I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Terasa Seperti Mula-Mula Berblogging

Salam..

Waktu mula berblogging dulu, jari jemari terasa keras nak menaip. Otak letih diperah untuk sebuah idea. Namun, semangat itu mengatasi segalanya. Sanggup bersengkang mata melakukan blogwalking semata-mata ingin menyedut trafik. Apatah lagi di saat kehadiran iklan BE (Buffered Earning aka CPUV), trafik sangat diperlukan untuk menambah pendapatan.

Untuk mendapatkan sebuah iklan BE, memerlukan sebuah blog yang dikunjungi oleh ramai UV (Unique Visitor) supaya pengiklan berminat untuk beriklan di blog tersebut. Ia merupakan antara penambah perisa semangat untuk menulis. Walaupun hasilnya tidaklah banyak, namun melihat kejayaan sebuah iklan yang berjaya menukarkan RM digital kepada RM fizikal, ia suatu kepuasan yang tak mampu digambarkan dengan kata-kata.

Pada ketika ini, ada 6 iklan BE sedang bersiaran di blog Ustaz Love. Mungkin juga disebabkan kebanyakan pengunjung yang datang ke blog ini adalah melalui enjin carian, jadi UV berbeza didapati setiap hari. Ia merupakan satu perkembangan yang baik untuk blog Ustaz Love, sekalipun sudah terlalu jarang update entry terbaru dan soalan-soalan dibiarkan tanpa jawapan.

Ustaz Love bukan dah tak berminat untuk menulis, mahupun sudah kekeringan idea. Cuma mungkin semangat itu belum menjelma. Jari jemari berat terasa untuk menekan keyboard. Maka itu, bukan setakat blog jadi bersawang, bahkan buku kedua yang Ustaz Love rancang itu pun masih belum siap sepenuhnya.

Apa pun, Ustaz Love sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian para pengunjung melawat blog ini. Cukuplah dulu setakat ini sebagai entry pemanas enjin. Jari jemari pun dah terasa semakin laju bergerak. InsyaAllah, dengan doa tuan puan, Ustaz Love akan kembali menulis dengan lebih rancak.

Maafkan ayat yang tak tersusun dan banyak merapu. Hanya menulis untuk mendapatkan kembali momentum yang dah hilang. Hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Comments

Add a Comment
  1. assalamualaikum ustaz. saya ada mencari artikel tentang nikah khitbah, tapi tak banyak pendedahan. ustaz tolong persoalan yang saya kemukan ini. (sorry salah entry)

    1)suami

    1.1suami datang kerumah si isteri untuk makan malam/makan tenggahari/berbuka puasa, siapakah yang menanggung nafkah isteri? ayahnya atau suaminya?

    1.2suami datang melawat isteri/mertua yang sakit, siapakah yang menanggung nafkah isteri? ayahnya atau suaminya?

    1.3suami datang berhari raya dirumah isteri, siapakah yang menanggung nafkah isteri?ayah nya atau suaminya?

    1.4suami datang tumpang tidur dirumah isteri satu atau dua hari dirumah isteri, siapakah yang menanggung nafkah isteri? ayahnya atau suaminya?

    2)isteri
    2.1isteri datang kerumah si suami untuk makan malam/makan tenggahari/berbuka puasa, siapakah yang menanggung nafkah isteri? ayahnya atau suaminya?

    2.2isteri datang melawat si suami/mertua yang sakit, siapakah yang menanggung nafkah isteri? ayahnya atau suaminya?

    2.3isteri datang berhari raya dirumah suami, siapakah yang menanggung nafkah isteri?ayah nya atau suaminya?

    2.4isteri datang tumpang tidur dirumah suami satu atau dua hari dirumah isteri, siapakah yang menanggung nafkah isteri? ayahnya atau suaminya?

    3.1suami dan isteri berbulan madu, siapakah yang menanggung nafkah isteri?ayahnya atau suaminya?

    3.2suami dan isteri pulang kekampung dan melawat dan tumpang tidur dirumah saudara mara belah suami dan isteri, siapakah yang menanggung nafkah isteri? ayahnya atau suaminya?

    3.3 jikalau suami dan isteri tidak tahan, mereka pergi ke hotel dan melakukan jimak, siapakah yang menanggung nafkah si isteri? ayah atau suaminya? (ustaz kata boleh dan sah sebab dah jadi suami isteri, tapi ustaz tak bagitahu siapa yang tanggung nafkah isteri.

    3.4jikalau suami dan isteri pergi berbulan madu dan berlakunya jimak, siapakah yang menanggung nafkah dan dosa isteri? ayahnya atau suaminya? kalau tidak jimak siapakah yang menanggungnya? suaminya atau ayahnya?

    (ustaz tolong bagi jawapan di email saya(azri.zx10@gmail.com), saya jarang bukak blog ustaz ni, saya just nak cari jawapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme