I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Rentetan 4 Tahun Berblogging

Salam..

Beberapa hari lepas, Facebook telah menyambut hari kelahirannya yang ke 10. Jadi, para facebooker diberi kesempatan untuk membuat video rentetan 4 tahun ke belakang apa yang pernah diposkan di facebook. Ustaz Love pun tak terkecuali melakukan perkara yang sama walaupun usia kewujudan Ustaz Love di facebook tak sampai pun 4 tahun.

Semalam, Ustaz Love mengambil masa sikit menyemak kembali entry yang pernah Ustaz Love posting di blog ini sejak dari zaman blogspot lagi. Tersenyum sendiri Ustaz Love membaca entry yang kebanyakannya syok sendiri. Habis segala benda Ustaz Love nak jadikan entry, sampaikan kisah iklan nuffnang tak muncul pun boleh dijadikan isu. Hihi.. kelakar sungguh Ustaz Love ni rupanya.

Niche penulisan Ustaz Love ketika itu sangat caca-marba. Kisah artis pun ada masuk jugak. Ustaz Love belum berjumpa dengan identiti sendiri dalam berblogging, sebab sebelum ni Ustaz Love hanya aktif di forum internet dan memberikan komen untuk isu yang pelbagai. Ustaz Love perasan antara yang paling banyak memberikan komen dan sokongan semasa awal-awal kemunculan Ustaz Love di dunia blog ni adalah Mama Zharfan. Waktu tu beliau masih lagi seorang student PhD di UK. Dan atas idea beliau jugalah, Ustaz Love mula membuat entry soal jawab di blog ini sehingga menjadi major entry dalam kebanyakan penulisan Ustaz Love.

Sepanjang hampir 4 tahun berblogging ni (sejak Mac 2010), pelbagai suka duka yang Ustaz Love alami dalam dunia blogging. Bermula daripada bawah dengan entry syok sendiri, kemudian melakukan blogwalking sampai lebam dan habis kuota internet, belajar teknik-teknik SEO daripada otai-otai blogging, belajar edit susun atur, belajar teknik pengiklanan dan sebagainya, sehinggalah sampai ke tahap ditawarkan untuk membuat entry berbayar dan menulis buku. Daripada berstatus suami sehinggalah berstatus duda. Daripada bekerja tetap, sehinggalah bekerja tak tentu hala. Banyak rakan-rakan yang sama batch dengan Ustaz Love telah menghilang daripada dunia blogging. Ustaz Love sendiri hampir-hampir nak bersara, tapi tak jadi. Hihi.

Suatu masa dulu Ustaz Love suka mencari pasal dengan menerbitkan entry-entry panas seperti entry berkaitan Syiah, al-Arqam, Infinity Downline, Forex dan sebagainya. Sehinggalah sampai ke satu tahap, Ustaz Love dah malas nak melayan karenah sesetengah pengunjung yang begitu taksub dengan pemahaman mereka. Ustaz Love sudah meninggalkan zaman suka berdebat dan berbahas itu.

Akhirnya Ustaz Love hanya memfokus kepada menulis entry soal jawab yang kebanyakannya berkisar soal cinta dan perhubungan, pernikahan, perceraian dan sebagainya. Walaupun Ustaz Love bukanlah seorang yang pakar dalam bidang tersebut, namun disebabkan pengalaman Ustaz Love yang pernah menempuhi suka duka dunia perhubungan ini, ditambah dengan usia yang agak lanjut, Ustaz Love rasa bertanggungjawab untuk memberikan panduan dan nasihat supaya tidak tersalah dalam membuat pilihan. Tersilap membuat pilihan mungkin bakal menyebabkan kita merana sehingga ke akhir usia. Akhirat nanti belum tentu bagaimana pembalasannya.

Sekarang, Ustaz Love agak kurang fokus pada penulisan entry di blog ini. Banyak persoalan yang tertangguh tanpa jawapan, sama ada di sini atau di e-mail. Ustaz Love minta maaf banyak-banyak kepada para penanya atas kemalasan Ustaz Love ini. InsyaAllah, Ustaz Love punya azam untuk kembali berblogging seperti dulu. Hanya mengharapkan doa daripada para pengunjung blog ini yang setia hadir walaupun tiada hidangan yang lazat.

InsyaAllah, Ustaz Love akan kembali menulis seperti dulu, iaitu menulis ikut suka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 Comments

Add a Comment
  1. Assalamualaikum Ustaz..
    Saya tetap pembaca setia blog Ustaz walau sebagai silence reader..kddg malas nor nak menaip jejari nih..apapun pengalaman ustaz dalam hidup tu menjadi pengajaran dan pelajaran dalam proses kehidupan..semuanya mendewasakan kita.Tahniah di atas ulang tahun ke-4 lahirnya Blog Ustaz Love Menulis..jangan lupa kita dulu pernah berkongsi template yang sama..haha.
    Bro Zulkbo recently posted..Program Bantuan Baucar Kerja RM35 Sehari Borang Daftar Secara OnlineMy Profile

    1. Waalaikumussalam bro zul..

      Itulah yang dinamakan sekolah kehidupan.. apa pun, Ustaz Love masih lagi ingat template yg kita pakai dulu.. yg ada gambar sampan tu kan? hihi..

      Tahniah bro zul sbb blog bro dah semakin maju.. dah pakai innity dah πŸ˜€

  2. saya masih setia dgn blog ustaz love…wpun blog saya sendiri dh sendu…masa sgt terbatas nowadays bila kat msia now…dulu2 aktif berblogging bagak nak rak masa kat UK.

    p/s : Ustaz Love now dh jd duda? siyes…sgt terkejut…on the positive side…dudu saham tinggi melambung2…
    mz recently posted..Rezeki February | syukur alhamdulillahMy Profile

    1. lama dah menduda.. saja tak bagitau sbb tak berkaitan pun dengan dunia blogging.. kalu Ustaz Love ni artis, memang ramai le yg nak tahu.. kiki

    1. membaca entry lama memang mengimbau kenangan lalu.. terutama kalau entry tu berkaitan dgn peribadi.. macam baca diari.. hihi

  3. Teringat dulu-dulu, memang ustaz love la ustaz yang paling cepat jawab soalan kalau ditanya, sporting habis.

    Dah berapa tahun baca blog ini secara senyap, sibuk menjadi pelajar sekolah perubatan, sekarang muncul kembali, hehe.
    Muhammad Iqbal (ibnuDDin) recently posted..Terbingung.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme