I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

BREAKING NEWS : Pesawat MAS Dikhuatiri Terhempas

Update :

KUALA LUMPUR: Pesawat Tentera Udara Vietnam mengesan dua tumpahan besar minyak di kawasan di mana pesawat Boeing 777-200 MAS dilaporkan hilang awal pagi tadi, petanda pertama pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu terhempas.

Pesawat Tentera Udara Vietnam itu adalah sebahagian daripada operasi mencari dan menyelamat pelbagai negara yang dilancarkan selepas penerbangan MH370 hilang dari radar kurang sejam selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Kenyataan kerajaan Vietnam menjelaskan tumpahan minyak itu dikesan lewat petang tadi di perairan di selatan Vietnam dengan masing-masing antara 10 dan 15 kilometer panjang.

Tiada pengesahan bahawa tumpahan minyak itu ada kaitan dengan pesawat yang hilang itu tetapi selari dengan corak yang akan dihasilkan oleh dua tangki minyak pesawat yang terhempas. – AP

————————————————————————–

Update :

Penumpang dikhuatiri hilang bersama pesawat MAS MH370:

China – 152 orang (1 bayi)
Malaysia – 38 orang
Indonesia -12 orang
Australia -7 orang
Perancis -3 orang
USA -3 orang (1 bayi)
New Zealand -2 orang
Ukraine -2 orang
Canada -2 orang
Rusia -1 orang
Itali -1 orang
Taiwan -1 orang
Belanda -1 orang
Austria -1 orang

sumber : http://www.malaysiaairlines.com/my/en/site/dark-site.html

———————————————

KUALA LUMPUR: Tentera laut Vietnam mengesahkan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing awal hari ini terhempas ke Laut China Selatan, lapor akhbar utama Vietnam seperti dipetik oleh Yahoo News.

Laksamana Tentera Laut Vietnam, Ngo Van Phat dipetik oleh akhbar Tuoi Tre berkata radar tentera merakamkan pesawat itu terhempas ke dalam laut 246 kilometer ke selatan Pulau Phu Quoc.

Sementara itu, satu laporan lain menyebut tentera laut China telah mengerahkan dua kapal penyelamatnya ke Laut China Selatan untuk membantu operasi menyelamat.

Laporan ini sekaligus menamatkan spekulasi sebelum ini kononnya pesawat Boeing 777-200 itu membuat pendaratan cemas di Wilayah Nanning di selatan China.

Agensi berita Xinhua sebelum ini melaporkan pesawat berkenaan tidak memasuki ruang udara China dan tidak membuat sebarang hubungan dengan pusat kawalan trafik negara itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme