I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Ingin Jadi Seperti Asiah Walaupun Suami Bukan Firaun

Salam.

 

Ustaz tolong nasihatkan saya yang sedang menderita. Saya tak pernah buat dosa besar tapi suami saya setiap hari buat dosa besar. Setiap kali saya bersabar, makin besar ujian Allah bagi pada saya, hinggakan saya rasa sudah tak mampu nak menghadapi karenah suami yang tak habis-habis buat dosa. Saya ingin jadi seperti Asiah tapi tak mampu. Saya baik, tapi kenapa dapat suami yang tak baik? Saya rasakan Allah masih belum memakbulkan doa saya supaya memberi hidayah kepada suami saya. Tolong bagi motivasi pada saya agar tidak putus harap menghadapi ujian ini. Syukran.

~ Noni.

Ustaz Love tak berapa jelas dosa besar apakah yang dilakukan oleh suami puan sehingga puan rasa begitu menderita sekali. Telahan Ustaz Love adalah kemungkinan besar suami puan terlibat dengan kesalahan zina. Kesalahan lain walaupun mungkin ia merupakan dosa besar, tetapi tidaklah seberat kesalahan zina yang sudah tentu meremukkan hati seorang isteri. Seorang isteri itu biasanya mampu lagi untuk bersabar sekiranya suami seorang kaki judi, kaki botol, kaki tidur mahupun berkaki ayam, namun beliau pasti tidak dapat menahan perasaannya jika diketahui suaminya itu berlaku curang dengan wanita lain.

Penderaan berbentuk fizikal biasanya masih lagi mampu ditanggung oleh isteri, kerana wanita itu walaupun kelihatan lemah fizikalnya, tetapi sebenarnya kuat. Seorang suri rumah mampu bekerja sejak suami dan anak-anak belum bangun tidur lagi sampailah mereka tidur kembali. Sedangkan seorang lelaki yang cuma bekerja 6 jam di pejabat yang tak meletihkan fizikal pun, boleh berdengkur ketika berehat sebentar di surau selepas solat Zohor.

Penderaan mental itulah yang biasanya menyeksa jiwa para wanita, khususnya isteri. Jika benarlah telahan Ustaz Love, ternyata sebenarnya puan adalah seorang wanita yang kuat dan hebat, lebih kuat daripada beruang. Puan rasa diri puan tak mampu bersabar dan menanggung penderitaan ini, tetapi ternyata (sehingga saat puan menulis pertanyaan ini) puan masih dapat bersabar sehingga ke hari ini.

Ujian yang Allah berikan adalah berkadaran dengan kemampuan seseorang untuk menerimanya. Mungkin ujian yang puan hadapi ini, jika diletakkan atas bahu wanita lain, mungkin telah patah riuk tulang bahunya menahan bebanan yang maha hebat ini. Namun, mungkin juga ujian orang lain yang kita nampak seperti mudah, jika ditanggung oleh kita sendiri, kita mungkin tak mampu untuk menanggungnya.

Dalam hal ini, puan jangan menyalahkan takdir dan putus asa dengan rahmat Allah. Ujian yang Allah berikan kepada orang beriman ini ada 3 macam, iaitu sama ada untuk meningkatkan darjatnya, atau menghapuskan dosanya, atau sebagai balasan atas perbuatannya. Maka, kita nilailah di mana tahap kita dalam menerima ujian tersebut.

Tiada manusia yang dapat lari daripada melakukan kesalahan. Walaupun puan mengatakan yang diri puan seorang yang baik, pasti ada juga kesalahan di mana-mana yang puan lakukan dengan sengaja atau tanpa disedari. Pada tahap inilah, muhasabah diri itu sangat perlu dilakukan. Setiap orang itu akan menanggung segala perbuatan baik buruknya, dan akan menanggung kesan daripada perbuatannya itu sendiri. Maka, sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang yang sentiasa bertaubat kepada Allah.

Sebelum puan mengemukakan hajat, mohonlah dulu keampunan daripada Allah. Perbanyakkan istighfar dan taubat. Dikhuatiri dosa-dosa yang kita lakukan yang mungkin tidak kita sedari itu menyebabkan terhalangnya doa kita daripada dimakbulkan. Dekatkan diri pada Allah dengan memperbanyakkan amal kebaikan seperti puasa dan sedekah serta bangunlah tahajud di tengah malam dan berdoalah sungguh-sungguh semoga Allah mengubah hati suami ke arah kebaikan.

Kemudian mintalah bantuan pada ahli keluarga yang dihormati oleh suami, khususnya ibu dan bapa mertua supaya mereka boleh memberikan pandangan dan sama-sama berusaha dan berdoa untuk kebaikan beliau. Jangan takut atau malu untuk meminta pandangan. Itu adalah lebih baik daripada terus memendam perasaan yang mungkin akhirnya nanti akan bertukar menjadi dendam dan permusuhan.

Jika puan mampu bersabar, maka bersabarlah. Buah sabar itu sangat manis. Lebih manis daripada buah rambutan yang dicicah dengan gula. Kita tak mampu nak menjangka apa yang berlaku pada masa akan datang, tapi kita meyakini pasti ada hikmah di sebalik setiap perkara yang terjadi.

Tak perlu nak menjadi tabah setinggi Asiah, tetapi jadilah seorang wanita dan isteri yang solehah. Kesolehan dan kebaikan yang kita lakukan itu adalah semata-mata untuk Allah, dan bukannya semata-mata untuk mendapat balasan yang sementara di atas dunia ini.

Jika masih lagi tiada perubahan, maka jalan terakhir yang boleh diambil adalah dengan memfailkan perceraian. Tetapi, fikirkanlah sejuta kali sebelum tergerak hati untuk meminta cerai. Sungguh susah nak membina sebuah bangunan. Sayangnya kita pada sebuah mahligai perkahwinan yang kita bina dengan penuh pengorbanan. Jika ada kawasan yang dimakan anai-anai atau mengalami kerosakan, tidaklah sampai kita terfikir untuk meruntuhkan bangunan itu begitu saja. Carilah jalan untuk memperbaiki kerosakan tersebut. InsyaAllah, pasti Allah akan memudahkan kita untuk mencari jalan kebaikan.

WA

———————————————————————————

Iklan :

Jamu Asmara Teruna :

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Untuk pembelian dan pertanyaan lanjut, sila hubungi :

– WhatsApp / WeChat : 019-461 1246 (Ann)

– Blog : http://anggunibu.wix.com/jamu

– Facebook Page : JAMU Anggun Ibu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Comments

Add a Comment
  1. Saya doakan semoga Puan Noni tabah dalam meghadapi ujian dari Allah SWT. Jangan menyerah yer puan Noni kerana Allah tidak akan menguji puan melainkan kerana Allah sayangkan kita. ALLAHU AKBAR..ALLAH MAHA BESAR

  2. Assalamualaikum Ustaz.. Harap ustaz boleh balas.

    Isteri sy memegang kemaluan saya.. Dan bertanya soalan.. Siapa pernah pegang selain dia?

    Saya jawab mak saya.. Masa kecil sapau bedak..(bergurau)

    Adakah percakapan saya itu zihar?

    Maaf kalau soalan mcm 18sx

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme