I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Berzina Dengan Abang Ipar

assalamualaikum…

saya disini ingin bertanya saya telah membuat perhubungan dengan abang ipar saya sendiri iaitu ababg kepada suami saya, dan saya telah mengandung, saya dan suami saya sering ada masalah tidak sefahaman tetapi suami saya maseh tetap menyayangi sya dan tidak mahu melepaskan saya kerana saya mempunyai tiga orang anak.. disini bagaimana kah harus saya buat… kerna teman lelaki saya sangat menyintai saya begitu juga saya dan kami mahu hidup bersama…sehingga teman lelaki saya hendak merancang membawa saya jauh dri semua keluarga iaitu berhijrah dinegeri orang dan menetap dsana, kerana saya sangat nyaman bersamanya dan senang disampingnya saya sanggup meninggalkan anak dan suami saya serta semua kaum keluarga saya yang sangat saya sayangi. kami jarang berjumpa cuma sering berhubung lewat sms dan telefon saja untk bertanya khabar dan ada peluang kamimakan berjuma tapi tidak selalu dan kami ada melakukan hubungan sex sebanyak dua x tapi saya menyesal akan tetapi saya tetap mahu hidup bersama teman lelaki saya. apakah jalan yang harus saya ambil dan saya sangat berharap dapat pertolongan dan nasihatbyang sangat baik untk saya supaya saya boleh mengambil jalan yang sangat dituntut agama. sekian terima kasih.

~ismawati.

Kalau puan nak ambil jalan yang sangat dituntut agama, Ustaz Love rasa puan sendiri dah tau apa yang perlu puan lakukan. Kalau puan tahu perbuatan puan berzina dengan abang ipar itu merupakan suatu kesalahan, sudah tentu puan sendiri memahami bahawa perbuatan zina itu adalah dosa yang sangat besar di sisi Allah. Tidaklah ada jalan yang lebih baik daripada apa2 pun jalan sama ada jalan highway apatah lagi jalan kelapa sawit, melainkan jalan taubat.

Tapi macam mana puan nak bertaubat kalau puan sendiri belum berhasrat untuk meninggalkan punca kepada perbuatan zina tersebut? 2x berzina bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang ringan. Jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia ni, puan boleh direjam sampai mati dulu sebelum puan boleh berangan2 untuk meneruskan hidup dengan pasangan sulit puan itu. Itu baru hukuman di dunia, belum lagi hukuman yang menanti golongan penzina di hari akhirat nanti. Jadi, Ustaz Love tak nampak di mana jalannya puan menyimpan angan2 yang agak panjang sedangkan puan masih lagi terlibat dengan dosa itu (sekalipun puan sudah meninggalkan perbuatan zina, namun berhubungan dengan lelaki lain itu juga sudah boleh dikira curang dan derhaka).

Itu baru cerita pasal hubungan terlarang puan dengan abang ipar.. belum masuk lagi cerita pasal anak luar nikah yang puan kandungkan itu. Puan pernah fikirkan apa nasibnya selepas dilahirkan nanti? Bagaimana dengan nasabnya, yang tidak boleh dibinkan dengan nama suami puan.. beliau tak boleh mewarisi harta suami puan.. kalau beliau perempuan, beliau tak boleh berwalikan suami puan.. dan mungkin beliau akan dihina oleh masyarakat disebabkan perbuatan puan yang langsung tak berfikir panjang itu? Kalau puan ada masa, puan bacalah beberapa luahan mereka yang bergelar anak luar nikah, betapa peritnya kehidupan mereka yang disisihkan masyarakat walaupun mereka tak melakukan apa2 pun kesalahan berkaitan zina.

Puan kena sedar bahawa perbuatan puan menjalinkan hubungan haram ini adalah berdosa besar. Puan jangan jadikan alasan tak ada persefahaman sebagai tiket untuk melakukan kecurangan terhadap suami. Suatu masalah yang diselesaikan dengan mencipta masalah yg lain tidaklah akan mengurangkan masalah yang lalu, sebaliknya bakal menambah masalah baru yang lebih rumit. Kalau betul perkahwinan puan bermasalah, selesaikan dulu masalah itu. Usahakan sampai selesai. Bila puan dah solo nanti, ikut suka puan la nak nikah dengan abang ipar ke, dengan suami orang ke, dengan anak laki mak tiri orang ke.. masa tu memang takde masalah dah. Ini puan masih lagi isteri orang, menjalin hubungan dengan orang lain yang merupakan orang terdekat lagi, berzina lagi, mengandung anak luar nikah lagi, nak kahwin lari lagi, nak tinggal anak2 lagi.. puan boleh kira berapa banyak masalah yang telah dan bakal puan ciptakan semata2 untuk memenuhi satu keinginan puan iaitu untuk hidup bersama teman lelaki.

Puan kena matang dalam berfikir, barulah tindakan yg puan ambil akan menunjukkan kematangan. Orang yang selalu terburu2 nak ikut nafsu ni biasanya budak2 remaja yang belum habis sekolah je. Puan dah ada anak 3 dah, takkan nak jadi macam budak remaja tak matang juga? Buat dulu apa yang rasa nak buat, fikirkan kemudian apa akibatnya. Sekurang2nya budak2 remaja tu kalau dah kembali ke pangkal jalan, mak ayah diorang akan terima balik. Kalau puan buat kesilapan ini dan meninggalkan 3 orang anak semata2 nak ikut 1 orang lelaki, puan rasa bila anak2 dah besar nanti diorang boleh terima ke tindakan puan ni?

Puan boleh bersangka baik yang puan mungkin boleh bahagia dengan lelaki itu.. tapi percayalah, tidak ada yang baik jika permulaannya sendiri dah salah. Kalau puan dah tersalah arah sejauh 1 meter daripada permulaan perjalanan, percayalah puan bakal tersasar beratus ribu kilometer jauhnya nanti kecuali puan kembali ke pangkal jalan dan membetulkan arah dari awalnya. Mulakan dengan niat yang betul dan dengan cara yang betul, insyaAllah puan akan dapat natijah yang betul.

Jika puan tanyakan terus-terang pada Ustaz Love, Ustaz Love sama sekali tidak setuju dengan tindakan yang puan nak ambil. Nasihat Ustaz Love, puan selesaikan dulu masalah perkahwinan puan. Dah selesai yang itu, baru mulakan langkah yang lain. Banyak lagi cara nak memutuskan ikatan perkahwinan, bukan semata2 mengharapkan lafaz talak daripada mulut suami saja. Pergi ke pejabat agama dan hadiri kaunseling. InsyaAllah, selepas itu puan akan mendapati betapa banyak jalan penyelesaian bagi masalah puan terbentang luas di hadapan.

Berani buat berani tanggung. Nak berak pun kena mencangkung, apatah lagi nak menyelesaikan beban yang sedang ditanggung.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Comments

Add a Comment
  1. Isk isk.. sebelum pikirkan bahagia bersama teman lelaki tuh, fikir2kanlah derita di azab Allah didalam kubur nanti. Hidup bukan kekal selamanya didunia ini… kita doakan moga terbuka hati puan ini untuk bertaubat……. moga kita dijauhkan dari godaan nafsu & syaitan seperti ini

  2. kejap abang ipar, kejap teman lelaki, mana satu ni.pening jg baca soklan, mujur ustazlove tukang jawab..

  3. Salam ustaz,

    Saya ingin bertanya 1 soalan. Bagaimana cara untuk isteri meminta Fasakh sekiranya si suami masih enggan mendaftarkan pernikahan mereka yang berlaku di sempadan. Si isteri ada memberitahu kepada saya bahawa si suami enggan melepaskan beliau di dalam apa keadaan sekali pun. Bolehkah si isteri membuat pendaftaran pernikahan tanpa pengetahuan suami semata-mata unutk memudahkan proses menuntut fasakh?

    Diharap Ustaz dapat memberi komen dan pendapat di dalam kes ini kerana si isteri ada memberitahu bahawa beliau menemui jalan buntu setelah semua usaha mendaftarkan perkahwinan dapat dihidu oleh pihak suami.

    Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme