I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Alhamdulillah Syukur Atas Segala Nikmat

Salam..

Sudah hampir 3 bulan Ustaz Love tak update apa-apa entry dalam blog ni. Terasa rindu nak berblogging seperti dulu, namun apakan daya, bila kemalasan melanda, tiada ubat yang mampu menyembuhkannya.

Blog ini hampir menamatkan riwayatnya sendiri disebabkan Ustaz Love terleka dan tak ingat tarikh tamat kontrak hosting pada 18/8/2014 sehinggalah tergerak hati nak buka e-mail. Masa yang singkat menyebabkan Ustaz Love tak sempat nak kumpul modal. Akhirnya dengan bantuan kawan-kawan yang tak pernah dikenali secara dekat (friends FB) yang berminat untuk menaja blog ini, maka Ustaz Love berjaya memperbaharui kontrak sewaan hosting bersama Exabytes. Ditambah lagi dengan kesudian pihak Exabytes yang bersetuju untuk melanjutkan tempoh masa pembayaran seminggu selepas tarikh akhir. Terima kasih tak terhingga buat mereka-mereka yang membantu. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa baik mereka ini.

Walaupun plan B telah disediakan (iaitu untuk kembali menggunakan hosting blogger.com), namun ia bakal menyebabkan ribuan entry yang pernah ditulis akan hilang kerana Ustaz Love tak sempat nak buat back-up data. Keuzuran laptop yang baru lepas dimasuki air juga menambahkan lagi kerumitan itu.

Alhamdulillah, segalanya selesai dengan izin Allah. InsyaAllah, blog ini akan meneruskan hayatnya sehingga tahun depan. Dan Ustaz Love juga mempunyai azam baru yang kuat, untuk melazimkan diri menulis entry setiap hari. Mohon doa daripada sahabat-sahabat sekalian semoga dikurniakan kerajinan dan idea yang luar biasa.

Dan tak lupa juga diucapkan terima kasih kepada para pengunjung yang masih setia mengunjungi blog ini.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Comment

Add a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme