I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Akibat Terlalu Marah, Isteri Dicerai Sesal Tak Sudah

penampar

Salam ustaz.

Saya ingin mendapatkn kepastian.

1.Saya ada masalah, bila saya marah, saya tak dapat mengawal diri.
2. Saya bergaduh dengan isteri (tahap yang kritikal sangat)

Kemarahan saya pada tahap hilang kawalan diri iaitu pada level 2-3 (bukan marah biasa).
Saya ada terbaca dalam hadis yang memberitahu (MEMANG ADA HADIS MEMBERITAHU MENJATUHKAN TALAK KETIKA MARAH TIDAK SAH, IA MERUJUK KEPADA MARAH KETERLALUAN SUAMI TERHADAP ISTERI SEHINGGAKAN TIDAK TAHU APA YANG DIPERKATAKAN?)
Saya mulai cerita.

Saya bergaduh dengan isteri. Puncanya ialah, saya tak suka isteri pakai pakaian tu, saya tertekan pilihan pakaian yang isteri pilih saya tak berkenan.
Kemudian berlaku pertelingkahan. Maklumlah gaji saya tak mampu lihat isteri saya pakai pakaian cantik macam org lain.

Mula mula saya marah biasa. Lama-kelamaan, kemarahan saya bertukar menjadi agresif dan keterlaluan terhadap isteri lalu memukul berkali-kali dan meludah isteri berulang kali.
Kemudian isteri saya tak dapat menahan kesakitan tiba-tiba isteri saya meroyan lalu isteri pergi ke dapur ambil pisau hendak tikam saya.

Bila melihat isteri begitu akibat saya masih memukul berulang kali. Saya pegang pisau itu.
Isteri pun dah macam orang tak sedar dengan perbuatannya.
Melihat isteri ketika itu saya lagi bertambah marah. Saya tak dapat menahan perasaan marah lalu hilang kawalan dan hilang pertimbangan diri seolah-olah tak kenal isteri saya. Lalu saya memukul lagi isteri. Kami berdua ketika itu bagaikan dirasuk iblis.

Sedar tak sedar, kemudian isteri bertindak memukul diri sendiri berkali-kali dan isteri saya pegang tangan saya dan paksa saya cekik leher isteri.
Tapi saya tak cekik. Isteri berkata, “BUNUHLAH AKU BARU PUAS HATI KAU”.
Saya marah lagi ustaz, walaupun isteri mula diam dan kemudian isteri berkata hendak keluar rumah ke rumah ibu bapanya.
Saya cakap, “KALAU KAU NAK KELUAR PERGI RUMAH MAK BAPAK, KAU PERGI DENGAN AKU”. Isteri saya tak nak sebab takut saya mengamuk di rumah ibu bapanya. Lagipun bapa isteri saya ada masalah kesihatan takut kalau terjadi apa-apa nanti.

Saya zalim ustaz dengan isteri saya. Terlampau marah sangat tanpa menyedari kelakuan sendiri. Sampai isteri berkata pada saya, “MARAH SAYA MACAM SYAITAN DAH TAK KENAL SIAPA DIRI SAYA. DAH KENA RASUK”.
Saya tak peduli dengan kata isteri lalu memukul lagi isteri. Isteri pun memukul diri sendiri berulang kali. Pada masa itu, saya benci melihat isteri. Dalam telinga saya ni dipenuhi bisikan syaitan. Saya mundar-mandir ke sana-sini dah macam orang hilang akalnya. Teruk ustaz.

Dalam masa tu juga isteri saya hamil anak pertama.

Bila melihat isteri dah macam nak pengsan, saya berasa marah sangat akan diri saya yang dah macam orang hilang pertimbangan diri. Telinga dan hati saya dipenuhi bisikan iblis, hati saya berkata nak ugut isteri dan nak menakutkan isteri dengan perkataan cerai supaya kalau sekiranya masih memukul diri sendiri.

Isteri masih buat lagi macam tu.
Lalu saya dah tak fikir apa-apa lagi, hilang kawalan diri dan tak sedar siapa diri saya dengan dikawal oleh bisikan iblis, lalu saya berkata pada isteri, “AKU CERAIKAN KAU DENGAN TALAK TIGA”. Kemudian isteri meroyan dan saya tersedar lalu saya pergi ke isteri dan berkata, “Papa tak ada niat. Tak ada niat”.

Saya menyesal ustaz. Menyesal dengan kelakuan saya. Saya tak sedar apa yang saya cakap ustaz. Bagaimana saya boleh bercakap dan mengeluarkn perkataan itu. Saya mengikut nafsu syaitan. Apa yang saya cakap, saya tak tahu dan tak sedar. Tolong ustaz beri penjelasan. Saya menyesal. Saya memang tak tahu hukum cerai berai ni. Saya ni kurang ilmu agama. Isteri pun begitu juga.

~ Hamba Allah.

Membaca penerangan saudara ni membuatkan Ustaz Love berasa geram. Kalau la isteri saudara tu anak Ustaz Love, harus saudara makan tapak kasut saiz 7. Isteri adalah seorang wanita yang lemah. Kalau betul nak ajak bergusti sekalipun, ajaklah orang yang setaraf dengan saudara. Dan bukannya berlagak jaguh membelasah insan yang tak berdaya.

Manusia mana yang tahan kalau dibelasah sebegitu rupa. Kucing pun kalau kena belasah, mau dia cakar balik orang yang membelasahnya itu. Inikan pula manusia yang punya hati dan perasaan. Untung la isteri saudara tu tak ada ilmu seni mempertahankan diri. Kalau tak, tau la macam mana nasib saudara.

Ustaz Love minta maaf kalau saudara terasa hati. Memang nasib saudara la sebab bertanyakan perkara ini kepada Ustaz Love. Ustaz Love memang pantang dengan lelaki yang suka memukul wanita ni, apatah lagi disebabkan alasan yang remeh. Kalau isteri tu buat salah besar macam berlaku curang ke, suka menipu ke, memang patut la kena sedas dua, tapi bukan kena belasah sampai macam ni.

Saudara tak boleh selama-lamanya berselindung di sebalik alasan terikut bisikan iblis, hasutan syaitan dan sebagainya. Manusia ni dikurniakan akal dan hati untuk memikir dan membuat pertimbangan. Jika hanya menggunakan alasan bisikan syaitan, ia tidak akan diterima Allah kerana kita bertanggungjawab atas perbuatan kita sendiri. Syaitan sendiri akan berlepas diri daripada perbuatan kita.

Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: “Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu”. Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: “Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya”.” (al-Anfaal : 48)

Namun, segalanya telah berlaku. Saudara nak menangis air mata darah sekalipun menyesali perbuatan tersebut, ia takkan mengubah hakikat yang ia telah berlaku. Akibat terlalu mengikutkan hawa nafsu, saudara telah melakukan sesuatu perbuatan yang mungkin haiwan pun takkan lakukan kepada pasangannya sendiri.

Sebaiknya saudara banyakkan istighfar dan melakukan taubat nasuha. Saudara kena bersungguh-sungguh memohon keampunan daripada Allah, dan saudara mohonkan keampunan juga daripada isteri saudara. Saudara jelas telah menganiaya beliau tanpa alasan yang munasabah. Tak kira sama ada saudara sedar diri atau tak, isteri saudara secara sedar telah menerima kesan perbuatan saudara.

Kemudian saudara perlu merawat diri bagi menghapuskan atau mengurangkan sifat panas baran saudara itu. Saudara perlu dapatkan rawatan psikiatri. Ustaz Love nampak saudara ada masalah jiwa bila terus marah sampai ke tahap tertinggi. Mungkin juga saudara ada tekanan darah tinggi yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami simptom marah yang melampau.

Jika saudara didapati tiada apa-apa masalah kesihatan fizikal dan mental, saudara boleh usahakan untuk bertemu dengan pengamal perubatan Islam untuk merawat penyakit yang kemungkinan ada kaitan dengan unsur-unsur jin.

Jangan dibiarkan masalah saudara ini berlanjutan. Kasihanlah dengan orang-orang yang lemah yang berada di sekeliling saudara. Gunakanlah apa juga cara yang mampu mengawal sifat panas baran saudara. Lebih baik saudara berlari ke luar rumah dan menghentak tiang letrik daripada saudara membelasah isteri sendiri. Bayangkan nanti jika saudara telah mempunyai anak, lagi teruk keadaannya.

Berkenaan dengan lafaz talak 3 sekaligus itu, Ustaz Love berpendapat yang saudara bukanlah terlalu marah sehingga hilang akal dan tak menyedari apa yang disebutkan. Jadi, pada pandangan Ustaz Love, talak telah jatuh. Sebaiknya saudara dan isteri memfailkan permohonan pengesahan lafaz talak tersebut, dan biarlah hakim saja yang memutuskan sama ada talak telah jatuh atau tidak. Ustaz Love tak dapat nak memberikan jawapan yang pasti kerana tidak mendengar keterangan kedua-dua belah pihak.

Jika ditakdirkan mahkamah memutuskan talak tidak jatuh, maka saudara simpankan kemas-kemas dalam kepala hotak berjambul tu, bahawa isteri itu adalah amanah dan tanggungjawab. Bukan punching bag yang boleh saudara gunakan bila terasa nak lepaskan kemarahan. Kalau tak tahan sangat nak memukul tu, karate saja kerusi meja ke, tumbuk dinding ke.. biar patah tangan saudara. Masa tu baru saudara sedar diri betapa sakitnya rasa kena pukul ni.

Jika ditakdirkan talak telah jatuh, maka saudara kena terima hakikat akibat perbuatan saudara sendiri. Berubahlah demi diri sendiri. Sekiranya ditakdirkan saudara bertemu jodoh dengan orang lain, beliau tidak akan menerima nasib yang sama seperti isteri saudara yang sekarang ini.

Dekatkanlah diri dengan Allah. Belajar ilmu agama. Kahwin ni bukan semata-mata nak melepaskan air yang naik di kepala, asal teringin nak bernikah saja, terus bernikah tanpa berusaha meningkatkan dulu ilmu perkahwinan. Alasan nak elak zina la, nak elak maksiat la. Bila dah berlaku macam ni, baru nak tersedar betapa pentingnya ilmu dan persediaan dalam melayari bahtera perkahwinan.

Kawallah kemarahan dengan jalan ibadah. Banyakkan berzikir dan berselawat. Lazimkan istighfar di mulut. Jaga solat fardhu dan banyakkan amalan sunat. Hapuskan kemarahan dengan mengambil wuduk. Kalau tak hilang juga, mandi terus biar sejuk sikit. Dan banyakkan bersedekah, semoga Allah menyelamatkan saudara daripada bala dan bencana.

Ustaz Love doakan semoga Allah mengurniakan sifat sabar yang tinggi kepada saudara.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Comments

Add a Comment
  1. Salam Ustaz Love,

    SYABAS, satu rentetan jawapan yang cukup mantap sekali. Biar padan muka mereka2 ini dan sebagai pengajaran kepada jantan2 kaki pukul di luar sana yang cuma berani pada isteri dan wanita2 sahaja. Satu pesanan dari saya kepada bouncer2 di luar sana bahawa ‘KAMU SEMUA SEBENARNYA ADALAH JANTAN2 YANG DAYUS DAN PENAKUT, LELAKI GENTLEMEN SEBENAR ADALAH MEREKA YANG DAPAT MENAHAN MARAH DAN TIDAK MEMUKUL TATKALA BERPELUANG MELAKUKANNYA”.

    1. Kadang2 kita tak tahu secara detail apa masalah yg dihadapi oleh beliau. Ustaz Love cuma risaukan pasal bisikan2 yg beliau hadapi tu je. Sebab kebanyakan kes bunuh ahli keluarga disebabkan bisikan2 macam ni la. Mungkin ada masalah jiwa, gila isim, salah menuntut dsb. WA

  2. Salam ustaz.
    suami pernah hantar lafaz cerai soreh melalui SMS kepada saya dengan talak satu. kemudian kami rujuk kembali.
    kali kedua, suami lafaz cerai dengan lafaz soreh talak satu juga. kemudian kami rujuk kembali.
    kedua-dua cerai dan rujuk ni kami belum laporkan ke pejabat agama.
    kali ketiga, kami bergaduh. ketika itu suami baru bangun tidur. sebab benda kecik kami gaduh besar, suami marah2 maki2 saya dan saya tengok dia macam dah tak waras. saya fikir dia betul2 dah tak sayangkan saya. jadi saya mintak dia ceraikan saya. kemudian suami lafazkan “aku ceraikan kau dengan talak tiga”.
    kemudian, saya cakap “talak tiga?”. saya tanya sebab kami dah bercerai dua kali, jadi mana boleh bagi talak tiga lagi. kemudian saya tengok suami menangis.
    masa tu saya tengah mengandung.
    2 hari lepas tu suami bagitahu saya dia marah sangat sampai hilang pertimbangan dan tak sedar apa yang dia cakap. suami saya sangka bila dah terlepas cakap macam tu, lafaz dah sah dan kami dah tak boleh bersama lagi. tapi bila suami buat semakan kat beberapa website, baru la suami tahu talak dalam keadaan terlampau marah tu tak sah.
    pada pandangan ustaz, dah jatuh talak ketiga ke?
    saya confuse sebab suami lafazkan talak tiga, sedangkan hanya tinggal satu talak jer lagi. dan suami cakap dia terlampau marah hingga hilang pertimbangan dan tak sedar apa yang diucapkan.

    1. Dalam keadaan macam ni, sepatutnya tempat yg dituju oleh puan suami isteri bukanlah lagi website2 mahupun blog Ustaz Love, puan kena failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat. Saya sendiri tak mampu nak tentukan adakah kemarahan suami puan itu kemarahan yang sampai menghilangkan kewarasan akal, ataupun itu sekadar nak menyedapkan hati puan dan suami saja. Maka, mahkamah syariah la tempat yang paling tepat untuk mendapatkan keputusan atas lafaz cerai tersebut.

      WA

      1. Ya ustaz, kami memang dalam proses untuk dapatkan pengesahan lafaz cerai. tapi belum dapat tarikh untuk ke mahkamah. saya cuma ingin dapatkan pandangan ustaz.
        Suami memang jenis panas baran dan cepat marah. tapi sebelum ni dia tak pernah marah cmtu.
        Suami sendiri keliru dan was-was sama ada lafaz yang dia ucapkan tu sah atau tidak, sebab dia cakap dia memang tak berniat langsung nak ceraikan saya. masa tu dia hilang pertimbangan. tapi saya tahu kalau lafaz soreh tak perlukan niat.
        Saya dah berkali2 tanya suami betul ke tak dia terlampau marah sebab saya tak mahu nanti saya dan suami hidup dalam maksiat jika dia menipu. Suami jawab ya, dia marah hingga tahap hilang pertimbangan. saya juga tanya suami berani ke dia bersumpah dengan al-quran di mahkamah nanti, dan suami cakap dia berani.
        Pada pandangan ustaz, adakah sah lafaz soreh yang diucapkan ketika dalam keadaan marah sehingga hilang pertimbangan?
        Terima kasih ustaz.

        1. Kalau sampai hilang kewarasan akal seperti orang yang mengamuk dan dirasuk, itu memang tiada khilaf dia tak tahu apa yg dilafazkan, maka perkataannya tak diambil kira.. jadi, nak tentukan marah sampai hilang akal atau tak, kena tunggu la masuk mahkamah dulu.. saya takde ilmu kasyaf nak menilik benda yang tak nampak..

        2. Nasib kita sama anne.. tapi saya belum failkan lagi kat mahkamah.. pernah cerai 2 kali anne… sekarang da ketiga…serabut anne rase.. call me anne.. kita tukar2 pendapat anne..saya pun berharap nanti masuk mahkamah talak tak jatuh .. tp kalau jatuh kecewanya saya anne.. whatsapp me anne.. 0176766962.. nak tau cerita.. sbb cerita kita sama

  3. Salam, sy ingin bertanya. Adakah dayus jika saya tidak mahu menceraikan isteri saya sedangkan beliau meminta cerai? Saya amat sayangkan isteri dan anak2 kami. Beliau meminta cerai kerana saya pernah marah beliau keluar berdua duaan dengan lelaki lain tanpa pengetahuan saya lebih dari 10 kali.

  4. asalamualaikum ustaz saya anna.dulu 4 tahun lepas saya dan suami bercerai kerana dia ada perempuan lain dan kemudian kami rujuk dalam iddah.ni skali lagi pd tahun ini tipu muslihat dia saya tau lagi dan dia telah melepaskan saya melalui telefon dan saya cakap pada dia terima kasih atas semuanya dan lepas sebulan saya ke mahkamah untuk pengesahan tapi kadi suruh saya buka kes sebab pemceraian yg pertama kami tidak rujuk pada mkamah lantas kemudian pada tarikh kami naik mahkamah hakim kata talaq dh jatuh dua kali dan masih baki satu.kami telah bercerai selama 10 bulan dan baru baru ni dia ada kata imgin rujuk tapi saya terlalu ego.salah ke saya ustaz untuk kali yg terakhir sepatutnya kalau betil sayang cinta pd saya lepaskan perempuan tu tapi kenapa lagi bersama berjumpa berhubung untuk apa lagi saya anak 3 orang kami sudah berkahwin selama 18tahun siapa tak sayang suami tapi fikir tuk apa kami rujuk sedangkn dia masih lagi bergitu masih tak nak berubah kerja jauh di tempat orang saya pernah nyatakan pada dia klau betul nak rujuk yg terakhir berubah buang perempuan tu untuk apa lagi kalau keadaannya masih sama tapi bila dapat tau saya ada kawan cemburu cari sebab untuk kena kan saya.saya pernah cakap pada dia sekarang kita dah bercerai dah 10 bulan tu yang awak nak sekarang peluang dah ada kawin la pempuan tu dari buat maksiat tapi dia cakap pada saya kalau saya nak kawin bukan sekarang selepas kita berpisah dari dulu saya dah boleh kawin tanpa pengetahuan awak 6 tahun dia bersama perempuan tu dia pun bukan la gadis tapi janda ada anak juga sanggup meruntuhkan rumah tangga saya untuk kali yg kedua tapi saya tak berdendam ustaz biar la allah yg menentukan

  5. Assalamualaikum,ustaz saya inginkan kepastian. Si suami ada melafazkan yang mengatakan ‘nama saya(disebut penuh)mulai harini kau bukan lagi isteri aku’ dan dia halau saya dari rumah minta saya keluar dari rumah. Tapi bila saya nak keluar dia berkata lagi kalau kau keluar dan buka pintu aku ceraikan kau. Masa tu saya da buka pintu. Masuk ni kali ketiga terjadi bila bergaduh. Mohon beri penjelasan ustaz.

    Isteri confused

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme