I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Terjebak Hubungan Sejenis

Salam ustaz.

Sebenarnya saya dah terjebak dalam kehidupan lesbian. Sekarang, saya tak tahu macam mana nak keluar dari kepompong ini. Lebih-lebih lagi bila keluarga saya mula bertanyakan soal kahwin. Buat pengetahuan ustaz, saya ada berkawan dengan seorang lelaki, dan lelaki itu baik dari segi agama dan kehidupan. Saya terfikir, sekiranya saya ada jodoh dengan lelaki itu, adakah dia boleh terima segala ‘kekurangan’ yang ada pada diri saya ini? Saya terlalu takut apabila memikirkan soal itu. Masalah yang kedua apabila ‘kawan perempuan’ saya seolah-olah tidak dapat menerima saya berkawan dengan lelaki buat masa ini. Saya stress. Harap sangat ustaz dapat tolong saya. Saya seringkali menangis tatkala memikirkan soal ini dan menyesal atas keterlanjuran saya.

~ Ika.

Setiap manusia masih berpeluang untuk bertaubat selagi nyawa belum sampai ke halkum, atau sebelum matahari terbit di sebelah barat. Pendek kata, selagi masih ada degupan, selagi itulah masih punya harapan. Apatah lagi jika diusahakan dengan penuh kesungguhan.

Amalan perhubungan sejenis (lesbian atau homoseksual) ini bukanlah suatu penyakit yang baru melanda umat akhir zaman. Ia adalah penyakit yang dikesan sejak zaman umat Nabi Luth a.s.

“Ketika seksaan dari Kami (Allah) itu datang, maka Kami jadikan dari negeri kaum Luth itu yang atas dibalikkan ke bawah dan kami turunkan hujan seksa ke atas mereka, yang berupa batu, tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, sebagai yang diberi tanda oleh tuhanmu, dan negeri itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim”( Surah Hud : 82-83)

Tidaklah ada balasan yang lebih baik bagi mereka yang mengamalkan hubungan sejenis ini melainkan akan diazab oleh Allah dengan seberat-berat azab. Adakah ini lebih ringan pada pandangan saudari sehingga menganggap tindakan meninggalkan perbuatan terkutuk itu sebagai lebih berat?

Setakat terlanjur wanita dengan wanita, tidaklah sampai mengandung anak luar nikah. Ye tak? Ia tak seberat perbuatan zina yang melibatkan banyak pihak termasuk kemungkinan mengandungkan anak luar nikah.

Cuma, dalam situasi hubungan saudari dengan kekasih wanita itu yang dilihat banyak mengongkong pergaulan saudari, Ustaz Love beranggapan bahawa beliau merupakan seorang wanita pengkid (yang berpenampilan seperti lelaki). Orang-orang yang cuba menjadi orang lain (tidak cuba menjadi diri sendiri) akan berusaha terlampau kuat sehinggakan melebih-melebih pulak perwatakannya. Seorang lelaki yang berusaha menjadi perempuan (pondan), akan kelihatan lebih lentok gayanya, lebih lemah gemalai dan terlebih gedik jika dibandingkan dengan wanita yang asli. Begitu juga dengan wanita yang berperwatakan lelaki (pengkid), akan cuba meniru gaya lelaki sehingga nampak over-acting dengan gaya jalan mengangkang (walaupun tak ada telur pun di celah kangkangnya tu), mendada, berkepak, suara sengaja dikuatkan dan sebagainya.

Jarang seorang wanita yang berperwatakan asli (sebagai wanita juga) akan cenderung kepada jantina sendiri. Kalau setakat sebut sayang, cium-cium pipi, peluk-peluk tu biasa la bagi sesama wanita. Kalau sesama lelaki sebut sayang, mau berdiri bulu ketiak mendengarnya. Kiki.

Pada pandangan Ustaz Love, langkah pertama yang perlu saudari lakukan adalah bertaubat sungguh-sungguh atas kesilapan saudari sebelum ini yang memilih jalan songsang untuk berhubungan. Tinggalkan perbuatan tersebut serta-merta serta menyesal sesungguhnya dan berazam tidak akan melakukannya lagi. Tak dapat tidak, saudari perlu meninggalkan kekasih wanita saudari itu, sebab beliau itulah yang menjadi punca terjebaknya saudari dalam hubungan terlarang ini.

Tak perlu pedulikan perasaannya yang tersinggung ke, nak marah ke, apa ke, bila saudari berkawan dengan lelaki atau perempuan lain. Beliau bukannya menanggung nafkah saudari. Kalau beliau melebih-lebih sangat, cuba tanyakan kat beliau, “Yang awak sibuk-sibuk sangat nak kongkong saya ni, awak ni suami saya ke? Awak boleh ke bagi zuriat kat saya?”. Biar dia sedar diri sikit yang dia pun seorang wanita yang tidak punya sperma.

Saudari selesaikan dulu masalah yang utama iaitu masalah tabiat songsang saudari dan pasangan itu. Bila saudari dah dapat tinggalkan perbuatan itu, barulah saudari fokus untuk menjalin hubungan halal dan bernikah dengan lelaki tersebut. Tak perlu saudari ceritakan kisah silam saudari. Biarkan saja ia terendam di dalam lubuk yang paling dalam di dalam hati saudari.

Cuma, Ustaz Love nak ingatkan saudari, bahawa seorang pengkid itu adalah juga wanita. Biasanya beliau takkan menyerah kalah begitu saja. Oleh kerana beliau wanita, maka sifat cemburu itu pasti ada dan sangat tebal. Saudari juga mungkin tak mampu nak menjangka apa yang bakal dilakukannya sekiranya saudari cuba memutuskan hubungan dengannya.

Dalam menghadapi perkara ini (yang belum tentu akan berlaku, tapi tetap ada kemungkinan berlaku), saudari kena banyak memohon perlindungan daripada Allah. Saudari jagalah solat fardhu dan banyakkanlah melakukan ibadah sunat terutama membaca al-Quran, berzikir, solat tahajjud dan solat hajat. Minta sungguh-sungguh daripada Allah untuk memberikan kekuatan dan jalan kepada saudari bagi meninggalkan perkara ini. Dan mohonlah perlindungan daripada Allah, semoga diselamatkan daripada bahaya dan malapetaka yang tidak dijangka. Saudari banyakkan bersedekah semoga Allah memudahkan kebaikan buat saudari, dan menyelamatkan saudari daripada bala dan bencana.

Ustaz Love doakan semoga Allah memberikan jalan keluar kepada saudari daripada masalah ini.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment
  1. teringat sorng pengkid dgn aweknya kat bilik persalinan di sebuah taman tema, nasib baik anak saya tak ckp kuat2… mengapa ada lelaki plak dalam bilik persalinan perempuan, pastu kenapa plak ler si lelaki tuh tolong pakaikan bra di aweknya tuh, adoiii malu ler bila budak2 tengok.. geli. Nak explainkan pun kena berlapik2 bila dgn budak2 nih
    MR recently posted..Restock : Mudahnya Belajar Bahasa InggerisMy Profile

  2. Salam,ustaz saya nak tanya sikit, saya ada kekasih dan dia cium di pipi saya dua kali .masa tu hanya kami dua dalam bilik karoke di mall. Adakah ciuman tu dapat mengandugkan saya?

    1. Tak adik. Ciuman tak menyebabkan adik mengandung, tapi ciuman itu hukumnya haram. Lain kali kalau dia buat macam tu, adik lempang dia separuh mati biar dia serik nak ulang lagi, ok?

      Jangan berduaan dengan lelaki, nanti bila syaitan dah hasut nanti, boleh jadi perkara yang lebih dahsyat daripada ini. Hati2 ye dik.

  3. Hubungan sejenis pasti tidak ada enaknya dan hanya seumur jagung saja sebab jika sudah sama-sama emosi dan bertengkar mereka kelihatan watak aslinya sebagai laki-laki bukan sebagai pasangan sejenis yang ideal lagi, sudah banyak yang terbukti kok, hendaknya hindari dan jauhi hubungan sejenis….banyak sekali masalahnya ok

  4. Salam… Mcm mana dgn org yg ada perasaan dkt jantina sejenis.. Dan kebetulan org tu kawan baik dia… Tpi dia tau perasaan dia tu slh… Tpi dia tak boleh buat apa apa..tu semua perasaan dia.. Macam mana nk buat ye..? Sekian..

  5. Assalam… Ustaz… Mcm mana kalau sorang laki ni suka dkt kawan dia.. Bestfriend dia… Lelaki jugak… Tpi dia tau rsa tu slh… Apa ptut dia buat… Dia rpt sgt dgn kawan dia tu… Bestfriend kn..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme