I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Perjalanan Dan Kematian

Salam.

Ustaz Love mendapat perkhabaran dari orang kampung bahawa salah seorang bapa saudara Ustaz Love telah meninggal dunia. Ustaz Love telah bersiap untuk pulang ke kampung tanpa melakukan apa-apa pemeriksaan kesihatan terhadap kereta. Perjalanan yang sepatutnya cuma memakan masa lebih kurang 5 jam, akhirnya telah menjadi 8 jam. Enjin kereta panas dan terpaksa berhenti rehat beberapa kali (termasuk sekali di tepi lebuhraya dalam keadaan panas terik). Natijahnya, Ustaz Love tak sempat melihat jenazah buat kali terakhir.

Ustaz Love pernah berjanji kepada arwah untuk membawa isteri yang baru dikahwini tahun lepas bertemu dengan beliau. Takdir Allah, dalam persiapan untuk pulang bercuti sempena Tahun Baru Cina yang lepas, kereta juga mengalami masalah. Kebetulan bengkel kereta semua tutup selama seminggu. Ini semua perancangan Allah yang Maha Kaya.

Ustaz Love hanya sempat bertemu dengan isteri arwah dan anak-anak beliau (sepupu Ustaz Love) sambil menyampaikan salam takziah daripada adik-beradik yang tak dapat hadir. Kelihatan wajah isteri beliau yang tenang. Mungkin disebabkan reda dengan pemergian arwah yang sudah agak lama uzur.

Sebelum balik ke KL, Ustaz Love singgah di rumah ibu saudara. Suaminya juga mengalami masalah kesihatan. Kadangkala nampak sihat, tak lama kemudian nampak macam tak sihat. Juga sempat singgah ke rumah beberapa orang saudara mara untuk bertanyakan khabar.

Suatu masa dulu, kita pernah melihat mereka ceria dengan gelak ketawa, tubuh yang gagah dan kerajinan yang luar biasa. Hari ini, kita melihat batang tubuh yang sama sudah tidak seperti dulu lagi. Terbayangkan kenangan mengusik jiwa, membuatkan air mata jatuh tertumpah ke nasi dan seterusnya menjadi kuah untuk dihirup.

Jika sesiapa yang sudah lama tidak berjumpa dengan saudara mara, pulanglah untuk bertemu mereka selama mereka masih ada. Jangan sampai suatu masa nanti, kita bersentuh bahu dengan mereka pun kita tak kenal yang mereka adalah saudara mara kita juga.

Suatu masa nanti, kita juga akan mengikuti jejak langkah mereka. Hidup di dunia ini tak lama mana. Banyakkanlah amal dan tinggalkanlah sengketa. Semoga kita bahagia di dunia dan di akhirat sana.

WA

—————————————————————-

Iklan :

 

 

Sebarang pertanyaan berkaitan produk Jamu Anggun Ibu, boleh hubungi :

– WhatsApp / WeChat : 019-461 1246 (Ann)

– Blog : http://anggunibu.wix.com/jamu

– Facebook Page : JAMU Anggun Ibu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

Add a Comment
  1. sgt benar..setuju dgn apa yg Ust Love tulis ni..
    i masih ada my mom (now she’s 73)..memang nampak sgt lemah, very old and week. tak lalu mkn..kurus yg amat, nmpk sgt cengkung, kedut memang penuh seluruh muka..jln pun slow2..sakit lutut etc…
    betapa saya merindui zmn my mom masih sihat dan berselera zmn dulu2 dan juga zmn my arwah ayah masih hidup..tp inilah kehidupan duniawi…
    mz recently posted..antara banyak2 strollers..My Profile

    1. sebab tu biasa kita dengar ayat, “the good old days”.. kita akan merindui kenangan manis yang pernah terjadi dalam hidup..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme