I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Suami Kaki Botol

Ustaz, suami saya hari hari balik kerja mabuk dan berbau busuk akibat dari minum minuman keras..Selalunya dia akn cari gaduh, kejutkan saya tidur, walaupun tidak memukul,tapi hidup saya tetap tersiksa. kerja saya selalu terganggu kerana tidak cukup tidur. Suami saya penyayang, tapi beliau lebih sayangkan botol arak dari isteri..selalunya, alasan dia kerana melayan client dan untuk merasuah pegawai kerajaan..kadang kadang rasuah ini sehingga dalam bentuk perempuan urut, yang sudah tentunya lebih dari sekadar mengurut. Saya rasa seperti besubahat dengan suami melakukan semua ni, kerana duit itula punca makanan dan pakaian kami..banyak kali saya lari tinggalkan rumah, tapi akhirnya saya pulang, kerana terlampau sayangkan dia…

~ Yana.

Ketahuilah bahawa arak itu adalah ibu segala maksiat, bukan bapa, bukan nenek mahupun anak. Hanya dengan meneguk arak sehingga akal hilang kewarasan, boleh menyebabkan seseorang itu melakukan maksiat atau jenayah yang sangat besar. Salah satunya yang sering berlaku di negara kita adalah kemalangan yang meragut nyawa akibat daripada pemanduan di bawah pengaruh alkohol.

Ustaz Love pernah eksiden di suatu selekoh yang hampir melanggar besi penghadang jalan. Tapi bukan la sebab Ustaz Love mabuk, cuma disebabkan terlalu mengantuk. Allah masih beri peluang untuk Ustaz Love hidup, terasa seolah dikejutkan sewaktu kereta menuju ke divider. Bila tersedar dan terkejut, Ustaz Love terus memulas stereng mengelak rempuhan, tetapi pintu kereta sempat menggesel divider. Dalam keadaan nak menstabilkan keadaan, kelihatan kereta Ustaz Love terhoyong-hayang ke kiri dan ke kanan. Sampai la Ustaz Love berjaya memberhentikan kereta di tepi jalan lalu mengucap panjang. Tak lama lepas tu, datang sebuah lori dan pemandunya turun sambil menjenguk ke kereta Ustaz Love. Bila beliau mendengar bacaan al-Quran, terus dia tanya, “Ok ke bro? Mengantuk ke? Ingatkan mabuk tadi”. Sekian.

Walaupun mereka minum arak sendirian berhad dan tidak mengganggu orang lain macam kes mencuri ke, rogol ke dsb, namun bila mereka mula hilang kewarasan akibat pengaruh arak, mereka akan mula mendatangkan bahaya kepada masyarakat. Sebab itulah satu-satunya hukuman yang dikenakan hukuman had (hudud dengan sebatan) walaupun perbuatan itu cuma melibatkan kesalahan peribadi dan tak melibatkan orang lain (seperti zina dan mencuri) iaitulah hukuman bagi peminum arak, kerana kesannya yang sangat besar terhadap diri dan masyarakat.

Seorang pemabuk, mampu melafazkan dan melakukan apa saja perbuatan yang orang waras tidak akan lakukan. Ustaz Love pernah menyaksikan sendiri seorang lelaki yang mabuk lalu beliau membuka seluarnya dan berbogel di atas tangga flat. Bila beliau tersedar, cepat-cepat beliau memakai seluar dan berlari masuk ke rumah.

Mungkin pada masa ini, ketagihan beliau itu masih terkawal dan beliau cuma minum dalam jumlah yang sikit. Bagaimana nanti bila beliau dah lali dan meminum arak dalam jumlah yang banyak (macam penagih dadah yang menyuntik dos yang lebih tinggi untuk menghilangkan rasa ketagihnya)? Pada masa itu, mungkin bukan setakat masa tidur puan saja yang terganggu, bahkan mungkin nyawa puan sendiri bakal terancam.

Seseorang yang mabuk dan tidak mengenali ahli keluarga sendiri semasa tengah mabuk, macam mana kita boleh yakin dengan pasti yang beliau tidak akan memberikan ancaman kepada kita? Kalau masa tu beliau rodok perut kita dengan pisau pun beliau takkan sedar sampailah rasa mabuknya itu hilang dan beliau kembali waras.

Dalam soal ini, bukan setakat sumber rezeki saja yang puan kena fikirkan, sebaliknya lebih daripada itu adalah kemungkinan bahaya yang bakal menimpa akibat daripada ketagihan suami puan itu.

Dalam hal ini, tak dapat tidak, puan suami isteri kena kembali patuh kepada ajaran agama. Tiada keberkatan dalam perbuatan maksiat. Kita hidup ni nak mencari keberkatan agar ia dapat dijadikan bekalan menempuh alam akhirat nanti, dan bukannya semata-mata nak memenuhi perut sendiri seperti haiwan yang celiknya mencari makan, tidurnya juga mengunyah makanan.

Tindakan puan berlari ke sana-sini itu sebenarnya tak banyak membantu perubahan sikap suami. Dengan ketiadaan puan, lagi mudah beliau nak melakukan perkara tersebut. Silap2 nanti, siap ada botol arak dan perempuan lain pula di dalam bilik tidur.

Kalau puan betul-betul sayangkan suami, sayangilah dia kerana Allah. Jika puan nampak beliau melanggar perintah Allah, puan kena tegur sebab puan sayangkan beliau dan tak senang hati selagi beliau bergelumang dengan maksiat. Puan ambillah masa untuk slow-talk dengan suami berkenaan perkara ini. Ingatkan beliau tentang akhirat. Berikan gambaran kepada beliau, bagaimana jika Allah mencabut nyawanya dalam keadaan mabuk? Bagaimana beliau nak menjawabnya nanti? Adakah beliau nak jawab dengan malaikat dalam kubur bahawa beliau lakukan itu sebab nak dapatkan projek?

Puan sentiasa memberikan dorongan padanya untuk berubah dengan cara mengajaknya ke arah kebaikan. Ajak dia pergi solat berjemaah di masjid, ajak dia sama-sama mendengar ceramah agama (sama ada di masjid, di youtube atau di mana-mana saja. Nak pasang cd ceramah dalam kereta pun boleh). Mungkin mula-mula beliau akan menolak, tapi batu yang keras sekalipun akan kalah dan berlekuk dengan titisan demi titisan air yang berterusan menitis di atasnya. Istiqamah dan sabar itu adalah kunci kepada kejayaan sesebuah usaha.

Yang paling penting, puan kena selalu bangun malam (qiamullail) dan berdoa sungguh-sungguh agar Allah mengubah hati dan perbuatan suami. Doa seorang isteri yang solehah, insyaAllah akan dimakbulkan. Jangan lari-lari lagi dari rumah, sebab ia bakal lagi memburukkan keadaan terutama bila ada orang luar yang tahu masalah peribadi yang berlaku dalam rumahtangga puan.

Puan banyakkanlah bersedekah. Semoga dengan sedekah puan itu, Allah akan menyelamatkan keluarga puan daripada bahaya dan bencana yang tak disangka mahupun dijangka.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Comments

Add a Comment
  1. salam ustaz, sy nak tanya…sekiranya sy mengamalkan surah2 tertentu seperti surah al-mulk (surah yang dapat mengelakkan dari seksaan kubur) lalu sy niatkan surah tu utk org yang sy syg (dengan harapan..moga fadhilat surah tersebut dapt mengalir kpd orang yg sy niatkan…seperti ibu sy …kerana beliau tidak pandai membaca al-quran..beliau dlm proses belajar..(masih merangkak2)..bleh ke ustaz ..???
    mohon penjelasan…sekian,terima kasih..

    1. Tiada masalah dengan niat sebegitu.. sebaiknya galakkan ibu membaca al-Quran sekalipun dengan merangkak2 kerana bagi org yg berusaha membaca sekalipun merangkak2, akan diberikan 2 pahala. WA

  2. Assalamulaikum ustaz..saya nak tanya jika suami telah meminum arak sdh bertahun2 sebelum saya berkahwin dgn nya sehingga lah sdh berkahwin dgn saya..apakah cara mujarab untuk saya mengubah suami saya untuk tidak meminum arak lagi..saya ingin kan suami saya menjadi seorang suami yang soleh dan taat perintah allah..apakah ada cara yg lebih mujarab untuk mengubah suami saya..saya telah puas memberi nasihat tentang arak adalah haram tetapi suami saya tidak pernah mahu berubah dan meninggalkan arak..saya sayang dengan suami saya..saya sentiasa berdoa semoga suami diberi hidayah dan petunjuk tetapi saya tidak tahan dengan sikap suami yang suka meminum arak..suami tidak pernah bertindak memukul saya tetapi saya ingin meminta penjelasan pada ustaz apakah ada cara lain untuk mengubah suami saya..

    Saya harap ustaz dapat menolong saya..saya ingin kan suami saya menjadi seorang suami yg soleh dan taat perintah allah s.w.t

    Sekian terima kasih..

    1. Puan kena tambahkan lagi kesungguhan berdoa itu.. biar sampai menangis2 merayu pada Allah.. hanya Allah saja yang dapat mengubah hati suami untuk meninggalkan perbuatannya itu.

      Tambahkan lagi doa, solat sunat, zikir, sedekah.. insyaAllah, akan dimudahkan perjalanan hidup puan suami isteri.

  3. Salam ustaz, saya nak tya suami saya hari minum arak,saya dah tegur cara baik dah cara kasar pun dah tapi tak dgr. Klu saya tegur suami tak terima dia suka pecahkan barang rumah.bukan sekali dah selalu. Ibarat di telan mati bapak di telan mati mak. Klu nasihat pun tak nak dgr balik dia salah kan saya. Apa harus saya buat ustaz

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme