I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Manusia Menilai Yang Zahir

Assalamualaikum
Saya nak tanya..kenapa ye sesetengah manusia..Bila seseorang tu pernah wat kejahatan/khilaf..Die tetap akan ungkit benda yang sama sedangkan orang itu sedang berusaha untuk berubah walaupun amal ibadatnya tak sempurna…Saya ambik contoh..sesetengah mak ayah bila die dapat tahu pilihan anaknya tu dulu pernah pergi kelab,minum arak,permainkan perempuan,guna duit perempuan…Mereka xkan terima lelaki camtu sedangkan waktu itu lelaki itu dah tinggalkan benda2 silam..Kenapa mereka menghukum camtu sekali?.

~Fiqa.

Dalam kaedah usul ada menyebutkan, “Manusia itu menghukum yang zahir, dan Allah saja layak menghukum perkara yang tersembunyi”. Persoalan menghukum ini selalu menjadi polemik perbincangan bila mana manusia selalu bertindak nak mengambil alih tugas Tuhan dengan menghukum perkara2 yang mereka tidak mengetahui terutamanya persoalan hati. Isu ikhlas, riak, takabbur, ahli syurga, ahli neraka dsb selalu dimainkan seolah2 para penghukum itu lebih mengetahui perkara yang tersembunyi berbanding Allah sendiri.

Maksud menghukum yang zahir ini adalah kita memberikan hukuman atau pandangan berdasarkan perkara zahir saja. Sekiranya beliau seorang peminum arak, kita hanya layak menghukumkan perbuatannya meminum arak itu sebagai haram dan berdosa, tanpa melibatkan diri dalam menghukum perkara yang kita tak tahu seperti nasibnya di akhirat nanti sama ada dia seorang ahli syurga atau ahli neraka, atau kita menghukumkan ibadah beliau pasti takkan diterima Allah.. sbb kita tak mengetahui apa yang tersembunyi di sebaliknya, mungkin beliau setiap hari bertaubat atas perbuatannya, namun disebabkan kelemahannya, beliau masih lagi bergelumang dalam maksiat tersebut. Mungkin taubatnya diterima Allah. Jadi, persoalan2 ghaib ini sepatutnya kita serahkan saja pada Allah tanpa perlu kita nak menjadi hero melabelkan seseorang itu dengan label2 yang melampaui batasan. Nasib kita sendiri di akhirat nanti pun kita tak mampu nak jamin, macam mana dengan yakinnya kita boleh mengetahui nasib orang lain?

Sebab itulah dalam hal ini, agama sangat menyuruh kita untuk menjaga aib sendiri. Jangan dibuka aib sendiri atas alasan nak berlaku jujur ke, tak nak hipokrit ke, apa ke.. sbb manusia ni memang suka membuat penilaian sendiri. Seribu kebaikan yang dilakukan oleh seseorang, bisa dihapuskan dengan satu saja kesilapannya pada pandangan manusia. Apatah lagi orang yang biasa melakukan kesalahan, pasti kebaikannya yang sedikit itu tidak akan mendapat perhatian daripada manusia.

Bila seseorang telah bertaubat daripada maksiat yang dilakukannya, maka beliau wajar mengiringi taubatnya itu dengan memperbanyakkan amalan soleh. Meninggalkan maksiat itu satu bab, memperbanyakkan amal kebaikan itu satu bab yang lain. Jika sewaktu beliau giat melakukan maksiat dulu, beliau selalu melangkahkan kaki ke tempat2 maksiat seperti ke kelab malam, rumah pelacuran dsb, maka beliau wajib meninggalkan tempat2 sebegitu setelah taubat.. dan bukan berhenti setakat itu saja, beliau perlu juga memperbanyakkan amal kebaikan seperti rajin ke masjid, mendengar ceramah, berdamping dengan orang2 soleh dsb. Jika beliau tidak memperbanyakkan amal soleh, dikhuatiri beliau akan terjebak kembali dalam maksiatnya yang dulu disebabkan hati tidak kuat dan lemah.

Dalam kes ibu bapa di atas, kita tak boleh menyalahkan 100% penolakan ibu bapa itu, sebab mereka juga punya pandangan yang tersendiri. Mungkin juga mereka ada pengalaman berhadapan dengan manusia2 sebegini yang mulanya kata dah bertaubat tapi rupa2nya masih lagi bergelumang dengan maksiat. Maka, menjadi tugas kita dan pasangan kita untuk meyakinkan mereka dan bukannya menyalahkan mereka. Tiada ibu bapa pun yang sanggup membiarkan anak2nya hidup dengan pasangan yang tak tentu hala, apatah lagi yang mempunyai track record yang tak berapa cun sebelum ni.

Bawalah pasangan itu berjumpa dengan ibu bapa dan berbincang elok2. Kadang2 pertemuan 4 mata itu mampu mengubah hati dan perasaan seseorang. Bila tak jumpa, syaitan akan membisikkan bayangan2 tak elok tentang beliau, namun bila dah berjumpa dan berbincang, insyaAllah segalanya akan jadi mudah. Bicara dari hati akan sampai juga ke hati. Salah satu bukti untuk menunjukkan keikhlasan pasangan itu adalah dengan keberaniannya berdepan dengan ibu bapa dan menyatakan hasrat hatinya.

Ada sesetengah orang yang suka mengambil jalan mudah.. bila mengetahui ibu bapa pasangannya itu tak suka dengan pilihan anaknya, beliau menyerahkan tugas dan tanggungjawab memujuk dan meyakinkan ibu bapa kepada pasangannya seratus peratus. Beliau cuma nak datang dalam keadaan disambut dengan karpet merah dan dialu2kan, tanpa perlu memikirkan susah payah nak bersoal jawab dengan bakal mertua. Akhirnya, pasangan beliau la yang akan jadi stress dan seterusnya memandang serong kepada keluarga sendiri disebabkan tak mampu nak meyakinkan mereka.

Jadi, cadangan Ustaz Love, bawa lelaki itu berjumpa dengan ibu bapa. Kalau tak jalan jugak, bawak pulak ibu bapa lelaki itu berjumpa dengan keluarga.. “A journey of a thousand miles begins with a single step”… mulakan langkah pertama.. insyaAllah, langkah2 seterusnya akan menyusul.

Banyakkan berdoa dan solat hajat semoga Allah memudahkan urusan jodoh kita.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Comment

Add a Comment
  1. Assalamualaikum,
    Saya sedang melalui dugaan yang amat besar pada saat ini. TUNANG saya bergaduh dgn saya. 2 minggu lg utk nikah… sblm ni gaduh biasa2 je tp mesti baik semula. Sekarang..dia mcm penuh dgn perasaan benci. Siap ugut nak bunuh diri kalau saya contact dia. Saya maseh sygkn dia… saya rasa serba salah juga sbb saya mmg panas baran.. selama ni dia bersabar je. Tp saya akn sentiasa meminta maaf n xkn marah lama.. saya sebenarnya baru berhijrah.. lepas putus cinta. Saya nekad org yg saya jumpa lepas ni saya xnk bercinta tp saya akn nikah terus. Itu yg saya bertunang selepas 6 bulan kenal. Saya mengaku saya dn tunang pernah terlanjur..tp kmk dh bertaubat. Dia pun berubah selepas jumpa saya.. tolong nasihatkn saya.. org mcm ni nk buat apa.. saya dh puas pujuk merayu.. dia x balas msg org tua dia.. sblm ni dia pernah x bertegur dgn prg tua dia selama setahun. Saya takut dia kene gangguan syaitan..dh masuk tiga hari bergaduh.. saya nekad dia itu terbawa2 je perasaan marah…

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme