I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Ibu Bapa Tak Berkenan Dengan Pilihan Hati

Assalamuailaikum ustaz..

Saya ada pertanyaan. Saya sudah berumur 24 tahun tinggal di KL dan dah tamat pengajian peringkat ijazah dengan keputusan yang cemerlang serta sudah menjadi penjawat awam sekarang ni. Saya berkawan dengan seorang lelaki yang muda setahun dari saya dan telah bekerja.

Lelaki tersebut tinggal bersama keluarganya di Pasir Gudang, Johor dan bekerja di sana. Saya kenal dengan dia ketika menjalani praktikal peringkat diploma di sebuah syarikat. Dia hanya lulusan sijil dari kolej kemahiran juga menjalani praktikal tempat yang sama. Perasaan cinta wujud di luar jangkaan selepas tamat praktikal kerana sebelum ini kami tidak pernah bertegur sapa. Kami mula berhubungan setelah dia menghantar mesej ucap tahniah tamat praktikal.

Untuk pengetahuan ustaz, saya yang meminta couple darinya dan dia sendiri agak terkejut dan akhirnya telah menerimanya. Sekarang dah lebih tiga tahun hubungan kami dan dia ingin membawa ke peringkat perkahwinan. Masalah yang timbul adalah ibu bapa saya tidak dapat menerima dia dan pelbagai tanggapan buruk mereka berikan. Ibu bapa saya juga tidak ingin berjumpa atau berkenalan dengan teman lelaki saya dengan pelbagai alasan. Mereka juga menggunakan jarak sebagai isu untuk menghalang hubungan ni.

Teman lelaki saya sangat serius dan bersedia untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami serta menyara saya.  Ibu bapa saya asyik menggambarkan perkara buruk jika saya berkahwin. Saya rasa sangat sedih, hati saya kuat berkata untuk pertahankan pilihan ini. Saya juga selalu berdoa agar semua urusan dan jodoh ini dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

Saya betul-betul buntu ustaz. Saya tak nak jadi anak derhaka dalam masa yang sama saya sayangkan hubungan ini. Saya harap ustaz dapat membantu saya cari jalan keluar dari masalah ini.

~ Oggy.

Penerangan saudari secara rambang agak menyukarkan Ustaz Love untuk memberikan pandangan. Ustaz Love terpaksa menggunakan peluru penabur untuk menembak dengan harapan ada serpihan peluru yang terkena pada sasaran. Persoalan utama di sini, apakah alasan ibu dan bapa menolak pilihan saudari? Apakah alasan-alasan mereka? Apakah tanggapan buruk mereka terhadap lelaki itu? Nampaknya, Ustaz Love terpaksa menggunakan ilmu kasyaf untuk meneka kesemua persoalan itu. Kiki.

Alasan jarak itu bagi Ustaz Love alasan yang agak lemah. Zaman sekarang bukan macam zaman dulu. Zaman sekarang ni duduk kat luar negara pun boleh berhubung macam duduk berdepan. Boleh gunakan skype. Inikan pula masih lagi dalam satu negara.

Telahan Ustaz Love, mungkin ada 2 sebab iaitu usia lelaki itu yang lebih muda daripada saudari ataupun kelayakan akademik yang ada pada lelaki itu yang dinilai tak setaraf dengan kelayakan saudari.

Jika disebabkan usia, kebiasaannya keluarga lelaki itulah yang sepatutnya cerewet kerana usia saudari lebih tua daripada anaknya. Jarang keluarga perempuan yang lebih usianya itu mementingkan bab umur ni, kecuali la kalau umur lelaki itu jauh lebih muda (5 tahun ke, 10 tahun ke) daripada umur saudari. Perbezaan usia setahun tak banyak memberikan kesan dalam pemikiran dan tindakan sebab masing-masing berada di zaman yang sama. Kalau beza 20 tahun, mungkin ada banyak perbezaannya. Mungkin saudari minat muzik K-Pop sedangkan lelaki tua itu lebih meminati muzik keroncong.

Ustaz Love rasa, mungkin disebabkan perbezaan tahap pendidikan. Dengan berbekalkan sijil kemahiran, mungkin pada pandangan ibu bapa saudari, lelaki itu tidak mampu untuk memberikan kemewahan kepada anaknya sebab gaji yang ciput. Mungkin mereka tak nak nanti saudari pula yang terpaksa menanggung segala perkara terutama yang berkaitan duit. Mula-mula memang la tak kisah nak berkorban. Lama-lama nanti, bila ada benda yang tak puas hati, habis segalanya diungkit kembali.

Apa pun, saudari kena berbincang terus-terang dengan ibu bapa. Tanyakan dengan jelas apa sebab mereka tidak dapat menerima lelaki itu, ataupun paling tidak memberi ruang untuk berkenalan dulu sebelum membuat keputusan sama ada nak terima atau tidak. Mungkin juga mereka dah punya calon simpanan buat saudari.

Oleh sebab saudari menyatakan yang saudari sendiri pada permulaannya meminta untuk bercouple, maka ini jelas menunjukkan yang saudari betul-betul minat pada beliau. Kalau Ustaz Love kata tergila-gila nanti, nampak macam kasar pulak. Tapi itulah gambaran sebenarnya. Mungkin juga ada alasan dan pandangan ibu bapa yang saudari tak mampu nak terima dengan waras disebabkan terlalu cintakan lelaki tersebut.

Nasihat Ustaz Love, dalam saudari berusaha untuk berbincang dengan keluarga, jangan tinggalkan solat istikharah. Mohon petunjuk daripada Allah. Itulah yang terbaik berbanding saudari terlalu memikirkan pilihan sendiri sehingga terniat untuk melukakan hati ibu bapa.

Berikan masa untuk menilai kembali perhubungan saudari dan memujuk ibu bapa. Jangan berkeras dengan mereka. Saudari sendiri dah matang, jadi bertindaklah dengan kematangan. Jangan jadi macam anak kecil yang menangis-nangis sambil menghentakkan kaki disebabkan kehendaknya tak dipenuhi.

Bila tiba masa yang sesuai nanti, saudari jemputlah lelaki itu datang dengan keluarganya sekali untuk berkenalan. Mungkin pada hari raya. Itu waktu yang paling sesuai sebab pintu rumah dibuka untuk sesiapa saja walaupun kepada orang yang tak dikenali.

Saudari jagalah solat fardhu dan banyakkan amalan sunat seperti berqiamullail dan bersedekah. Semoga Allah mudahkan urusan saudari asbab amalan yang saudari lakukan itu.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment
  1. Dalam perkahwinan, redha ibu bapa itu penting, tetapi kita juga kena ingat, ibu bapa juga manusia. Kadang-kadang ada juga ibu bapa yang dipengaruhi dengan dasar materialistik dalam memilih calon menantu. Perlu diingat juga, faktor “sekufu” adalah antara ciri yang perlu dititikberatkan ketika memilih calon suami.

    But if he could guide you to Jannah, why not?? (speaking pulak).

    Sabda Nabi s.a.w :

    “Apabila datang seorang lelaki yg elok agama dan akhlaknya melamar anakmu maka hendaklah kamu kahwini anak perempuan mu dgn dia. Jika kamu tidak kahwininya maka akan menyebabkan kerosakan dan fitnah yg besar akan berlaku.”(Hr Tirmizi-hasan sahih)

    Anda yakin si dia ini bakal suami yang baik?
    Bersedia menghadapi segalanya bersama?
    Yakin si dia imam keluarga yang mumtaz?

    Kita takkan tau baik buruk sesuatu perkara, melainkan Allah swt :

    “boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”

    (Surah Al-Baqarah; ayat 216).

    Pada hemat Ustaz Sensei, Ustaz Love berkata yang benar. Seelok-eloknya bermesyuarat dan istikharahlah. Ingatlah ayat Surah Al-Baqarah yang disertakan tadi. Kita takkan tau sama ada dia itu yang terbaik utk agama kita.

    “Takkan rugi orang yang bermesyuarah, takkan menyesal orang yang beristikharah…”

    -US-

  2. ustaz, baru2 ni saya dan keluarga pulang ke kampung.perjalanan amik masa lebih kurg 3-4 jam.

    biasa bila sampai dlm jam lbh kurang 3 ptg, relaks dulu hilang letih baru solat.biasa camtu la.

    isteri saya nak buat jamak takhir.dlm kul 5 bila dia mandi, tengok datang haid.

    soalan saya, adakah dia berdosa kerana melambatkan solat, kerana patutnya dia perlu tahu bila haidnya akan datang, dan perlu kah dia qada solat zohor?

    1. insyaAllah tak berdosa kerana hadirnya haid itu kadang2 tak boleh dijangka waktunya sama ada pagi atau petang.. beliau wajib qada’ solat zohor dan asar.

      WA

  3. saya punya masalah serupa mcam ni, mak abah saya tak suka saya bercinta dengan sidia. saya sudah 2 thun lebih bersama dengan sidia, dari awal sehingga sekarang, mak abah saya memg tak sukakan sidia, ianya hanyalah disebabkan tahap pendidikan dan harta. saya bakal ada ijazah tapi sidia hanya ada spm. jadi mereka menentang sekeras-kerasnya hubungan kami. sampaikan kami nak berjumpa di hadapan rumah saya pun dilarang. sidia teringin nak datang rumah saya, berkenalan dengan mak abah saya, tapi mereka tak pandang langsung pada sidia. sepanjang kami bercinta sidia tak pernah langsung boleh terlibat dengan aktiviti keluarga saya sampaikan kami sering bergaduh disebabkan ini, dia merasakan yang dia terhina dengan layanan sebegini dan mahukan pembelaan, tapi apakah cara paling baik dan paling elok untuk saya selesaikan masalah ini ustaz? saya tak mahu putuskan hubungan saya tapi dalam masa yang sama saya juga nak ikut cakap mak ayah saya, padahnya hati sidia dan mak abah saya yang sering terluka dan saya yang tersepit ditengah-tengah, saya tak tahu mcam mana cara lagi saya nak buat ustaz, terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme