I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Selamat Hari Lahir Anakku

Salam.

Hari ini genaplah usia 9 tahun anak Ustaz Love yang sulung. Dah besar dah rupanya. Suatu masa dulu, beliau hanyalah sebesar lengan Ustaz Love je. Ustaz Love bawak beliau sebelah tangan.

Beliau lahir tak cukup bulan (8 bulan) dan semasa lahir, beliau mengalami masalah sehingga ditempatkan di NICU selama berbelas hari. Penuh dengan wayar satu badan. Doktor pun suruh berdoa banyak-banyak sebab situasinya 50-50. Alhamdulillah, Allah masih lagi beri kesempatan sehingga sekarang.

Semasa kelahiran beliau, Ustaz Love dalam keadaan broke yang amat sebab baru berhenti kerja. Nak isi minyak kereta RM5 pun terpaksa meminjam daripada kawan. Terpaksa tidur dalam kereta sebab nak jimatkan minyak daripada terbuang kalau berulang-alik. Mujurlah ketika itu ada kawan yang sama-sama susah, tapi sanggup menolong seadanya.

Mengingatkan kembali sejarah dulu, Ustaz Love rasa berbangga menjadi seorang bapa walaupun bukanlah yang terbaik di kalangan para bapa. Hanya mendoakan semoga beliau sihat sejahtera dan membesar menjadi anak yang solehah.

Selamat hari lahir Khadija Syumaimah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment
  1. epi besday to ur daughter! sama umur dgn my eldest son rupanya..cuma bday my son bln may nanti..
    kebetulan..masa my son lahir pun my hubby kena retrench/hilang keje..6 months jobless..masa syg sgt2 sukar dan pahit.. πŸ™ ujian dariNya
    mz recently posted..Once in a whileMy Profile

    1. betul tu mama.. cuma kadang2 kita selalu terlupa akan kesusahan yg lalu bila dah mula senang lenang. Sekecil mana pun pengorbanan seorang bapa atau ibu, ia masih satu pengorbanan.

  2. sanah helwah utk anak ustaz love. Ustaz sensei doakan agar ustaz dan anak sentiasa dalam lindungan barokah Allah swt. Kita takkan dapat ukur sejauhmana bagusnya kita mendidik anak-anak melainkan apabila kita sudah meninggal kelak. Satu perkara yang sentiasa dapat pada kita meskipun sudah “ke sana”. “Au Waladdin solehin yad ‘ulah” – Doa anak yang soleh / solehah.
    Ustaz Sensei recently posted..~~Muqaddimah~~My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme