I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Bakal Suami Baik Tapi Merokok

Sy ade soalan nk tanye ustaz. Buat masa ni sy berkawan dgn sorg lelaki. dia baik, peramah, suka menolong, rajin belajar mengaji di masjid, tapi…dia merokok dan sy sbnrnya x suka org yg merokok. Bile sy nasihat die mcm2 hujah die bagi. Masalahnya, kwn2 dgn ustaz die pun same je. Kdg2 sy rs mcm melanggar prinsip diri sendiri bile biarkan diri sendiri kwn dgn perokok. Ye, sy tahu tiada manusia yg sempurna. Mak sy pun ok je sy kwn dgn dia. Mak sy kata rokok tu boleh berhenti insyaAllah. Tp ade satu lagi perangai die yg sy xsuka. Die asyik ckap pasal kahwin dua la, ustaz dgn kawan2 die ramai kawin dua. Ish, sy jadi insecure. Kdg2 rs mcm nak cari org lain pun ada. Tp sy tiada kwn lelaki lain sbb sy bknlah jenis yg berkawan dgn lelaki. Sy harap ustaz dpt membantu. Kami pun bukanlah muda lg, sy sudah 26 dan dia 30. Sy agak stress juga sbb blum dpt kerja tetap lagi, ade kwn laki pun mcm ni. Kadang2 sy rs jeles tgk kwn2 yg dh bertunang /kahwin/ada baby. Apakah yg patut sy lakukan? Sy mohon nasihat dan pandangan supaya hati dan fikiran ini lebih tenang.

~azeera.

Kita nak cari seseorang yang sempurna tu memang jangan harap la. Sebab manusia ni memang diciptakan dengan kelebihan dan kekurangan masing2. Tujuan dijadikan kekurangan itu agar pasangannya dapat melengkapi kekurangan tersebut.

Bab merokok ni memang kebanyakan perempuan tak suka lelaki yg merokok, kecuali la perempuan tu sendiri seorang perokok. Ia bukan setakat membahayakan kesihatan, bahkan ia memberi gangguan dan penyakit kepada orang sekeliling. Sekalipun rokok dihisap di luar rumah, baunya masih lagi boleh dibawa ke dalam rumah.

Kita punya pilihan untuk meneruskan perhubungan sehingga akad nikah, atau memutuskan di pertengahan jalan. Kita jangan terkesan dengan alasan2 umur dah lanjut, susah nak jumpa lelaki baik, kita tak cantik dsb untuk memaksa diri menerima orang yang kita tak suka. Jangan biarkan emosi menguasai akal kita dalam memilih calon hidup. Biarlah kita buat pilihan betul2 setelah kita mempertimbangkan banyak perkara.

Kalau saudari tak boleh nak ubah pandangan saudari terhadap lelaki yg merokok, maka saudari kena berterus-terang dengan lelaki  tersebut. Jika betul beliau sayangkan saudari, dia boleh ubah tabiatnya itu sekelip mata. Bak kata orang tua, hanya memerlukan sehari saja bagi seorang wanita untuk mengubah tabiat 100 tahun seorang lelaki (kata orang tua ni Ustaz Love reka sendiri.. kiki). Jika beliau masih lagi sayangkan tabiat buruknya itu, pada pandangan Ustaz Love, biarkan saja dia berkahwin dengan tabiat buruknya itu, sebab ia bukan sekadar tabiat buruk macam korek hidung di khalayak ramai, kentut merata2 dsb yg tiada kesan dari sudut kesihatan, sebaliknya tabiat merokok itu sendiri membahayakan kesihatan dan telah difatwakan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

Bab dia sebut nak kahwin dua tu, bagi Ustaz Love itu hanyalah angan2 kebanyakan lelaki. Bahkan, kebanyakan daripada mereka juga memang takut bini. Jangan kata nak nikah dua, nak berbincang isu poligami pun mereka tak berani. Setakat cakap2 ni, Ustaz Love pun boleh cakap.. kiki..

Namun, kalau betul beliau berhasrat nak kahwin dua pun, takde masalah. Tak perlu rasa insecure sebab itu memang keharusan yang diberikan oleh syarak kepada suami. Sebaiknya, pada waktu ini, saudari sendiri kena mempersiapkan diri dengan ilmu2 rumahtangga agar dapat memberikan khidmat terbaik sebagai isteri kepada suami bila dah bernikah nanti. Bila performance saudari sebagai seorang isteri tip-top, insyaAllah suami akan pikir banyak kali kalau nak tambah lagi satu. Mereka pun faham bukan senang nak handle seorang wanita yang bergelar isteri, apatah lagi kalau dua orang isteri.. mau kepala botak sebelum tiba masanya.. kiki..

Saudari jangan stress2 sangat.. tentukan apa masalah saudari yg paling utama pada waktu ini, dan cuba selesaikan satu persatu. Kalau saudari stress sebab tak dapat kerja tetap, maka fokuskan usaha dan doa agar dapat mencari pekerjaan tersebut. Selepas itu, baru fikirkan persoalan nak kawen.. Kalau saudari rasa persoalan kawen itu lebih besar, maka fokus yg itu dulu.. jangan campur aduk banyak sangat masalah, nanti jadi serabut. Biarlah orang lain nak ada anak ke, nak ada mak mertua ke, kita jangan terburu2 nak ikut jejak langkah mereka.. sbb dalam perkahwinan ni, kita tak boleh ikut2 orang.. isu orang kawen ni lagi besar daripada isu orang bujang..

Jalan terbaik, saudari buatlah istikharah sehingga hati saudari dapat tetap dan bulat dalam membuat pilihan. Semoga Allah memberikan jalan terbaik kepada saudari untuk memilih jodoh yang akan dibawa bersama sampai ke syurga.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Comments

Add a Comment
  1. Pada pendapat saya, kalau lelaki yg merokok ni x dpt hidayah, rasanya sampai ke mati lah dia dgn tabiat buruk ni. Cthnya suami saya…jgn harap lah nk berhenti merokok sampai kdg2 saya rasa sgt kecewa. Jika dpt diputarkn masa ke zaman silam, mmg sy x akan ulangi kesilapan memilih suami seorang perokok.

    1. semua bermula dengan diri sendiri.. orang sekeliling hanya mampu jadi pendorong dan penyokong saja.. banyakkan berdoa..

    1. ada yg mampu nak ubah tabiat, ada yg cuma mampu berjanji nak ubah tabiat.. ikut nasib kita la dapat yg mana satu 😀

  2. setuju ngan hujah ustaz yg kte x bleh follow org laen bab kawen ni..xleh jadikan fktor umo sbg alasan kena kawen cpt..bnyk fktor harus diambil kira..

  3. Suami saya sblm kahwin hisap rokok gak tapi x kuat sangat tapi masa nak couple dah bg syarat kalau hisap rokok depan saya ker atau tau dia hisap rokok blkg ker saya mtk putus..sib baik dia sayang sangat saya dan alhamdullilah sejak tu x pernah nampak dia hisap rokok pun

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme