I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Ibu Kurang Ajar Dengan Ayah

Mama sya sering memarahi sya namun bukn sya shja sebenarnya malahan ayh saya juga. mama sya pantang sekiranya ditegur mengenai sikpnya jika ditegur oleh ayh sya sendri ini menyebbkan ibubapa sya akn bergaduh hingga menyebbkan kadg kala ibu sya tekd mengmbil pisau untk mencbar ayh sya untk mmbunh ibu sya. ibu sya berlainan dgn perangai ibu kwn2 sya. pernh sekali sya menangis sendri di dlam bilik kerana tidk than dgn perangai ibu sya yg serg meninggi ninggikn suara ketika bergaduh dgn ayh sya. ibu sya memg perempuan yg kers kepala. selain itu, ibu sya juga seorg ibu yg tidk memprlaksanakn tanggungjwbnya sebagai ibu seperti melakukn kerja rumh, mengmbil bert soal penddikn ank2, dn sebagainya . hal ini berlaku sejk ibu sya mula bergaul dgn rakn2 di tempt kerja brunya. sememgnya ibu sya mudh riak, sush bergaul dgn org2, serg memaki hamun ank2(sukr menegur ank dgn cra yg baik),dan byk lgi temsuk memiliki laki simpann. sya rse saya patt menyruh ayh saya untk menceraikan ibu sya. lagi pun ayh sya serg meluahkn ketidakpuasan hatinya mengenai perangai ibu sya yg melmpau kepada sya. apa pendpat ustad?

~gurl.

Dalam kita menghargai nikmat yang Allah berikan, kita disarankan agar selalu melihat orang yang lebih bawah daripada kita. Orang yang menaiki kereta buruk, sudah tentu lebih beruntung jika dibandingkan dengan orang yang cuma menunggang motosikal (terutama semasa musim hujan yang tak menentu ni). Orang yang menaiki motosikal, sudah tentu lebih beruntung dibandingkan dengan orang yang berjalan kaki. Orang yang sihat tubuh badan sekalipun tidak berkenderaan sudah tentu lebih beruntung dibandingkan dengan orang yang lumpuh seluruh tubuh badan, sekalipun punya kenderaan mewah dua tiga bijik. Begitu juga halnya dengan nikmat mempunyai ibu bapa ni.

Seorang anak yang masih punya ibu bapa, sudah tentu lebih beruntung berbanding orang yang tak pernah melihat ibu bapa sejak lahir, atau orang yang dah kehilangan ibu bapa mcm Ustaz Love ni. Kalau diberikan peluang, Ustaz Love lebih suka punya ibu bapa walaupun buruk perangai, berbanding hidup sendiri tanpa ibu bapa. Tachingg plak.. kiki

Jika kita membandingkan ibu bapa sendiri dengan orang lain punya ibu bapa, dah tentu la tak sama. Manusia ni perangainya berbeza2. Ada ibu bapa yang dah baik akhlaknya, tapi kurang agamanya. Ada yang rajin ke masjid, tapi akhlak buruk. Ada yang muka cantik, tapi suka korek idung depan orang ramai.. macam2 ada.. Jadi, selagi kita membandingkan apa yg kita ada dengan apa yang orang ada, kita akan selalu rasa tak puas hati. Kita menginginkan kesempurnaan pada makhluk yang tidak sempurna seperti manusia. Sampai kiamat pun kita tak rasa cukup dengan apa yang ada.

Tidak dapat dinafikan, sikap ibu bapa yang buruk perangai memang memberikan tekanan kepada anak2, terutamanya bila ibu bapa memaksa atau meracun pemikiran anak2 untuk memihak kepadanya. Sikap ibu yang melawan ayah itu memang dah buruk, namun sikap ayah yang meracun pemikiran anak dengan memburukkan ibu itu juga tak kurang salahnya. Dalam menangani permasalahan ibu bapa, anak2 sepatutnya mengambil sikap berkecuali dan sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka, kerana mereka berdua adalah punca keredhaan Allah terhadap kita. Redha Allah itu terletak pada redha kedua ibu bapa.

Jadi, nasihat Ustaz Love, saudari banyakkan berdoa semoga Allah mengubah hati dan perangai ibu itu. Doa anak yang soleh dan solehah, insyaAllah akan dimakbulkan Allah. Dan saudari kena sentiasa bersangka baik dengan Allah dan punya harapan yang tinggi agar ibu berubah perangai. Bukan menjadi tanggungjawab saudari untuk menentukan hala tuju hubungan ibu dan ayah (sama ada mereka nak berterusan begitu atau bercerai). Biarkan mereka selesaikan sendiri masalah mereka. Tanggungjawab saudari adalah sentiasa menghormati dan mentaati mereka pada perkara yang dibenarkan syarak.

Mulai hari ini, saudari mulakan dengan bersangka baik kepada ibu dan sentiasa berusaha untuk merapatkan hubungan dengan berbakti kepadanya selagi beliau masih ada di dunia ini. InsyaAllah, kebaikan dan keberkatan akan sentiasa menyelubungi hidup saudari selagi saudari memuliakan ibu bapa sebaiknya.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Comment

Add a Comment
  1. manusia memang byk khilafnya…ada jer ibu2 yg nampak tak mcm ibu bab2 tanggungjwb ni…kpd yg bertanya…bertabahlah dan berdoa ke hadratNya kerana Dia yg membalik2kan hati kita…
    mz recently posted..Dia ibu yang terpilihMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme