I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Al-Kisah BR1M 3.0

Salam.

Terasa nak buat entry pasal BR1M walaupun selama ni Ustaz Love tak pernah amik pusing. Saja nak isi masa dengan entry yang ringan yang tak perlu nak perah otak nak memikir. Hihi.

Kali ni, pemberian BR1M 3.0 melalui fasa yang agak memudahkan iaitu boleh dikreditkan terus ke akaun pengguna. Cuma yang menjadi masalahnya, bila status permohonan itu (sama ada layak atau tak) tidak dapat diketahui kecuali melalui cara manual, iaitu dengan membuat panggilan telefon ke hotline atau menghantar e-mail. Macam biasa, bila buat panggilan, tiada yang berangkat. Bila hantar e-mail, tiada yang membalas.

Ditambah pula dengan janji yang penuh dengan senyuman yang menyatakan bahawa BR1M 3.0 akan dikreditkan terus ke akaun bank bermula 22 Februari 2014. Bila tiba harinya, ramai la yang kecewa, terutama bila mengetahui ada sebilangan penerima yang lain telah pun mendapatnya melalui akaun bank masing2. Ramai lagi yang tak dapat, dengan pelbagai kisah yang sedih dan kadangkala melucukan.

Ada yang menyangka duit telah masuk, lalu membelanja kawan2 makan di restoran mamak. Bila duit tak cukup nak bayar bil, pergi cek di bank, rupanya BR1M belum masuk. Maka terpaksa la beliau bekerja sehari di kedai mamak untuk menjelaskan bil. Ada yang cuba nak cek melalui ATM, kad pula ditelan.

Yang menyedihkan bila membaca kisah orang tua yang terpaksa beratur panjang untuk cek akaun, namun hampa. Ada yang datang dari kampung ke bandar untuk ke bank, juga hampa.

Kebanyakan yang telah menerima BR1M 3.0 menyatakan mereka cuma dapat RM450 berbanding janji RM650 untuk pendapatan isi rumah kurang daripada RM3000. Agaknya ke mana perginya RM200 lagi tu ye?

Mungkin mekanisma pemberian BR1M ini masih lagi belum mencapai tahap matang. Jadi, masih wujud kekurangan di sana-sini. Yang paling jelas adalah tiada suatu sistem yg mampu memberitahu kepada penerima BR1M bahawa jumlah itu telah dikreditkan ke akaun mereka. Ini menyebabkan ada di kalangan pemohon telah berulang-alik ke bank berkali2 semata2 ingin melihat jumlah itu ada di dalam akaun mereka (sebab tak semua orang ada internet dan mampu menggunakan perbankan internet).

Apa pun, tahniah buat pemohon yang berjaya dan usaha lagi pada yang tak berjaya. Jangan jadikan BR1M sebagai matlamat sehingga menyebabkan kita putus asa dan putus harapan nak meneruskan kehidupan. Ia cuma alat yang memudahkan sedikit sahaja daripada bahagian hidup kita. Mungkin Allah nak berikan yang lebih baik lagi daripada BR1M kepada kita. Syaratnya kita kena bersyukur pada Allah dan bersabar atas ujian yang menimpa.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

Add a Comment
  1. betul tu ustaz..Yang marhaen nie ada yang dah mencongak 650..utk bayar buku,beli beras, bayar yuran anak,repair kereta..Saya rasa sayu sangat bila ada yg tidak layak tapi dapat brim nie.Pastue canang beli hp br.tuka sport rim..

    Adalah lebih baik beri kpd golongan yg amat memerlukan.Pergi la ke lhdn boleh tgk yg betul-betul memerlukan mengharap bantuan..

  2. assalamualaikum . saya nak bgtau sampai hari ni brim saya tak masuk2 lagi.Mcm yg ustaz ckap la sya anta email tak blas2 telepon tanak angkat.majuk saya.oklah sekian.bye

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme