I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Majlis Dibatalkan Saat Akhir

Salam ustaz.

Saya ingin memohon pendapat ustaz. Bakal suami saya membatalkan perkahwinan kami sehari sebelum majlis setelah 95% persiapan siap. Saya begitu kecewa kerana dia membatalkan hanya melalui telefon iaitu melalui abang iparnya kepada kakak saya. Sampai ke hari ini saya masih belum dapat penjelasan daripada beliau. Menurut kakaknya, ibunya tidak mengizinkan perkahwinan itu. Pada awalnya beliau benarkan tapi saya tidak tahu apa yang merubah hati ibunya. Saya sangat sayangkan dia. Adakah itu petanda dia bukan jodoh saya? Apa yang perlu saya lakukan? Ustaz mohon bantu saya. Untuk pengetahuan ustaz, sudah 2 kali ibunya memutuskan perhubungan kami. Apakah yang harus saya buat ustaz?

~ Helda.

Memang menyedihkan bila saat-saat akhir kita bersiap untuk menempuh hari bersejarah, kita ditimpa dengan berita yang sungguh menyedihkan. Kenapa la si lelaki tu tak batalkan majlis sebulan sebelum majlis ke, setahun sebelum tu ke? Kenapa nak berdrama sangat sampaikan sanggup membatalkan majlis sehari sebelumnya.

Itulah yang dinamakan jodoh. Sama juga dengan rezeki. Apa yang masuk ke mulut kita, belum tentu menjadi rezeki. Apa yang keluar menjadi tahi itulah yang sebenarnya boleh disahkan telah menjadi rezeki. Ada kemungkinan semasa makan, kita tercekik lalu makanan itu dikeluarkan. Ada yang termuntah walaupun makanan dah masuk ke perut. Jodoh itu sama juga situasinya. Kita tak mengetahui siapa jodoh kita atau berapa lama kita berjodoh dengan pasangan yang sedia ada sehinggalah kita sama-sama bertemu di dalam syurga nanti, barulah kita mampu untuk mengesahkan bahawa itulah jodoh kita dunia akhirat.

Adik perempuan kepada kawan sekampung dengan Ustaz Love (masa di perkampungan setinggan dulu) pernah memutuskan pertunangannya dengan seorang lelaki dan membatalkan majlis pernikahannya seminggu sebelum tarikh yang ditetapkan untuk diijabkabulkan. Biasanya, orang perempuan ni jarang nak batalkan, sebab mengambil kira banyak faktor terutama maruah keluarga, umpatan jiran dan sebagainya. Namun, hasil perbuatan nekad beliau yang memutuskan hubungan dengan tunangnya yang curang itu, telah menemukan beliau dengan jodoh yang lebih baik daripada sebelumnya. Sekarang ini mereka hidup bahagia happily ever after.

Bagi kes saudari ini, tak dapat tidak, saudari kena redha dengan segala ketentuan Allah berkaitan jodoh ini. Saudari berdua sedaya-upaya merancang, tetapi Allah juga yang menentukan segalanya. Redha di sini bukanlah bermaksud saudari berdiam diri tanpa melakukan apa-apa tindakan, sebaliknya ia suatu bentuk perawatan hati yang meredhai segala ketentuan Ilahi. Bila saudari redha, hati akan menjadi tenang dan fikiran akan menjadi lapang dan saudari takkan bersusah-payah menyerabutkan fikiran untuk mencari salah sesiapa.

Cuma, untuk mendapatkan penjelasan, saudari perlu berani untuk berhadapan dengan mereka-mereka yang terlibat. Jangan hanya mendengar cerita daripada sebelah pihak sahaja. Mungkin ada sesuatu yang disembunyikan yang tiada sesiapa pun mengetahuinya kecuali yang empunya diri. Hanya ada satu cara saja iaitu dengan bertanyakan secara terus-terang sebab musabab kenapa majlis pernikahan saudari itu dibatalkan. Bertanya terus kepada kekasih saudari dan ibunya. Bertanya di sini bukanlah bermaksud ingin memaksa mereka menerima saudari semula, tetapi cukuplah untuk mengetahui kebenaran dan sebab saudari diperlakukan sebegini.

Jika saudari katakan bahawa ibunya itu pernah beberapa kali cuba memutuskan perhubungan saudari, saudari perlu tahu juga punca kenapa si ibu bertindak sedemikian. Kebiasaannya setiap perkara yang berlaku di dunia ini ada sebab musababnya kerana dunia ini adalah dar al-asbab (tempat yang bersebab). Tak mungkin seseorang itu boleh suka atau benci tanpa sebab. Mungkin daripada sini, saudari akan dapat gambaran yang jelas kenapa ibunya tidak dapat menerima saudari.

Bila kita dah mencintai seseorang, memang payah untuk melupakannya. Walaupun kita sudah hidup bahagia dengan orang lain dan punya anak sekalipun, perasaan itu tidak mampu untuk ditepis dengan mudah. Sebab itu ramai orang yang memilih mencari sebab untuk membenci, kerana sukarnya melupakan orang yang dikasihi.

Ustaz Love tak mampu nak berikan pandangan yang lebih baik lagi selain daripada menasihati saudari agar melupakan lelaki itu dan meneruskan kehidupan saudari dengan lebih baik. Jadikan pengalaman ini sebagai panduan dan teladan buat saudari dalam menempuh kehidupan yang akan datang.

Saudari dekatkanlah diri dengan Allah dan banyakkan berzikir serta berdoa semoga Allah memberikan ketenangan pada hati saudari. Tak guna saudari bersedih lama-lama atau memaksa orang untuk menerima saudari, sebab hati dan perasaan itu bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa-paksa. Bak kata pepatah Inggeris, “You can lead a horse to water, but you can’t make it drink“.

Cinta itu tak semestinya memiliki. Adalah lebih baik saudari mendoakan kebahagiaan bekas kekasih itu dan mendoakan juga kebahagiaan buat diri saudari. InsyaAllah, jika ada jodoh dengannya, pasti saudari akan bersatu jua. Jika tiada, yakinlah bahawa Allah sudah menyediakan yang lebih baik darinya untuk menjadi seorang suami yang bakal dicintai selayaknya oleh saudari.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Comments

Add a Comment
  1. sedangkan yang bercinta putus ditengah jalan pun sedih apekelagi dah dekat nak bertunang.
    Bertabahlah pasti ada yang lebih baik.:)

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme