I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Ibu Mertua Kerap Minta Duit

Assalamualaikum….

Ustaz… sy nk tanye.. mcmnne kalo mak mertua slalu mintak duit atau pun di belikan lauk.. sedangkan suami sy dh bagi duit tiap2 bulan.. n ade adik ipar dan suami yang duduk bersama mak mertua…. bukan sy lokek… tp slalunye suami xde duit n mintak duit sy untuk bg pada mak… dan kdg2 duit untuk belanja sy juga xdiberi…. mcm mane tu ustaz….

~farah.

Isu duit ni memang selalu memporak-perandakan masyarakat. Adik beradik boleh bergaduh, jiran2 boleh bertengkar, sahabat baik boleh bertukar menjadi musuh, kucing boleh bertukar menjadi ayam.. besar sangat duit di dunia ni sehingga ada ulamak yang menyatakan bahawa duit itu telah menjadi berhala kepada umat hari ini. Semuanya dilakukan kerana duit, walaupun secara zahirnya tak nampak manusia menyembah duit (letak duit kat depan sejadah ke). Sampaikan nak jalan kaki je pun dah habis beratus ribu duit rakyat.. hihi

Teringat Ustaz Love pada perbandingan antara duit dan pahala.. walaupun pahala itu nilaiannya sangat besar (walaupun sekadar pahala mengucapkan subhanallah), namun ia tak mampu ditukar dengan benda dunia. Nak beli nasik lemak harga 50 sen (ada lagi ke harga mcm tu? hihi) pun takkan dijualnya kalau nak ditukarkan dengan pahala.. macam tu jugak la kat akhirat nanti.. ada cincin harga 24 juta pun tak mampu nak ditukarkan dengan kebajikan apatah lagi nak membeli syurga.. Alam dah berbeza, nilaiannya pun berbeza.. kita pergi Singapore je pun nilaian tukaran matawang dah berbeza walaupun masih di dunia yang sama..

Berbalik kepada persoalan puan ni..

Apa yang Ustaz Love nampak, masalah sebenarnya bukan pada ibu mertua, tapi suami puan itu sendiri. Memang tiada apa2 masalah pun kalau seorang ibu nak mintak duit kat anak dia sendiri, sebab anak dia tu lelaki dan masih bertanggungjawab terhadap ibu bapanya. Yang menjadi masalahnya bila suami itu tak mampu dan mintak pulak duit kepada isteri.. itu yang sebenarnya menjadi pokok perbincangan masalah ni.

Bila puan menyebutkan ‘kadang2’ duit nafkah suami tak berikan, Ustaz Love dapat gambarkan yang suami puan itu sebenarnya seorang yang bertanggungjawab juga. Berbeza kalau puan katakan yang suami itu ‘kadang2’ je bagi duit nafkah kepada puan. Itu lain pulak kisahnya.

Dalam hal ini, puan perlu berbincang terus-terang dengan suami. Kadang2 kita nampak seorang lelaki tu senyum memanjang, tapi kita tak dapat nak mengetahui apa sebenarnya yang ada dalam hatinya dan apa yang beliau sedang fikirkan dalam kepala hotak berjambulnya. Mungkin juga beliau dalam keadaan serba salah, nak ditelan mati emak, nak diluah mati bini.. jadi, mungkin atas penilaiannya, adalah lebih baik beliau mintak duit daripada isteri untuk diberikan kepada ibunya sebab boleh kowtim dengan isteri. Orang tua ni susah sket nak faham emosi mereka.. kalau mak mertua merajuk, lagi susah hati suami tu.

Mungkin juga selama ni suami puan ingat puan tak kisah dia dok mintak2 duit nak bagi kat ibunya.. lelaki ni ada satu sifat malas nak serabut2.. dia cuma menilai apa yg tersurat dan kurang melihat yang tersirat. Bila dia minta duit dan puan laju je hulur dengan senyuman, mungkin dia anggap puan tak kisah pun nak berkongsi duit dengan beliau dan ibu mertua puan sendiri.

Jadi puan kena berterus-terang. Kalau sudi katakan sudi, tidaklah hamba tertampi2.. mungkin lepas tu, beliau akan berhenti meminta duit daripada puan dan berusaha sendiri untuk mencari duit lebih untuk diberikan kepada 2 orang wanita yang sangat disayanginya, iaitu ibunya dan isterinya (puan la tu). Jangan buat senyap je dan makan hati sendiri.. takut2 nanti puan dah tak tahan, terlepas pulak cakap2 yang menyakitkan hati suami mahupun mak mertua.

Kalaulah puan ada duit lebih (mungkin gaji puan tinggi), bagi Ustaz Love takde salahnya jika puan berkongsi sedikit rezeki tu dengan mak mertua puan. Mak mertua pun seumpama mak sendiri juga. Memberi sedekah kepada ahli keluarga itu lebih utama daripada bagi sedekah kepada orang lain. Anggap je itu sebagai sumbangan peribadi.. insyaAllah, bila kita redha dan ikhlas, Allah akan tambahkan lagi rezeki kepada kita. Itu pun kalau ada duit lebih la.. kalau takde duit lebih, takkan nak paksa diri jugak kan.

Tak kira la mak mertua tu nak beli lauk ke, nak beli laut ke, apa juga sumbangan kita kepada ibu (apatah lagi kepada ibu yang melahirkan suami yg kita cintai), pasti akan dibalas. Mungkin tak dibalas dengan rezeki yg melimpah ruah, tapi diberikan kesihatan yang baik, kehidupan yang aman, terselamat daripada kecelakaan dsb.

Apa pun, jika kita mampu, sebaiknya jangan berkira sangat soal duit ni.. apa yang kita ada itu belum tentu menjadi hak milik kita.. apa yang kita berikan (sedekah, nafkah dsb) itulah yang akan menjadi harta kita yang kekal di akhirat nanti. Kat dunia memang tak nampak.. kat kubur nanti baru kita menyesal sbb tak buat amal jariah banyak2 kat atas dunia dulu.

 Puan berbincanglah elok2 dengan suami.. insyaAllah, segala masalah dan kekusutan akan terlerai dengan perbincangan..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment
  1. kalau berkemampuan, anggaplah itu peluang yang Allah bagi untuk menambah kebaikan… tak semua orang dapat peluang camtuh kan

  2. Assalamualaikum Ustaz,

    Saya ada berkenalan dengan seorang perempuan ni. Secara general, dia baik dan kami serasi. Satu sahaja masalah yang buat saya susah nak pinang dia. Dia freehair (tidak bertudung / menutup aurat), & jarang bersolat.

    Sudah puas saya nasihatkan dia. Berikan buku, belikan tudung. Akhirnya, dia beritahu saya, dia tak suka dipaksa. Dan kalau saya betul2 sukakan dia, kena terima baik dan buruk dia.

    Sekarang hubungan kami sudah agak dingin. Tetapi jauh di sudut hati, saya masih sayangkan dia. At least, jika dia bukan jodoh saya pun, saya nak lihat dia berubah.

    Saya tak sanggup berkahwin untuk menambah dosa isteri tak menutup aurat dan tak bersolat.

    Mohon bantuan Ustaz, adakah apa-apa doa atau amalan yang saya boleh buat supaya teman saya ini terbuka hatinya untuk berubah? Saya tahu hidayah ni adalah hak mutlak urusan Allah. Atau perlukah saya putus asa dan melupakannya kerana tiada tanda dia akan berubah.

  3. tapi ustaz kes saya lain. suami saya org pakistn. mmg segala kelengkapan dia bagi dekt saya dan anak2 . tngung jawab semua dia lakukan, skrg ni masalh mak mentua saya yg tak berhenti mintk duit, kjp mintk 15 ribu , lepas 3 mingu dia call suruh hntr duit lagi, siap dengn 6 guni beras suami saya akn bagi . termasuk minyk sapi , setiap kali call je dia akn citer pasal kekurangan dia. suami saya siap belikn dorg rumah 4 tingkt dwkt sana. saya di sini masih duduk rumh sewa, adik beradik dia semua sudh khwin tapi nk suami saya tngung. klo saya tegur suami sya dia akn marah saya, masalah nya bulan bulan bapak mentua saya akan dpt duit pencen dia. duit yg dia dpt pun agk tinggi. hnya dorg 2 saja di rumah tapi mak mentua asyik nak duit. klo x bagi dia ckp saya salah saya cocok ank dia.sebelum raya suami saya dh bagi 15 ribu agaran duit sana sudah berjuta. lepas 2 minggu dia mintk duit lagi. saya x tahu nk wt pe. saya buntu sangt. suami saya jenis yg tidka boleh dibawa bincg. dia akn naik hntu. hnya allah la tempt saya mengadu sekrg ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme