmpuan tu..tp sy tgk skrng dia msh lg berwssp dgn pmpuan tu..bla sy tnya,dia ckp sekadar kawan..tp msg diorang bnyk berundur lucah n gmbr2 yg memalukan, sy bkn nk aibkan suami,tp sy dh buntu dgn spe sy nk bertanya pndapat,…tlg bg pndapat ustaz..skrng usia prkhwinan kmi dh nk cecah 3tahun, seorng ank n sekarang tgh mrngandung ank ke dua yg berusia 5bulan… Tp hati sy dh pudar,sy xpsti smaada sy msh cintakan dia atau sekadar lakonan je layanan sy slma ni…

  3. Salam..sy ada soalan juga brkaitan entry di ats…
    Sy juga sering bermimpi suami ada wanita lain..tetapi didalam mimpi tersebut suami juga seakan2 tidak mengetahui yg dia ada isteri lain..aeorang wanita indon…sy mjd risau krn di tmpat kerja suami mmg ramai wanita indon..yg kbnyakannya suka menganggu lelaki yg bkerja disitu..
    Suami juga pnh terkantoi berhubung dgn wanita lain..tp tlh bjnji xkn mgulanginya…xtahu mcm mana sy nk jelaskn…kekerapan bmimpi suami ada wabita lain mbuatkn sy juga stress.n slalu bgaduh..lgi sy sdng hamil…btmbh2 tekanan yg sy rase..
    Sy cuma ingin pndapat..apa yg patut sy lakukn…

  4. Assalamualaikum ustaz….saya seorang isteri dan mempunyai anak 5 orang. Saya dapat tahu bahawa suami ada manghubungi bekas tunang melalui wassap. Semua text dia delete. Satu hari, suami tertinggal hp dirumah dan saya check perempuan itu text suami… good nite bazz dan suami balas morning baby. Tersentak saya. Suami x bole diajak berunding. Sampai sekarang saya sentiasa teringat text tersebut dan saya tidak percaya pada suami.suami sentiasa berkepit dengan hp. Tolong la saya ustaz bagaimana Cara untuk jauh kan perempuan itu dalam hidup suami.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme