I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Main Bomoh

salam ustaz…

saya ingin meluahkan sesuatu dan bertanya pada ustaz… ceritanya begini, saya nie seorang perempuan yang berumur 20 tahun dan sudah 2 tahun saya sakit. tapi malangnya, sakit saya tu sakit yang tidak nampak.. ustaz faham2 je la… selepas sekian lama sakit, akhirnya allah memberi satu kelebihan kepada saya iaitu saya boleh melihat benda2 ghaib termasuk la makhluh halus dan seangkatan dengannya. dulu saya adalah pelajar di sebuah ipts, tetapi, disebabkan masalah kesihatan ini saya terpaksa berhenti dari belajar. sepanjang saya belajar di kolej tersebut, saya ada mengenali seorang lelaki.

semasa di kolej saya selalu pengsan dan sakit dan saat itu jugalah dia datang dari rumahnya yang jauh dalam 1 jam masa perjalanan dan membawa saya pergi berubat cara kampung di umah atuknya. saya sudah kenal dia lama da dan kami bercadang untuk mendirikan rumah tangga memandangkan kami ingin mengelakkan maksiat. kami juga melakukan solat istikharah dan meminta petunjuk dari allah.. dan kami melihat wajah masing2 semasa solat. bukankah itu satu petunjuk bahawa kami dijodohkan untuk bersama. memandangkan lelaki ini seorang anak yatim dan bekerja sendiri ibu dan kakak saya tidak menyetujui perhubungan ini dan menentang sekeras-kewrasnya. manakala, ayah dan keluarga lain pula merestui kami. pernah dulu ayah, mak dan keluarga pergi berubat di kuantan untuk memisahkan kami. setelah orang yang berubat itu memberitahu yang jodohnya telah ditentukan oleh allah dan kita tidak boleh menghalang. walau dipisah bagaimanapun kalau allah dah janji jodoh dia bersama dengan lelaki itu. tetap akan jadi juga. setelah itu, barulah mereka menyetujui perhubungan kami. tetapi, mak dan kakak saya masih lagi tidak dapat menerima kenyataan iyu dan tanpa pengetahuan ayah saya ibu saya telah pergi berjumpa dengan seorang bomoh untuk memisahkan kami. akibatnya, penyakit saya bertambah teruk. setelah saya bertanya pada seorang yang cerdik pandai tentang perubatan ini dia memberitahu perkara yang menyebabkan saya jatuh sakit itu. saya pun bagitahu pada ayah dan ayah memarahi saya kerana berkata begitu pada ibu. saya tidan nafikan memang berdosa besar apabila anak membuka aib ibunya sendiri. tapi, saya tidak tahu mana lagi hendak mengadu.

untuk pengetahuan ustaz juga, ibu saya itu sering memarahi saya dan melebihkan kakak saya berbanding dengan keluarga saya. bukan saya cemburu ustaz. tapi sikapnya yang seolah-olah memilih kasih itu membuatkan saya selalu berkecil hati dan dia sering memarahi saya dengan teruk dan kadang-kadang mengeluarkan perkataan yang kasar walaupun saya membuat satu kesilapan yang sungguh kecil. sebab yang menyebabkan ayah saya tidak percayakan kata-kata saya ialah kerana ibu akan memarahi saya hanya apabila ayah tiada, apabila ayah ada bersama saya. dia tak akan naikkan suara walaupun sedikit. saya kecewa kerana saya harapkan ayah dan keluarga saya dapat mempercayai saya. tapi, sebaliknya pula yang berlaku. saya tertekan dan stress berada di rumah irtu.. setiap masa saya berendam dengan air mata akibat perbuatan ibu saya. saya tidak pernah melawan cakapnya kerana say tidak mahu menjadi anak derhaka. jadi, saya diamkan ajer apabila ibu memarahi saya walaupun saya tidak melakukan perbuatan itu. sekaran pula, saya ingin mendirikan rumah tangga.

dulu ayah dan keluarga bersetuju dengan hubungan kami. tapi, setelah teman lelaki saya memberitahu tentang kebenaran ibu saya. ayah dan keluarga membencinya dan tidak merestui hubungan kami.. apa yang harus saya lakukan? saya hanya ingin mendirikan rumah tangga kerana saya bimbang saya akan terjebak dengan zina. namun, mereka tidak memahami perasaan sya.. apakah yang harus saya lakukan… keadaan saya ini ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapak…. patutkah saya mengikut kata ibu dan bapa saya untuk menikah dengan orang lain walaupun saya tidak menyintyai lelaki itu dan setelah saya tahu dia bukan jodoh saya, ataupun saya harus berkahwin dengan lelaki yang saya cintai dan merupakan jodoh saya..? saya keliru… sebab utama mak dan kakak tidak merestui dan mengizinkan hubungan kami ini adalah kerana teman lelaki itu datangnya dari keluarga miskin….

bantulah saya ustaz love… sekarang pun ibu dan kakak selalu menghasut ayah supaya membenci teman lelaki saya. satu lagi, saya ada mendengar ceramah pasal pertunangan. kata penceramah itu, maksud bertunag ialah apabila seorang lelaki itu menyatakan hasratnya untuk mengahwini perempuan itu dan perempuan itu bersetuju. maka, perempuan itu sah menjadi tunangan lelaki tersebut. dan dalam kes saya ini, si lelaki telah melamar saya menjadi isterinya dan saya rtelah bersetuju menjadikan saya ini tunangannya. apakah hukumnya apabila tunangan orang berkahwin dengan orang lain….?

minta tlg ustaz jwb…. tq…

~shuhada

Ustaz Love pun pening dengan masalah saudari ni.. bercampur aduk. Mungkin masa saudari menulis masalah ni, saudari menulis dengan penuh emosi dan air mata. Itu yang ada macam2 kisah dalam satu masalah.. Ustaz Love tak berhajat nak jawab semua persoalan yang saudari kemukakan, sebab soalan2 tu saudari sendiri boleh menjawabnya. Persoalan ibu melebihkan kakak berbanding saudari, persoalan ibu bapa saudari tak merestui hubungan dengan kekasih dsb, itu saudari boleh fikirkan sendiri jawapannya. Kalau dah perangai kita sendiri tak berapa nak elok, kenapa kita nak salahkan orang lain? Saudari boleh bermula dengan muhasabah diri sendiri dahulu.

Ustaz Love cuma nak sentuh sikit bab bomoh2 ni.

Dalam usia yang sangat muda, saudari masih lagi agak mentah dalam menilai situasi. Kadang2 orang melihat sesuatu itu sebagai kekurangan, sedangkan saudari melihatkan sebagai kelebihan. Tak salah untuk berfikiran positif, tapi hendaklah kena pada tempatnya. Kemampuan melihat makhluk halus itu bukanlah suatu kelebihan, sebaliknya ia adalah kekurangan bagi manusia yang mana Allah telah meletakkan tabir dan hijab bagi pandangannya daripada menembusi alam makhluk halus. Sebab itu, tiada orang yg soleh akan mendabik dada mendakwa mempunyai kebolehan melihat makhluk halus, melainkan tukang2 sihir dan bomoh2 saja yg berbangga dengan perkara tersebut.

Oleh kerana saudari mengalami gangguan jin yang agak kronik, ada beberapa perkara yang mungkin saudari terpaksa hadapi berbanding orang lain yang hidupnya normal tanpa gangguan. Salah satunya adalah terbukanya hijab sehingga saudari boleh melihat makhluk2 halus.

Ustaz Love tak dapat nafikan, gangguan makhluk2 ini kebanyakannya berpunca daripada kesilapan kita sendiri.. sama ada ia silap ibu bapa yang akhirnya memberi kesan kepada anak2 dan cucunya, ataupun kesilapan kita sendiri yang secara tak sedar menjemput makhluk2 ini untuk menyertai setiap amalan yang kita lakukan.

Perbuatan ibu bapa mendapatkan bantuan bomoh untuk memisahkan saudari itu merupakan sesuatu perbuatan yang dikeji. Bukan memisahkan hubungan itu yg dikeji, sebaliknya perbuatan berjumpa dengan bomoh itu. Bila berjumpa dengan bomoh, maka secara tak langsung, seseorang itu telah membuat perjanjian dengan makhluk jin ini. Bomoh2 dan tukang2 sihir adalah perantara antara orang yg memerlukan khidmat jin, dan jin yang berkhidmat untuk merosakkan kehidupan manusia. Sama ada betul atau tak ibu bapa saudari bertemu dengan bomoh, itu hanya saudari sendiri yang mampu menentukannya. Ustaz Love cuma memberikan pandangan secara umum.

Berkenaan dengan kekasih saudari yang ‘dikatakan’ punya firasat tertentu dan tahu bila saudari sakit, lagi la saudari kena berhati2. Ustaz Love bukan nak menuduh, cuma ingin mengajak saudari berfikir. Seorang majikan yang tiba2 balik ke rumah dan memukul orang gajinya kerana dituduh mendera anaknya, sudah tentu mengetahui perkara itu daripada sumber2 yg berada di dalam rumah itu. Tak mungkin hanya dengan bantuan mimpi, maka majikan itu akan bertindak sebegitu rupa. Mungkin majikan itu ada memasang CCTV dalam rumah tanpa disedari oleh orang gaji tersebut.

Begitulah juga situasinya bila seorang lelaki yang duduk jauh daripada saudari, tiba2 tahu yg saudari sakit dan bertindak membawa saudari pergi berubat tanpa mendapat izin daripada bapa saudari selaku wali. Kemungkinan beliau ‘memasang cctv’ dalam diri saudari itu juga tidak boleh dipandang ringan.

Kita jangan ingat dalam tubuh manusia ni hanya ada seekor jin saja yg boleh menginap.. sedangkan virus pun boleh melepak dalam tubuh berjuta2 bilangannya, apatah lagi jin2 yg halus yg mampu berjalan dalam urat darah manusia. Mungkin juga pertembungan jin bomoh dan jin teman lelaki itu yang menjadikan saudari bertambah sakit.. sebab kesan peperangan itu biasanya akan membuatkan bangunan2 dalam medan perang jadi hancur.. kesan pertembungan jin2 yg pelbagai ini, mampu untuk merosakkan diri saudari.

Jadi, nasihat Ustaz Love, sebelum saudari meneruskan apa2 usaha untuk berkahwin ke, atau nak bersangka buruk pada keluarga ke, ada baiknya saudari fokuskan untuk mengubati penyakit gangguan jin tersebut terlebih dulu. Jangan terlibat dengan teman lelaki (berubat dengan atuk beliau ke, nenek beliau ke).. gi jumpa pakar2 yg diiktiraf spt ke Darul Syifa’, Darul ‘Ilaj dsb atau berjumpa dengan mana2 ustaz atau ustazah untuk meminta pandangan.

Selagi saudari tak selesaikan masalah pokok yg mengganggu, selagi itulah pandangan saudari akan jadi samar2 terhadap sesuatu perkara. Kadang2, orang boleh melihat dengan jelas apa masalahnya, tapi disebabkan gangguan, kita tak mampu nak mengenalpasti masalah tersebut.

Dan yang paling penting, saudari kena dekatkan diri pada Allah.. amal ibadah jangan dilalaikan, kerana itulah benteng kita dalam menahan godaan syaitan. Masalah nafsu itu bukan hanya ada satu saja jalan penyelesaian, banyak lagi jalan yg terbentang luas yang boleh kita fikirkan. Utamakan mana yg lebih patut diutamakan dan jangan terburu2 mengikut hawa nafsu.

Ustaz Love doakan semoga Allah memberikan jalan keluar buat saudari daripada masalah ini.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 Comments

Add a Comment
  1. Seram pulak cerita ni. Ahah. Tapi betul kata ustaz love. Bila kita bercinta ni, kita cuma nampak yang baik je. Yang bueuk letak tepi. Sebab tu penting untuk dengar nasihat orang lain, terutama mak ayah. Sebab mereka tak bercinta dengan kekasih kita, mereka boleh lihat mana kurangnya dia, yang mungkin kita terlepas pandang.

  2. muda lagi cik adik yg bertanya ni…emm …most of the time pilihan keluarga adalah yg terbaik…and restu ibu bapa sgt penting sbb kita kawin for our whole life..bukan setahun dua ajer…
    moga2 dpt membuat keputusan yg terbaik
    mz recently posted..Jerebu | take careMy Profile

  3. SS = Suka & sokong dengan jawapan ustaz love..

    kekadang kita akan lihat diri kita terlalu baik, sehinggakan semua nasihat orang kita abaikan, sesekala kena muhasabah diri

  4. assalamualaikum ustaz ..saya ingin bertanya bolehkah seseorang wanita itu menyertai atau melibatkan diri dalam sesi mencari jodoh secara online.di mana wanita atau lelaki tersebut diminta utk menyatakan butir-butir peribadi secara ringkas termasuk gambar…seterusnya, peserta lelaki/wanita akan mencari profil2 yg bersesuaian kemudian berkenalan antra satu sama lain melalui telefon, email, sms dan sebagainya. apa pendapat ustaz mengenai perkara ini?ia merupakan satu usaha jugak bukan?adakah perkara ini termasuk dalam khalwat?apa hukumnya?jazakallah

  5. ustaz pernah kata nak tulis pasal Imam Ja’far Sadiq,,tapi takde pon..agak2 bila ye? hanya bertanya

  6. ustaz, bole terangkan mengenai muktazilah dan khawarij?

    siapa mereka ini, adakah dari ASWJ atau mazhab2 lain?

  7. apa pandangan uz …. tunang saya suka bercakap lucah dan melihat gambar lucah dan pernah ajak saya buat perkara lucah. tunang saya ni seorang ustaz.
    elok ke buat suami ni?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme