I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Kekasih Mendakwa Dirogol

Assalamualaikum w.b.t

1st yg sy nk bgtau, yg sy ni blh terima dia seadanya samada dara or x..asalkn kena dgn situasi dan keadaan yg dilalui seorg pmpuan ni..juga dia dh brtaubat.. Sy x pnah brzina, dan brgaul melampaui batas..tp sy ditemukn dgn wanita2 yg tiada dara.. Ini kisah hdup sy..

pd masa dlu sy pnah brkwn dgn seorg pmpuan ni, stelah lama brkwn akhirnya kami sama2 jtuh cinta, pd masa itu sy lnsung x brtanyakan soal daranya krna sy x brapa kisah sgt walaupun sy ni x pnah lansung melakukn zina..pd suatu hari sy br’sms dgn dia, dgn tiba2 dia menceritakan ttg daranya..pdhal sy x tnya pun dan x pnah brtanya ttg itu sblm ni..bg sy mungkin dia sygkn sy dan x sggup merahsiakannya dari sy..katanya dia pnah dirogol tnpa kerelaan..sy katakn yg sy trima asalkn dia tdk cuba melakukan maksiat dgn sengaja dan jagalah maruah diri..dia sgt gmbira dan brterima kasih pd sy..tp stelah beberapa tahun brcinta (dlm masa beberapa thn tu kami mmg jarang brjumpa) sy dgr cerita yg dia tlh keluar dgn lelaki lain, buktinya dia mngaku dan dia juga mngaku dia byk menipu sy soal kesetiaan dia kat sy..sy blh terima dia x ada dara tp sy x blh trima klau dia menipu dan curang dgn sy. Akhirnya sy putuskn hubungan wlaupun dia mtk sy berikn peluang.

Kisah 2nd: X perlu sy pnjangkn crita, gadis kedua ini cinta sy, juga menceritakan ketiadaan daranya wlaupun sy x pnah brtanya..krna syg mungkin? Kisah yg sama dia juga dirogol tnpa kerelaan..yg mmbuatkn sy prcaya krna dia mnceritakn di dpn mata sy dgn air matanya yg mngalir tnpa di buat2..sy trima krna bkn kehendak dia nk jd mcm tu..asalkn dia jujur dan x akn cuba2 nk melakukn maksiat..sy trima, wlaupun pahit utk ditelan, sy gagahi jgk..brtahun sy brcinta dgn dia dan skrg kami sudah brtunang..dia x pnah curang, dan susah senang brsama… Tp kdg2 ade jgk prselisihan hgga mmbuatkn kami brtengkar..kesabaran sy sbgai lelaki diuji hgga ke tahap maksimum..tp gduh pun habis kat situ je, x brpnjangan..

Soalan sy : ‘Lelaki yg baik utk pmpuan yg baik, lelaki jahat utk pmpuan yg jahat’. So bagaimana dgn situasi sy ni ustaz? Adakah ni balasan dari dosa2 sy? Sy juga x mnyalahkn takdir.. Boleh bg tips utk sy hadapi masa depan nanti? Terima Kasih

~Confiusman.

Cerita wanita mendakwa dirogol ni kebanyakannya memang cliche, sukar nak dibuktikan kebenarannya disebabkan hanya beliau dan sang perogol itu saja yang mengetahuinya. Satu2nya bukti yang boleh beliau kemukakan adalah sewaktu membuat hubungan suami isteri kali pertama nanti (tak kira la malam pertama ke, pagi pertama ke, tengahari pertama ke). Ada beza seorang wanita yang masih berdara atau tidak berdara iaitu dengan pembuktian berdarah.. kiki..

Alasan ini kadang2 digunakan secara meluasnya di kalangan wanita (termasuk mereka2 yang pernah berzina, terlanjur, terlacur dsb) walaupun perbuatan mereka itu bukan disebabkan paksaan. Namun, disebabkan ingin menunjukkan diri itu sesuci embun pagi, maka direka alasan mereka pernah dirogol dsb untuk meraih simpati sang lelaki yang jujur dan bendul.

Ada di kalangan lelaki2 yang jujur ini tak nak pun mengetahui kisah silam pasangannya. Bagi mereka, mereka menerima seadanya pasangan mereka tanpa perlu membangkitkan perkara lalu yang tiada kaitan dengan mereka. Namun yang menjadi masalah bila sang wanita itu masih lagi meneruskan aktivitasnya yang suka melakukan zina (pendek kata belum bertaubat la) dan mengakibatkan tekanan di pihak lelaki (teman lelaki atau suaminya). Masa itu baru terbukti akan kebenaran kata2nya itu sama ada beliau kehilangan dara disebabkan rogol atau memang beliau suka berzina.

Ada juga di kalangan wanita yang trauma akibat dirogol, akhirnya menganggap dirinya dah tiada maruah lalu meneruskan aktiviti zina sehingga ia menjadi suatu keseronokan baginya. Ini pun salah satu masalah juga bila kita memahami secara salah bahawa dara itu penunjuk aras kepada kesucian dan maruah seorang wanita. Sebab itu kalau kita tengok filem Tamil, wanita yang dirogol lebih rela mati daripada menanggung malu, sebab pegangan agama mereka menyatakan bahawa dara itu adalah petanda kesucian.. sedangkan dalam agama kita, maruah dan kesucian seorang wanita itu langsung tiada kaitan dengan dara.. seorang wanita yang masih ada dara tapi selalu ringan2 dengan pasangannya itu dikira tidak bermaruah, berbanding seorang wanita yang dirogol dan kehilangan dara dalam rumahnya sendiri.

Berbalik kepada persoalan saudara ni..

Setiap orang itu akan diuji sesuai dengan kemampuannya. Walaupun berbuih mulut kita mengeluh tak sanggup menanggung ujian yang maha berat ni, tapi Allah sebagai Pencipta kita lebih mengetahuinya kemampuan kita. Alangkan seorang ibu yang cuma melahirkan anak pun cukup masak dengan sifat dan perangai anaknya, apatah lagi Tuhan yang menciptakan ibu dan anak tersebut. Ada ujian yang Allah berikan untuk menghapuskan dosa2 kita, ada ujian yang Allah berikan disebabkan dosa2 yang kita lakukan (bala’) dan ada ujian yang Allah berikan untuk menaikkan darjat kita.

Kita tak mampu nak bersangka baik dengan diri kita dengan menyatakan bahawa kita ni dah cukup baik dah, kenapa nak kena hadapi ujian berat macam ni? Memang kita bukan seorang penzina, tapi kita diuji dengan pasangan yang pernah berzina atau dirogol supaya kita dapat membantu mereka, ataupun mungkin nak mencuci karat hati kita yang memandang hina kepada mereka2 yang tiada dara, ataupun untuk menghapuskan dosa2 kita yg lain yang tak berkaitan pun dengan isu zina dan rogol. Sebab tu dalam surah al-‘Ankabuut ayat 2, Allah bertanya dan mencabar manusia yang menyatakan mereka sudah beriman, sedangkan mereka belum lagi diuji.

Untuk kes yang pertama, saudara anggap saja ia ujian dan pengajaran hidup buat saudara agar lebih berhati2 dalam memilih pasangan. Jangan ikutkan sangat perasaan.. kerana perasaan itu lebih mudah jatuh disebabkan simpati berbanding cinta. Untuk jatuh cinta, memerlukan banyak sebab untuk diperhatikan, tetapi untuk jatuh simpati, cuma memerlukan satu saja sebab.. sebab ia fitrah manusia yang baik. Tak salah untuk berasa simpati, tetapi berhati2lah agar kita tak dipergunakan atas dasar simpati.

Kes kedua tu, Ustaz Love tak pasti sama ada beliau betul2 dirogol atau beliau terlanjur (berzina) sebelum ni. Namun, kita tak dituntut untuk mengetahui rahsia silam beliau. Beliau mungkin ikhlas nak berlaku jujur kepada saudara (walaupun caranya silap dengan menceritakan aib tersebut). Jadi, saudara hargailah kejujurannya. Menurut penerangan saudara, beliau seorang yang setia dan sanggup susah dan senang bersama. Bukan mudah nak mencari wanita sebegitu pada zaman materialistik plastik sekarang ni. Hargailah beliau sebaiknya. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

Bergaduh dengan pasangan itu perkara biasa.. apatah lagi dalam tempoh bertunang.. tetapi, bergaduh setakat tu je dan tak memanjang2kan pergaduhan itu perkara luar biasa. Tak semua orang mampu nak buat macam tu.. Ustaz Love sendiri kalau bergaduh dengan kucing pun makan masa jugak nak berbaik.. kiki

Pada pandangan Ustaz Love, tunang saudara sekarang ini adalah yang terbaik buat saudara. Saudara mungkin tak berapa nampak sebab kurang memerhati. Namun, jika saudara memerhati kebaikan2 yg beliau ada, nescaya saudara akan mendapati betapa bertuahnya saudara mempunyai teman seperti beliau. Di saat pasangan lain bergelut dengan isu kesetiaan, saudara dah dapat seorang wanita yang setia dan sanggup hidup susah bersama saudara. Ustaz Love percaya, katakanlah sekalipun beliau pernah berzina dan bukan dirogol seperti yang didakwa, ternyata beliau telah bertaubat.. sebab antara tanda2 seseorang itu telah bertaubat adalah beliau meninggalkan terus perbuatan maksiatnya. Tapi mungkin juga benar dakwaan beliau yang beliau dirogol, sebab seorang yang dirogol biasanya takkan mengulangi perbuatan itu, sebaliknya hanya penzina yang belum bertaubat saja yang akan melakukan perbuatan zina berulang kali.

Ustaz Love rasa dah terjawab kot persoalan saudara.. saudara seorang lelaki yang baik, dan teman saudara juga seorang wanita yang baik.. jika saudara masih ragu2, lakukanlah istikharah.. semoga Allah menunjukkan kepada saudara pilihan yang terbaik untuk saudara lakukan.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Comments

Add a Comment
  1. yg bertanya lebih mengetahui setakat mana kejujuran/kebaikan tunangnya…whether worth it or not utk menerima si dia yg tiada dara…sbb mungkin ari ni boleh terima..lps berthn2 kawin masih boleh diungkit2 isu yg sama esp kalau time bergaduh…
    mz recently posted..Senangnya menyimpan @Tabung HajiMy Profile

  2. Mohon bantuan:
    Saya ada seorang teman wanita. Pada mulanya, saya tidak mengetahui bahawa teman wanita saya tunangan orang sehinggalah selepas 2 minggu kami bersama. Namun, setelah saya mengetahuinya, saya tetap bersama dengan dia sehinggalah perhubungan kami mencecah setahun. Dalam tempoh tersebut, kami telah banyak kali terlanjur dan kami menyesali perbuatan itu dan sekarang, kami ingin memperbetulkan keadaan itu. Baru-baru ini, teman wanita saya telah meminta tali pertunangannya diputuskan. Ini menimbulkan kemarahan dipihak keluarga tunang dan keluarga teman wanita saya itu. Ibu saya juga tidak bersetuju dengan tindakan kami tetapi mereka tidak mengetahui yang kami sebenarnya mahu memperbetulkan keadaan kerana hal kami berzina kami tidak pernah dedahkan. Selain itu juga, keadaan semakin buruk apabila ibu kepada teman wanita saya pernah berkata yang dia tidak akan merestui perhubungan kami. Ibu saya turut mengata teman wanita saya itu sebagai gatal dan tidak bermaruah namun berdasarkan pengalaman saya dengan melihat penerimaan ibu terhadap kakak ipar, saya yakin dia akan berubah kerana kakak ipar saya dulunya tidak disukai oleh ibu. Saya dan teman wanita benar-benar buntu pada masa ini. Apa yang kami mampu buat hanya lah bertaubat dan berdoa semoga Allah membantu niat kami. Saya sangat berharap ustaz dapat memberikan pandangan mengenai permasalahan kami ini kerana kami tidak tahu adakah apa yang kami buat ini betul dan apa yang sepatutnya kami lakukan. Segala nasihat ustaz amat saya hargai. Terima kasih.

  3. assalam ustaz…saya nak bertanya tapi x de kena mengena seperti tajuk di atas. maaf ye ustaz sbb tajuk cerita saya lain dari yang lain

    saya adalah anak sulung dari 4 beradik, saya dah berkahwin anak 2. saya duduk dengan mak…ceritanya…sepanjang saya duduk dengan mak, ada je tak kena pada saya, saya selalu dimarahi, yelah kdg ok tapi bila saya dimarahi habis semua dia ungkit kisah saya, anak2 dan suami…kdg2 mak menyalahkan saya mengandung dan anak, juga menyalahkan saya berkahwin, dia kata menyusahkan sehingga dia tak kasi saya beranak lg. itu saya tak kisah juga, yang menjadi kisahnya, bila sesekali adik beradik berkumpul mak selalu menyalahkan saya, saya tak buat itu la, tak buat inilah, di depan adik2 , kdg2 bila saya bersuara, mak kata saya melawan, dari kecil hingga besar, saya sering dimarahi dan dibebel..tetapi tidak pula pada adik saya, malah boleh berbual dan bergurau senda di depan saya bila mak tidak menegur sapa dengan saya, saya yang terhegeh2 mengur mak tapi mak tak menjwab, tak nak pandang muka saya, anak2 saya pun dia dah tak kisah, tp adik2 yang lain kalau buat kesalahan, di buat tak pandang malah menganggap satu gurauan pada mak dan adik2 saya, saya hanya mampu melihat, sedih hati saya, ustaz, adik perempuan saya pula, bila mak dah tak tegur sapa dengan saya, dia pun ikut, saya nak cakap dengan dia, dia malah buat tak tahu dan bersahaja tanpa memandang saya, pada waktu itu saya seperti terpinggir. Adakala mak cerita keburukan saya pada adik, saya sendiri dengar, saya cuba tanya kenapa mak buat macam tu, tapi dia tak mengaku malah dia kata saya cemburu dan iri hati…padahal tidak ustaz tak terlintas langsung di hati saya, saya redha dan saya ikhlas apa yang mak buat kat saya, saya seperti tak ada harga diri. kini dah 4 hari mak tak nak tegur saoa dengan saya, apa yang berlaku, dia memarahi saya, yang saya tak tahan dia membebel dan marah depan adik2 saya, mereka mendengar…lg dulu ustaz saya tak boleh bersuara, klu saya bersuara, mak akan tetap menyalahkan saya…saya sayang ibu, ibu pulak kuat agamanya, sembahyang 55 waktu, solat sunat, mengaji…bangun tengah malam..tak tinggal, tiap2 hari dia lakukan, tapi saya seperti dipinggirkan…saya tahu hak ibu bapa lebih tinggi, apalah daya, bila mak buat macam tu, hubungan saya dan suami juga tegang sebab hati saya tak tenang. saya tahu, mak dah banyak menjaga saya, dari kecil saya memang lebih teruk dari adik2 yang lain, tapi mak saya seolah tak namapak…bila saya suarakan luahan saya, dia tetap menyalahkan saya, kerana saya nak sulung…dia cakap dari kecil, saya anak yang jahat, mulut jahat…padahal apa yang nak saya cakapkan apa yang saya alami…entahlah ustad…dalam keadaan itu, mak baik dengan abah, masih bebrbual seperti biasa, dengan adik 2 pun, mcm tak nampak saya anak beranak yang ada kat rumah…ustad saya hanya minta pendapat ustad sahaja…

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme