I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Fungsi Baru Di Blog

Salam.

Ustaz Love dulu selalu terfikir, bagaimana agaknya para pengunjung blog Ustaz Love ini nak tahu sama ada komennya telah dijawab ataupun tidak. Mungkin juga soalan yang ditanya sudah dijawab, tapi tiada pemberitahuan sehingga menyebabkan soalan yang sama ditanya juga oleh kebanyakan pengunjung yang lain. Alhamdulillah, Ustaz Love dah jumpa satu plugin (mungkin benda ni dah lama ada, cuma Ustaz Love je yang tak ada masa nak selongkar.. hihi) yang membolehkan para pengomen untuk subscribe (melanggan) notification (pemberitahuan) melalui e-mail.

 

captchasubscribe

 

Juga Ustaz Love telah masukkan fungsi captcha untuk menapis spammer yang semakin bermaharajalela sehingga menenggelamkan komen-komen yang sepatutnya Ustaz Love ambil perhatian. Kadang-kadang sampai hilang mood nak update entry disebabkan sibuk men’delete’ komen spammer yang terlalu banyak itu.

Jadi, sila la gunakan fungsi yang ada. Masukkan e-mail sebenar supaya jawapan kepada komen anda akan sampai ke e-mail anda sendiri.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

Add a Comment
  1. Salam Ustaz,

    Saya ingin bertanyakan pendapat ustaz…

    Saya telah berkahwin hampir 4 tahun dan memiliki sepasang anak berumur 3 tahun dan 2 tahun.

    Saya baru disahkn mengandung 5minggu, 3 hari yg lepas. Dalam rasa gembira saya ada sedikit merasa risau takut kurang berkemampuan.
    Suami menasihatkan saya supaya menggugurkan kandungan. Namun saya berasa amat berat hati..

    Pertama kerana beberapa minggu sebelum mengetahui bahawa saya mengandung, saya bagaikan mendapat satu petunjuk..satu nama bayi perempuan tiba2 muncul difikiran ketika saya hendak tidur.
    Kedua, saya merasakan rezeki yg Allah bg ini terlalu hebat utk saya gugurkan..ketika kandungan berusia 4 mnggu, saya bersukan berbasikal mendaki bukit cherakah. Sedangkan org yg mengandung 3 bln pn kadang kala gugur kandunganknya jika berkerja lasak.

    Saya cuba menjelaskan perkara ini kepada suami, namun dia masih tidak dpt menerima alasan saya.
    Skg kehamilan ini masih dirahsiakan dr org tua saya kerana saya tidak pasti apa keputusan yg patut dibuat memandangkan suami menentang dan ibu saya juga pernah menentang semasa kehamilan saya yg kedua.

    Ibu menentang saya dr mengandung kerana suami mempunyai masalah dadah dan tidak bertanggungjwb ke atas keluarga. Kami hampir2 bercerai beberapa kali, tetapi saya masih tetap bersabar dan menunggu keajaiban demi nasib anak2.
    Sedikit sebanyak saya nampak perubahan suami..dulu suami pantang ditegur, kerap tidak pulang and sering memukul saya.

    Namun akhir2 ni sejak 2-3 bln dia tidak lg berani memukul setelah saya melaporkn pd pihak polis. Tidak pasti sama ada dia takut pd polis atau kerana dia sudah tidak memiliki wang dan memerlukan saya utk membantu.
    Saya bekerja dan dlm masa yg sama berniaga dihujung minggu demi menanggu perbelanjaan keluarga, bebanan hutang suami (kereta dia kerana saya guaranto). dan sekali skala membayar sewa rumah dan menangung perbelanjaan suami.

    Apa pandangan ustaz dr penjelasan diatas..saya takut saya tidak mampu bekerja sementara selepas bsalin dan hilang punca pendapatan. Saya takut keputusan ini ditentang suami maka dia mungkin akan lepas tgn terus..saya takut ibu yg telah uzur kepenatan menjaga 3 anak semasa saya bekerja.
    tp saya merasa rezeki dtgnya dr allah. allah ini dtgnya dr allah, allah akan turunkn rezeki utk dia & kluarga saya. saya rasa Allah ada rancangan yg lbh baik utk saya..

    tp sikap suami dgn masalah dadah dan suka menfitnah & memaki hamun semakin hari semakin lemahkan diri saya. kadang kala saya rasa putus asa…saya tidak tahu apa rancangan allah. Patutkah saya tetap tunggu..suami janji dia akan berubah dan memulangkan semua wang simpanan saya & anak2. namun saya takut anak2 membesar dlm keadaan tertekan melihat kami yg sering btengkar.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme