I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Entri Pertama Di Bulan Disember

Salam..

Dah berkarat otak.. dah kaku jari-jemari.. dah puas menggaru di pipi.. mood menulis masih tak mari2. Rasanya dah terlalu lama tak buat entry menyelami perasaan sendiri (aka syok sendiri). Sudah terlari sikit matlamat asal untuk menulis ikut suka sebab agak terfokus (cewahh) menulis entry soal-jawab.

Lately, Ustaz Love agak sibuk dengan urusan seharian. Ada juga masa nak menjengah blog usang ni, tapi jari seolah2 kaku dan otak jadi beku untuk mencoret sesuatu buat tatapan pengunjung. Kelihatan masih ada juga yang sudi mengunjungi blog Ustaz Love ni walaupun hidangan yang disediakan sudah basi. Terima kasih atas sokongan dan perhatian para pengunjung yang masih sudi menjengah dan mencoret sepatah dua komentar walaupun pada entry2 yang lama. Juga tak lupa kepada mereka yang menghantar e-mail walaupun Ustaz Love sangat jarang nak membalasnya.

Bulan 12/2013 ni banyak benda Ustaz Love nak kena susun balik terutama berkaitan kehidupan peribadi. Walaupun agak sempit, namun Allah memudahkan mengikut caraNya yang tersendiri. Ustaz Love memang jarang cerita pasal kehidupan peribadi kat blog ni, sebab bagi Ustaz Love, kehidupan peribadi adalah hak milik setiap insan. Ada yang boleh dikongsikan, ada yang terpaksa disembunyikan. Apa pun, yang penting Ustaz Love harap penulisan di blog ni dapat memberikan manfaat kepada Ustaz Love di alam kubur nanti. Ustaz Love bukannya artis yang perlu nak cerita kisah peribadi. Orang pun menyampah nak membacanya.. kiki..

Cuma Ustaz Love harapkan agar para pembaca blog Ustaz Love ni dapat mendoakan semoga Allah memudahkan segala urusan Ustaz Love, diselamatkan daripada sebarang bala dan bencana, dilindungi daripada kezaliman orang yang zalim dan diberikan kehidupan yang berkat serta rezeki yang murah.

InsyaAllah ada kejutan yang menanti. Kalau tak terkejut pun, buat2 la terkejut nanti demi mengambil hati Ustaz Love yang sedaya upaya berusaha membuat kejutan.. hihi..

Ok.. jari pun dah longgar balik.. Ustaz Love calo bhai dulu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 Comments

Add a Comment
    1. Ustaz Love pun tak tahu nak buat macam mana.. istighfar la banyak2.. dah songsang dah keinginan mcm tu..

    1. Waalaikumussalam.. terima kasih kerana sudi menegur. Ustaz Love pun dah jarang ziarah rakan2 blogger.. maklum la, minyak dah naik harga, tol pun nak naik harga.. kiki

  1. Assalamulaikum ustaz..saya telah melakukan zina dgn bf saya..bkn skali tp byk kali..saya xdapat kawal nafsu saya tiap kali jmpa dia..kali pertama mmg dia yg ajak saya buat benda terkutuk tu..iman saya lemah dan ikut nafsu..saya cuba berberapa kali mahu bertaubat dan saya telah berterus terang dgn bf saya..dia xboleh berjanji turut berubah sama..dia kata nak brubah perlahan2..saya dan dia akan mndirikan rmh tangga 3 tahun lg..tp saya xnak berterusan berzina..saya mmg sygkn dia..tapi bila saya fikir tentang dosa saya mmg nk brubah..perlu ke saya tinggalkn dia ustaz..

    1. ajak dia kawin cepat atau baik tinggalkan je la lelaki tu.

      zina tu dosa besar, jalan terbaik untuk elak zina, ialah kawin.

      jika lelaki tu tak mahu kawin dgn pelabagai alasan, sebnarnya dia memang tidak mahu bertanggungjawab..jadi nak tunggu ape lagi, bertaubatlah, jgn ulangi

      ingatlah Allah, ingatlah mati, bila2 saja kita akan dipanggil pulang.

      maaf,ambe jawab dulu seblum ustaz jawab

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme