I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Tunang Ugut Bunuh Diri

Assalamualaikum,

Saya sedang melalui dugaan yang amat besar pada saat ini. Tunang saya bergaduh dengan saya sedangkan tak sampai 2 minggu lagi kami akan bernikah. Sebelum ini kami bergaduh biasa saja dan kami akan berbaik semula. Sekarang, dia macam terlalu bencikan saya. Siap ugut nak bunuh diri kalau saya cuba menghubunginya. Saya masih sayangkan dia. Saya rasa serba salah juga sebab saya memang seorang yang panas baran. Selama ini dia banyak bersabar dengan sikap saya. Namun, saya akan sentiasa meminta maaf dan dia takkan marah lama-lama.

Saya sebenarnya baru berhijrah selepas putus cinta. Saya nekad orang yang saya jumpa lepas ni, saya tak nak bercinta tapi saya akan terus bernikah. Itu yang saya bertunang selepas 6 bulan kenal. Saya mengaku saya dan tunang pernah terlanjur, tapi kami dah bertaubat. Dia pun berubah selepas jumpa saya. Tolong nasihatkan saya. Orang macam ni nak buat apa. Saya dah puas memujuk dan merayu. Dia tak balas mesej orang tua dia. Sebelum ni dia pernah tak bertegur dengan orang tua dia selama setahun. Saya takut dia terkena gangguan syaitan. Sudah masuk tiga hari kami bergaduh. Saya rasa dia itu terbawa-bawa dengan perasaan marah saja.

~ Hamba Allah.

Banyak kes yang Ustaz Love jumpa, biasanya orang yang suka mengugut untuk membunuh diri ni adalah dari kalangan wanita. Sangat jarang lelaki nak ugut untuk membunuh diri disebabkan masalah cinta. Sebab lelaki ni jenis yang nekad. Kalau dia nak bunuh diri, dia bunuh diri terus. Tak main dah ugut-ugut.

Disebabkan Hamba Allah tak menyatakan dengan jelas akan jantinanya, maka Ustaz Love akan menganggap beliau sebagai seorang lelaki.

Ustaz Love tak pasti jenis hijrah apakah yang saudara maksudkan. Adakah hijrah daripada suatu tempat ke tempat yang lain, atau hijrah yang bagaimana? Jika dikatakan hijrah daripada sikap buruk kepada sikap yang baik, nampak macam saudara belum benar-benar berhijrah. Jika benar sudah berhijrah, kenapa masih terlibat dengan masalah zina? Adakah saudara menganggap dengan menyebut ‘terlanjur’ itu, ia akan bertukar menjadi dosa kecil? Jika benar saudara sudah bertaubat, maka baguslah. Jangan diulang perbuatan yang lama. Kita kena anggap dosa yang besar ini sebagai dosa yang besar. Jangan anggap ia sebagai dosa yang kita mampu hapuskan dengan taubat bila-bila masa, kerana kita tak tahu adakah taubat kita itu diterima Allah atau tidak.

Orang yang suatu masa dulu terlalu sabar dan tabah menghadapi karenah kita, tiba-tiba beliau berubah sikap menjadi sebaliknya, maka berkemungkinan ia ada kaitan dengan beberapa faktor. Mungkin juga beliau sudah fed-up dengan perangai saudara yang masih tak berubah. Atau beliau takut untuk menghadapi perkahwinan. Atau mungkin juga beliau sudah berjumpa dengan seseorang yang lebih baik perangainya daripada kita.

Langkah terbaik adalah menyiasat perkara ini dengan lebih teliti. Jangan takut untuk menghubungi beliau. Biasanya wanita ni akalnya di mulut. Dia cakap dulu, fikirnya kemudian (maaf ye para wanita. Ustaz Love maksudkan dengan mereka yang suka mengikut emosi). Mereka tak fikir dulu risiko daripada perkataan mereka. Dan kebiasaannya, apa yang mereka ugut itu memang tak akan berlaku. Jika benar beliau nekad nak bunuh diri, dah lama dah beliau arwah. Ini dok sihat sejahtera lagi.

Dan saudara juga jangan hanya pandai berjanji saja. Ubahlah sikap panas baran itu supaya menjadi lebih sabar dan tenang. Tidak ada wanita yang sukakan lelaki yang panas baran. Kalau panas badan tu, biasa la terutama lelaki yang suka makan kambing.

Yang paling penting, saudara jangan tinggalkan solat dan banyakkan berdoa. Berikan beliau masa untuk menenangkan diri. InsyaAllah, bila beliau dah tenang nanti, beliau sendiri yang akan menghubungi saudara. Jangan terlalu mendesak. Kita orang lelaki ni punya harga diri yang tinggi. Jangan sampai merayu-rayu pada yang tak sudi. Sedangkan terlalu ramai wanita yang memerlukan dambaan seorang lelaki. Cewahh.

 

 

———————————————————————————-

 

Iklan :

– WhatsApp / WeChat : 019-461 1246 (Ann)

– Blog : http://anggunibu.wix.com/jamu

– Facebook Page : JAMU Anggun Ibu

 

sembelit3sembelit2sembelit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme