I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Ustaz, Tolong Saya!

Salam.

IMG_20140319_130028

Agak lama juga Ustaz Love tak menulis di blog ini. Terasa seperti menganaktirikan pula blog ni. Ada kalanya, Ustaz Love berasa agak sedih kerana tidak dapat menghabiskan masa melakukan aktiviti yang paling Ustaz Love minat ini, iaitu menulis. Sayangnya, Ustaz Love lebih banyak menghabiskan masa menulis di facebook berbanding di blog ini.

Salah satu sebabnya adalah kerana hampir kebanyakan masa Ustaz Love online menggunakan handphone sehingga terlupa nak buka laptop. Ustaz Love cuba membalas komen dan pertanyaan setakat yang Ustaz Love mampu. Mana-mana yang Ustaz Love terlepas pandang tu, harap dimaafkan. Ustaz Love ini hanyalah manusia biasa yang tak dapat lari daripada sifat lemah dan malas. Kalau ada sebarang kemusykilan yang memerlukan jawapan yang segera, boleh like fanpage Ustaz Love di http://facebook.com/ustazloveofficial dan membuat pertanyaan di situ.

Ustaz Love cuma nak berkongsi satu berita.

Untuk makluman semua pembaca blog ini, kira-kira 2 tahun lepas, Ustaz Love telah dihubungi oleh seorang penerbit buku daripada syarikat penerbitan PTS. Beliau menawarkan kepada Ustaz Love untuk membukukan koleksi soal-jawab di blog ini. Ustaz Love agak teruja juga memandangkan ia merupakan salah satu impian Ustaz Love sejak zaman sekolah lagi. Walaupun Ustaz Love berangan-angan untuk menjadi seorang novelis, namun bagi Ustaz Love, ini mungkin boleh menjadi pemangkin semangat untuk menulis lebih banyak lagi buku selepas ini.

Namun, seperti biasa, Ustaz Love ni jenis hangat-hangat tahi kambing. Selepas mengumpulkan beberapa puluh koleksi soal-jawab, suatu angin kemalasan telah melanda diri sehingga menyebabkan projek ini tertangguh lebih 2 tahun. Selepas 2 tahun, Ustaz Love kembali menghubungi penerbit tersebut, namun tiada jawapan. Sehinggalah beberapa minggu selepas itu, Ustaz Love dihubungi oleh penerbit untuk memaklumkan bahawa projek tersebut still on. Daripada situ, Ustaz Love mencuba sehingga ke titisan peluh yang terakhir untuk menyiapkan manuskrip tersebut sehinggalah ia diterbitkan pada bulan Mac 2014.

Pada pandangan Ustaz Love sendiri secara peribadi, koleksi soal-jawab itu tiada gunanya untuk dibukukan sebab para pembaca boleh membacanya secara percuma di blog ini. Namun, penerbit meyakinkan Ustaz Love bahawa mungkin inilah harta yang Ustaz Love boleh tinggalkan untuk jadi bekalan di akhirat nanti. Ustaz Love terfikir akan kebenaran statement tersebut. Mungkin juga suatu hari nanti, blog ini akan berkubur tanpa nisan, hilang tanpa kesan. Jadi, dengan kewujudan entry yang dibukukan, mungkin boleh diwariskan kepada anak cucu dan jika ada kebaikan padanya, bolehlah diamalkan dalam kehidupan seharian.

Seperti biasa, Ustaz Love masih mengekalkan status anonymous. Ustaz Love tidak berhajat untuk para pembaca mengenali Ustaz Love secara peribadi, sebab Ustaz Love sendiri tak berapa suka busy body. Hanya kenali saja penulisan Ustaz Love, itu sudah memadai. Namun, di dalam buku ini ada diceritakan juga serba-sedikit biodata Ustaz Love dan sumber rujukan yang biasa Ustaz Love gunakan. Mungkin akan terjawab serba sedikit persoalan siapa Ustaz Love ni sebenarnya? Cewahh..

Buku ini mengumpulkan koleksi soal jawab berkaitan cinta dan perhubungan sebelum nikah. Untuk koleksi soal jawab cinta dan perhubungan selepas bernikah atau soal jawab berkaitan perceraian, insyaAllah akan dikumpulkan dalam buku yang akan datang. Ia lebih memudahkan fokus kepada golongan sasaran yang menghadapi masalah yang berkaitan dan tak tercari-cari di mana terselitnya jawapan kepada persoalan itu dan akhirnya bertanya soalan yang sama berulang-kali.

Dalam tempoh sebulan, buku ini telah diulang cetak sebanyak 4000 naskhah. Cetakan pertama adalah sebanyak 5000 naskhah (kalau tak silap). Dan buku ini boleh didapati di kedai buku Popular, MPH dan kedai buku lain termasuk pasaraya seperti Mydin, Giant, AeON Big, kedai hardware, kedai tayar dan sebagainya (dua yang terakhir itu hanyalah penyedap jalan cerita, bukan betul-betul punya. Hihi).

Pada kesempatan ini, Ustaz Love ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menyokong blog ini dengan menjadi tukang komen, tukang tanya soalan, tukang tengok diam-diam (silent reader), tukang kritik dan sebagainya sehingga menjadi asbab tercapainya salah satu impian Ustaz Love iaitu untuk menerbitkan sebuah buku. Walaupun cita-cita asal Ustaz Love nak menerbitkan novel, mungkin dengan terbitnya buku “Ustaz, Tolong Saya!” akan menjadi pemangkin kepada semangat dan usaha Ustaz Love nak menulis novel.

Bagi yang telah membeli atau membelek buku tersebut, bolehlah kiranya meninggalkan komen di sini. Tak kisah komen apa pun. Ustaz Love nak buat penambahbaikan untuk dijadikan panduan dalam penulisan buku seterusnya nanti. Bagi yang belum membelinya dan berhajat untuk mendapatkannya, bolehlah membeli di kedai buku Popular, MPH, pasaraya Giant, Mydin, Aeon Big dan di kedai-kedai buku berhampiran. Jika ingin membeli dengan harga diskaun, boleh dapatkan secara online di http://bookcafe.com.my.

2014-05-05-20-09-42

Ustaz Love memohon ribuan kemaafan seandainya ada yang tidak berpuas hati dengan penerbitan entry blog kepada bentuk buku fizikal. Niat Ustaz Love hanyalah untuk menyebarkan kebaikan. Mungkin masalah yang sama yang dihadapi oleh para pembaca blog ini, dapat dikongsikan kepada mereka yang tak pernah melayari blog ini atau tak pernah membaca entry berkaitan yang mungkin tersembunyi antara ribuan entry yang lain. Semoga ia menjadi pahala yang berterusan buat kita semua sehingga akhirat nanti. Doakan Ustaz Love.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Comments

Add a Comment
  1. dah beli masa PBAKL yang lepas… baru baca sikit…
    betullah macam yang ustaz cakap tu, boleh baca secara percuma di belog ni… tapi sy prefer baca hardcopy… insya Allah semoga usaha ustaz bermanfaat dan diterima olehNya…

  2. assalam ustaz,

    sy dah beli buku ustaz di MPH bookstore pada ahad lepas, kiranya dah seminggu sy memiliki buku tersebut. Alhamdulillah, byk isi dalam buku tersebut membantu sy untuk membaiki diri. akhir kata,sy doakan semoga ustaz dan keluarga dirahmati Allah. ameen

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme