I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Report Polis

Suatu ketika di warung Pak Kasim. Kelihatan Mahali dan Jebat berdebat secara serius sehingga bergegar meja.

Jebat : Aku kata tak boleh, tak boleh la.
Mahali : Kenapa pulak tak boleh? Dah buat salah kan?
Jebat : Salah memang la salah, tapi takkan nak suruh polis yang tangkap?
Mahali : Kalau bukan polis, siapa lagi? Dia dah menyebabkan ramai penduduk kampung mati. Tapi sampai ke hari ni tak berjaya ditangkap.
Jebat : Habis tu, serius ke kau nak report polis?
Mahali : Kau tengok muka aku ni macam menteri ke nak buat lawak?

Pak Kasim yang sedari tadi berada di dapur warungnya, teringin nak menyertai perbualan mereka berdua.

Pak Kasim : Sampai nak report2 polis ni, apa halnya?
Jebat : Si Mahali ni la Pak Kasim. Dia yang nak report polis.
Pak Kasim : Pasal apa tu Mahali?
Mahali : Laa.. takkan Pak Kasim tak tengok berita? Kecoh negeri kita ni dah ramai yang mati disebabkan denggi.
Pak Kasim : Dah tu?
Mahali : Saya nak report polis la ni nak suruh polis tangkap nyamuk tu.

Perbualan tamat di situ setelah kepala Mahali basah disiram air kopi oleh Pak Kasim.

~ Santai petang.. hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme