I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Iklan : Hidup Sihat Dan Bahagia Bersama Anggun Ibu

Salam.

Hidup berumahtangga memang penuh dengan cabarannya. Jika sesiapa yang cuba terjun ke dalamnya tanpa apa-apa ilmu dan kemahiran, kebarangkalian untuk lemas dan mengalami kegagalan adalah tinggi. Alangkan mereka yang sudah bersedia sebaiknya juga boleh tenggelam dalam arus perkahwinan yang menggila, apatah lagi mereka-mereka yang tidak mempunyai apa-apa persediaan.

 

Jamu Asmara Teruna (JAT)

Jamu Asmara Teruna (JAT)

Bila disebutkan tentang persediaan, sudah tentu bukan setakat persediaan mental sahaja yang diperlukan, bahkan lebih daripada itu, persediaan fizikal juga sangat memainkan peranan dalam kebahagiaan hidup berumahtangga. Pepatah Arab ada mengatakan, “Akal yang sihat terletak pada tubuh badan yang sihat”.

jamuasmarateruna

JAT – Jamu Asmara Teruna

Sekiranya seseorang itu mengalami masalah kesihatan, kebahagiaan juga mungkin turut terjejas. Perbelanjaan untuk orang yang sakit biasanya sangat tinggi. Begitu juga perbelanjaan untuk kelihatan cantik. Jika tidak melakukan persediaan daripada awal, maka ia bakal mendatangkan tekanan dalam rumahtangga.

jamuanggunibu

Jamu Anggun Ibu dan Slimming Cream

Seorang suami yang tak pernah menjaga tubuh badan, makan apa sahaja tanpa batasan, akhirnya nanti akan mengalami masalah berat badan dan penyakit yang berterusan. Terpaksa bergantung dengan ubat-ubatan, tidak mampu menjalani kehidupan yang lebih normal dan menjejaskan keupayaannya untuk melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga.

jamuanggunibu9

Begitu juga seorang isteri yang tidak pernah mengambil berat untuk menjaga kesihatan dalaman, akhirnya nanti mungkin akan tertekan disebabkan prestasi sebagai seorang isteri semakin hari semakin menurun, mungkin akibat faktor peningkatan umur dan tekanan hidup berkeluarga, terpaksa bergantung kepada ubatan segera yang menjadi kegilaan seperti ubat kurus, ubat ketat, ubat kedut, ubat tegang, ubat tahan dan segala macam jenis ubat yang mungkin boleh memberi kesan sampingan yang membahayakan kesihatan. Apatah lagi bila si suami mula memberikan bayangan ingin bernikah lagi dan mula mencari-cari kelemahan isteri yang sudah sedia lemah, maka makin tertekan la si isteri.

jamuanggunibu21

Daripada kita sibuk menyalahkan pihak isteri atau pihak suami, ada baiknya kita mencari jalan penyelesaian yang bermula daripada diri kita sendiri. Kita hanya mampu berusaha untuk mengekalkan kebahagiaan, namun bukan kita penentunya. Apa pun, sekiranya usaha yang kita lakukan itu gagal, ia menjadi pengalaman berharga buat kita, berbanding kita langsung tiada usaha untuk hidup bahagia, maka daripada awal sebenarnya kita sudah gagal.

jamuasmarateruna1

Hidup ini perlukan harapan dan harapan itu bermula dengan keinginan dan disertai dengan usaha. Tanpa keinginan untuk memperbaiki kualiti hidup, maka hidup kita hanya akan menjadi sebuah rutin yang membosankan. Hidup dalam kebosanan akan menambahkan tekanan. Tekanan akan menambahkan berat badan.. kihkih.

jamudulu

Antara kaedah penjagaan kecantikan dan kesihatan yang telah diwarisi sejak zaman datuk nenek kita dulu adalah pengambilan ubatan herba dalam bentuk makjun atau jamu. Selain amalan pemakanan sihat (banyak makan ulam dan sayur), pengambilan makjun dan jamu turut membantu menguatkan tubuh badan dan mencegah daripada dihinggapi penyakit berbahaya. Ditambah lagi dengan pekerjaan mereka yang kebanyakannya menggunakan tenaga dan mengeluarkan peluh, memang sangat memerlukan tenaga tambahan dan kecergasan tubuh badan untuk melaksanakan tanggungjawab rumahtangga pada zaman yang tidak banyak alat untuk membantu kerja-kerja rumah.

Pada masa ini, segalanya lengkap dengan mesin basuh, peralatan elektrik dan sebagainya, namun makin banyak alat bantuan, semakin lemah dan malas kita jadinya. Bukan salah peralatan ini, namun kita sendiri yang tidak mampu nak ubah gaya hidup, apatah lagi menjaga pemakanan kita.

jamuanggunibu

Yang lebih penting daripada itu, prestasi semasa di ranjang juga perlu dititik beratkan. Mungkin ramai yang segan untuk berbicara akan hal ini kerana ia dianggap sebagai ‘taboo’ atau pantang larang dalam masyarakat kita. Yang kita cuma mampu dengar adalah cerita-cerita kehebatan kaum lelaki di kedai kopi semasa mereka berdegar-degar bercerita kehebatan mereka di ranjang, sedangkan hakikatnya mereka dan isteri mereka sahaja yang tahu kisah sebenar.

jamuanggunibu31

Selain daripada masalah kewangan, masalah kepuasan seksual juga menjadi antara faktor penyebab kepada masalah perceraian yang tinggi. Akibat daripada tidak puas di ranjang sendiri, maka manusia-manusia yang lemah imannya ini akan cuba mencari kepuasan di ranjang orang lain. Bertambah lagi kes perzinaan suami isteri, kisah cinta terlarang, skandal, hubungan sulit atau apa saja nama yang menjurus kepada perbuatan yang sama iaitu zina. Jangan ambil ringan tentang perkara ini, kerana sekali sudah terlibat dengan zina, pasti susah untuk keluar daripadanya. Risiko dan dosanya juga sangat besar kerana zina ini boleh menjadi dosa yang berangkai sehingga sampai ke tahap pembunuhan bayi yang tidak berdosa. Na’uzubillah.

Pengambilan jamu dan ubatan herba telah digantikan dengan pengambilan ubatan moden. Tiada masalah untuk itu. Cuma bezanya, ubatan moden itu kita hanya ambil ketika kita mengalami masalah kesihatan. Belum pernah lagi kita mendengar orang yang mengambil aspirin atau ubat penahan sakit setiap hari, sekalipun pada hari-hari yang sihat dan tidak mengalami apa-apa masalah kesihatan. Ubatan herba dan jamu diambil sebagai sebahagian makanan kesihatan atas faktor pencegahan sebelum berlakunya masalah kesihatan.

Namun, kita masih lagi perlu berhati-hati sebelum memakan apa-apa jua ubatan herba mahupun moden tanpa mendapatkan nasihat daripada pakar. Dikhuatiri ubatan herba yang kita ambil itu mengandungi bahan-bahan yang membahayakan kesihatan. Zaman sekarang ini, ramai orang yang mahu mendapatkan keuntungan secara mudah tanpa memikirkan kesannya terhadap orang lain.

kapsul

Kapsul Jamu Anggun Ibu

Satu lagi yang menjadi masalah dalam pengambilan jamu ini adalah rasanya yang sudah sinonim dengan rasa pahit. Seperti kata pepatah, “Yang pahit itu biasanya menjadi ubat, yang manis itu biasanya membawa mudarat”. Dengan rasanya yang tak berapa sedap itu, ia menjadi kurang popular di kalangan pasangan muda terutama yang baru berkahwin. Namun, dengan penambahbaikan dalam proses penghasilannya, ia boleh didapati dalam bentuk kapsul yang lebih mudah untuk ditelan.

Sementara tubuh masih sihat dan bertenaga, jagalah kesihatan dan kecergasan dengan sebaiknya. Pengambilan jamu dan ubatan herba itu hanyalah sebagai salah satu daripada ikhtiar. Selebihnya jangan abaikan senaman dan pengambilan makanan yang seimbang.

Hanya orang yang sihat tubuh dan pemikirannya yang mampu mengendalikan bahtera rumahtangga dengan sebaiknya. Tiada perkahwinan yang tidak dilanda ujian dan masalah, namun kita masih punya ikhtiar untuk mengurangkan masalah yang ada.

Sebarang pertanyaan berkaitan produk Jamu Anggun Ibu, boleh menghubungi :

– WhatsApp / WeChat : 019-461 1246 (Ann)

– Blog : http://anggunibu.wix.com/jamu

– Facebook Page : JAMU Anggun Ibu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme