I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Suruh Atau Ajak?

salam ustaz, apa yang boleh saya buat kalau suami marah2 saya balik bila saya suruh dia solat? kadang2 berdentam-dentum marahnya sampai terkeluar “sembahyang susah, x sembahyang susah”. istighfar saya.. kadang-kadang saya sampai berniat x ada anak lagi bagus, sebab suami x dpt jd imam yg baik dlm kluarga. (dah kawen >4 thun, tp blm dkurnikan zuriat). buntu memikirkan bagaimana nk lembutkan hati suami yg sgt keras tu.

~ah kent.

Dalam menegur, ada banyak kaedah yang boleh digunakan.. nak makan nasik pun kita belajar macam2 ilmu (ilmu makan pakai tangan, makan pakai sudu garfu, makan pakai chopstick, makan pakai mata dsb), apatah lagi bab nak belajar menegur ni.

Terus-terang Ustaz Love katakan, untuk mendapatkan hikmah (bijaksana) dalam menegur ini, tiada ilmu tertentu yang boleh diamalkan.. dan tiada golongan tertentu yang hanya mereka saja yang layak mendapat hikmah ini.. Hikmah adalah pemberian Allah hasil daripada usaha yang dilakukan secara istiqamah.

Seorang yang tidak pernah mengajak orang melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran, bagaimana mungkin beliau akan dapat berhikmah dalam perkataan dan perbuatannya sedangkan beliau tiada pengalaman melakukan perkara itu sebelum ini? Begitu juga seorang yang telah lama berkecimpung dalam bidang dakwah, namun tidak menggunakan akalnya untuk berfikir kaedah terbaik, maka pengalamannya yg lama itu juga tidak dapat membantu beliau untuk menjadi seorang yang berhikmah dalam dakwahnya. Ia akan menjadi perkara rutin yang suatu hari nanti, beliau akan berasa bosan dan seterusnya meninggalkan pekerjaan tersebut.

Sebab itulah, dalam melakukan apa jua pekerjaan, kita kena banyak berfikir. Fikirkan cara terbaik. Fikirkan kaedah terbaru. Fikirkan tindakan yang berkesan. Fikirkan risiko sesuatu tindakan. Fikir.. fikir.. dan fikir..

Ustaz Love sendiri tak pandai nak tunjukkan cara yang paling berhikmah (bijaksana) sebab Ustaz Love sendiri bukanlah ahli hikmah (walaupun selalu dok perasan menegur orang secara hikmah). Puan banyakkan berzikir dan berdoa kepada Allah semoga ditunjukkan cara terbaik untuk menegur suami tersebut.

Cuma, secara umumnya, seorang lelaki bergelar suami ni memang ada egonya yang tersendiri. Antara keegoan suami yang sangat susah nak dibuang adalah tidak mahu nampak rendah di mata isteri serta keluarga sendiri. Seorang suami itu dianggap sebagai ketua dalam keluarga. Sebarang kelemahan yang terzahir dan ditegur pula oleh isteri atau anak, ia akan memberikan suatu tanggapan bahawa dirinya itu sedang dihina dan kelemahannya sedang dibuka. Cara terbaik yg boleh suami fikirkan kebiasaannya dengan menggunakan kuasa lelakinya seperti marah2, memaki-hamun, bersikap kasar, mengabaikan tanggungjawab dsb.

Berdasarkan pengalaman hidup Ustaz Love yang baru setahun jagung ni, sesetengah orang kadang2 merasakan dirinya dah buat sehabis baik dah untuk menegur seseorang.. isteri kata dah tak larat dah nak tegur suami.. mak ayah kata dah berbuih mulut tegur perangai anak.. majikan kata dah habis daya dah nak tegur pekerja.. orang kelantan kata dah habis tey dah tegur.. namun, bila diteliti balik, takde la sungguh mana pun usaha tu.. bak kata pepatah, “Bagaikan melepaskan kentut di tangga”..

Kadang2 kita menganggap yang kita menegur cara baik, tapi kita tak sedar nada dan perkataan yg kita gunakan itu bukan suatu bentuk teguran, tapi satu bentuk sindiran. Menegur ketika sedang marah atau menahan perasaan dan emosi, akan menyebabkan lahirnya perkataan2 yang kita tak jangkakan. Lain kita rancang nak cakap, lain plak perkataan yang keluar. Kadang2, perkataan yang kita gunakan dah betul dan tepat, tapi orang yang mendengar plak silap tafsir dan jadi silap faham. Begitulah sifat manusia. Untuk berbalah, ditemui pelbagai kaedah dan cara, tapi untuk berdamai, satu cara pun tak mampu nak cuba.

Ustaz Love cadangkan agar puan berbincang dengan suami tentang perkara ini. Perbincangan itu tak semestinya untuk menghasilkan natijah dalam masa yang singkat. Mungkin kali pertama berbincang, suami tak respon.. atau memberikan respon yg biasa (seperti marah2 dsb). Dalam hal ini, puan kena banyak bersabar. Sikap suami yang telah menjadi darah daging selama hidupnya, tidak semudah itu untuk diubah dalam sekelip mata. Adalah lebih baik perubahan itu berlaku secara perlahan2. Percayalah, kalau hari ini beliau berubah serta-merta, esoknya beliau akan kembali melakukan tabiat lama.

Puan kena buangkan terus keyakinan yang beranggapan suami itu berhati keras. Siapa kita untuk menilai hati orang lain, sedangkan hati kita sendiri pun kadang2 berbolak-balik pegangannya. Bila kita ada perasaan sangka baik, insyaAllah, kita akan sentiasa berkeyakinan akan wujudnya harapan. Bila kita rasa ada harapan, maka kita takkan berhenti berusaha sekerat jalan.

Di samping itu, puan juga boleh mempraktikkan kaedah mengajak berbanding kaedah menyuruh. Kebanyakan orang lelaki tak suka diarah2 atau disuruh2. Bahkan wanita juga tak suka disuruh2. Pondan pun tak suka disuruh2 juga. Sesiapa saja tak suka disuruh2 untuk melakukan sesuatu. Namun, jika diajak untuk melakukan sesuatu, besar kemungkinan mereka akan rela walaupun terpaksa (paksarela).

Macam kita suruh suami basuh pinggan, suruh suami basuh baju, suruh suami basuh punggung anak, suruh suami buat itu buat ini, maka apa tanggapan orang yang mendengar cerita sang suami disuruh isterinya melakukan itu ini? Sudah tentu orang akan terus terjah dengan mengatakan si isteri itu queen-control. Begitu juga kalau suami suruh isteri lakukan itu ini, begitu begini, orang akan nampak suami itu memperhambakan isterinya.

Jika isteri menyuruh suami masuk tido (macam suruh anak2 masuk tido), mungkin perkara sekecil itu akan menyebabkan pertengkaran.. sbb suruhan itu memberi maksud suami kena masuk tido sorang2. Sedangkan jika isteri menggunakan pendekatan mengajak masuk tido, insyaAllah, laju je suami akan masuk.

Jika isteri dah selesai solat, dengan bertelekung dan muka berkerut, kemudian menyuruh suaminya solat, mungkin suami akan rasa isteri itu sedang menghina atau menyindirnya.. seolah2 isterinya terlalu membesarkan kelemahannya. Namun, jika isteri mengajak suami untuk sama2 solat berjemaah, peluang suami untuk sama2 bersolat itu insyaAllah lebih cerah. Beliau akan rasa dihargai sbb isterinya sanggup menunggunya bersiap untuk sama2 bersolat.. kecualilah kalau suami itu sendiri tak pandai nak jadi imam solat, memang la beliau akan naik angin kalau isteri menyuruhnya menjadi imam. Macam orang yang tak pandai memasak, disuruh memasak.. mula2 sekali reaksi yang akan keluar adalah perasaan sebal dan rasa nak marah.. itu belum lagi kalau ada orang tegur rasa masakan yang tak sedap, laju je mulutnya akan menyalahkan orang yg menyuruhnya tadi.

Puan sendiri lebih memahami tahap agama suami itu macam mana. Jangan terlalu memaksa pada perkara yg menjadi kelemahannya, sebaliknya sentiasa cari jalan untuk memberi galakan dan dorongan untuk beliau memperbaiki diri. Mungkin permulaannya puan mengajak beliau sama2 menonton dvd ceramah (contoh ceramah Ustaz Azhar Idrus ke, Ustaz Kazem Elias ke) . Bila beliau dah mula tertarik, puan ajak pula beliau untuk sama2 solat berjemaah di masjid terutama ketika ada kuliah2 agama (waktu Maghrib, Isyak dan Subuh). Lama kelamaan, insyaAllah, beliau sendiri akan tergerak untuk menjadi imam solat bagi keluarganya sendiri.

Perubahan itu memerlukan masa.. maka, puan kena bersyukur kerana mendapat suami yang baik, sekalipun bukanlah seorang yang terbaik. Bayangkan puan dapat seorang suami yang kaki masjid, tapi beliau juga seorang kaki pukul isteri.. lagi susah nak ubah tabiat tu.

Dalam pada puan berusaha mengajak beliau untuk melakukan sesuatu ibadah bersama2, puan kena banyakkan berdoa semoga Allah melembutkan hati suami. Tiap2 malam puan kena buat solat hajat dan solat tahajjud, menangis2 berdoa pada Allah, kerana hanya Allah yang memiliki hati hambaNya. Bila2 masa Dia boleh melembutkan hati manusia dan mengubah akhlaknya menjadi sebaik2 manusia.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Comments

Add a Comment
  1. Assalamualaikum ustaz… Sya ingin meminta pandangan dan nasihat ustaz terhadap masalah yang saya hadapi. Saya telah berkawan dengan seorang sejak 5 thun yg lalu. Dalam jangka masa tersebut, dia ada meluahkan perasan bahawa dia ingin mengenali saya dengan lebih rapat lg. Tetapi saya tidak bersedia lagi untuk bercinta dengan sesiapa pada masa itu sebab saya ingin memberi lebih tumpuan pada pelajaran dan kerjaya. Sejak itu saya mula menjauhkan diri daripada dia namun masih mengekalkan hubungan sebagai kawan. Selepas beberapa bulan, hati saya mula terdetik untuk mengenali dia dengan lebih rapat sebab saya merasa bahawa ada sesuatu yang membuat hati saya tertarik pada dia dan pada tahun lalu saya mengambil keputusan untuk memberitahu dia. Namun, saya terlambat dan tidak kesampaian untuk meluahkan isi hati saya kerana dia telah pn berkahwin. Saya merasa sangat sedih dan kecewa kerana saya mempunyai rs syg yg amat sgt terhadap dia dlm diam. Saya tidak sangka benda mcm ini akan terjadi. Namun Allah maha merancang dan saya kuatkan hati dan saya gembira kerana dia telah berkahwin dgn seorang yg baik. Selepas itu, Ntah kenapa saya tidak boleh mnyembunyikan perasaan syg pada dirinya dan saya bertindak untuk meluahkan perasaan kepadanya. Sejak itu, kami mula rapat balik. Dia menyesal kerana terburu2 dlm membuat keputusan utk berkahwin kerana dia rasa wanita tersebut tidak seiring denganya. Tapi sebagai seorang suami dia tetap menjalankan tanggungjwb dan tidak mengabaikan isterinya sama sekali. Pada masa yg sama, dia sgt menyayangi saya. Ntah dimana kesilapan kami, kami lalai dengan godaan syaitan sehingga terlanjur. Saya sedar saya telah melakukan kesalahan dgn mnjalinkan hubungan dgn suami org dan dia juga mnyesal dengan perbuatan ini. Kami tidak tahu apa yang patut kami lakukan. Demi Allah, saya terlalu menyayanginya dan dia pn mempunyai perasaan yg sama. Saya tidak sanggup untuk meninggalkannya dan Saya ingin menjadi yg halal untuknya dan dia juga inginkan perkara yg sama tetapi dia tidak berani untuk memberitahu hal ini kepada isterinya kerana takut dia akan meminta cerai. Dan dia juga tidak mahu perkara seperti itu berlaku. Dia inginkan saya tetapi dia buntu dan tidak tahu cara untuk memberitahu isterinya mengenai hal ini. Saya sangat terdesak dan bimbang mengenai perkara ini kerana ia membabitkan hidup saya. Masing2 inginkan perkara yg baik berlaku namun tidak tahu cara untuk memberitahu isteri dan keluarganya mengenai hal ini. Saya tidak pernah berhasrat untuk merosakkan rumah tangganya dan saya hanya mahu untuk menjadi sebahagian daripada hidupnya. Saya risau dan ingin meminta pandangan dan nasihat ustaz bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah ini dengan baik.

  2. As salam ustaz, saya ada masalah yang agak rumit bagaimana untuk saya menghantar e-mail kepada ustaz. Terima kasih

  3. Sekadar nak kongsi buah fikiran.

    Kalau saya, saya akan cuba dakwah secara tak langsung. Orang yang kurang iman memang akan kata benda-benda macam “sembahyang pun hidup susah jugak.” Orang yang tak rasa manisnya iman dia tak akan faham yang solat bukan untuk jadi senang kat dunia. Jadi Biarkan saja dia dan kita ubah taktik kepada tegur dengan bahasa senyap. Contohnya, letakkan buku-buku agama dalam rumah kita. Letak kat tempat dia berehat lagi bagus. Paling bagus cuba letakkan buku yang berkisar tajuk tentang syurga. Contoh lain ialah; sekarang ni dah ada bacaan al-Quran bersama terjemahannya. Cari dan download saja dari internet. Masa kita memasak dan dia ada kat rumah kita pasang kat dapur. Konon-kononnya kita yang nak dengar. Tentu dia yang ada kat ruang lain pun terdengar jugak. Lagipun kalau kita pregnant, kita dengar al-Quran dan terjemahannya dan iman kita bertambah, anak dalam kandungan kita turut dapat manfaat juga. Iman seorang anak tak dapat nak diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa. Begitu jugaklah sebaliknya. Tengok nabi Nuh a.s apa jadi pada anaknya. Tengok juga nabi Ibrahim a.s apa yang ayahnya buat masa nabi Ibrahim a.s cuba dakwah pada dia. Tengok juga Abu Lahab, apa yang dia buat pada nabi Muhammad s.a.w. Sabar dan bersikap belas kasihan adalah antara kuncinya. Sabar sebab kita kena tahan sikap dia. Kasihan sebab dia masih belum dapat menguasai ujian yang Allah bagi pada dia. Insya Allah, kalau Allah nak bagi hidayah tu, kita akan nampak perubahan yang positif.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme