I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Ikut Nafsu Lesu, Ikut Rasa Binasa

Assalamualaikum ustaz…

Sya ingin meminta pandangan dan nasihat ustaz terhadap masalah yang saya hadapi. Saya telah berkawan dengan seorang sejak 5 thun yg lalu. Dalam jangka masa tersebut, dia ada meluahkan perasan bahawa dia ingin mengenali saya dengan lebih rapat lg. Tetapi saya tidak bersedia lagi untuk bercinta dengan sesiapa pada masa itu sebab saya ingin memberi lebih tumpuan pada pelajaran dan kerjaya. Sejak itu saya mula menjauhkan diri daripada dia namun masih mengekalkan hubungan sebagai kawan. Selepas beberapa bulan, hati saya mula terdetik untuk mengenali dia dengan lebih rapat sebab saya merasa bahawa ada sesuatu yang membuat hati saya tertarik pada dia dan pada tahun lalu saya mengambil keputusan untuk memberitahu dia. Namun, saya terlambat dan tidak kesampaian untuk meluahkan isi hati saya kerana dia telah pn berkahwin. Saya merasa sangat sedih dan kecewa kerana saya mempunyai rs syg yg amat sgt terhadap dia dlm diam. Saya tidak sangka benda mcm ini akan terjadi. Namun Allah maha merancang dan saya kuatkan hati dan saya gembira kerana dia telah berkahwin dgn seorang yg baik.

Selepas itu, Ntah kenapa saya tidak boleh mnyembunyikan perasaan syg pada dirinya dan saya bertindak untuk meluahkan perasaan kepadanya. Sejak itu, kami mula rapat balik. Dia menyesal kerana terburu2 dlm membuat keputusan utk berkahwin kerana dia rasa wanita tersebut tidak seiring denganya. Tapi sebagai seorang suami dia tetap menjalankan tanggungjwb dan tidak mengabaikan isterinya sama sekali. Pada masa yg sama, dia sgt menyayangi saya. Ntah dimana kesilapan kami, kami lalai dengan godaan syaitan sehingga terlanjur. Saya sedar saya telah melakukan kesalahan dgn mnjalinkan hubungan dgn suami org dan dia juga mnyesal dengan perbuatan ini. Kami tidak tahu apa yang patut kami lakukan. Demi Allah, saya terlalu menyayanginya dan dia pn mempunyai perasaan yg sama. Saya tidak sanggup untuk meninggalkannya dan Saya ingin menjadi yg halal untuknya dan dia juga inginkan perkara yg sama tetapi dia tidak berani untuk memberitahu hal ini kepada isterinya kerana takut dia akan meminta cerai. Dan dia juga tidak mahu perkara seperti itu berlaku. Dia inginkan saya tetapi dia buntu dan tidak tahu cara untuk memberitahu isterinya mengenai hal ini. Saya sangat terdesak dan bimbang mengenai perkara ini kerana ia membabitkan hidup saya. Masing2 inginkan perkara yg baik berlaku namun tidak tahu cara untuk memberitahu isteri dan keluarganya mengenai hal ini. Saya tidak pernah berhasrat untuk merosakkan rumah tangganya dan saya hanya mahu untuk menjadi sebahagian daripada hidupnya. Saya risau dan ingin meminta pandangan dan nasihat ustaz bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah ini dengan baik.

~sha.

Kebaikan tidak akan didapati melalui cara yang tidak baik. Dan sangat susah untuk memperbaiki apa yang rosak berbanding memulakan sesuatu yang baru.. kerana sekalipun kerosakan itu telah diperbaiki, ia tetap tidak akan sama seperti dulu lagi. Sebab itu kalau nak baiki jalan, kena turap tar yang baru. Itu lebih mudah dan murah berbanding menampal jalan yang akan berlubang berkali2 dan akan meningkatkan kos penyelenggaraan.

Dalam kes saudari ni, isu nafsu memainkan peranan yang penting sehingga menghilangkan kewarasan akal untuk berfikir. Jika saudari dan lelaki itu dapat mengawal nafsu, insyaAllah, saudari akan punya masa untuk berfikir.. sebab perbuatan zina itu bukan berlaku secara automatik dan tak mampu dielakkan, sebaliknya ia memerlukan usaha untuk berlakunya perzinaan itu.

Pada pandangan Ustaz Love, saudari mungkin mengalami satu keadaan yang dipanggil ‘mengkelan’ (dalam bahasa Kedah) atau ‘ralat’ dalam bahasa standard. Saudari rasa ralat dengan diri sendiri disebabkan menolak lamaran lelaki tersebut suatu ketika dulu sehingga saudari rasa perlu menebusnya, dan bila sampai ke kemuncaknya, berlakulah perzinaan. Lelaki itu rela je berzina sebab kerosakan tak berlaku pada dirinya, sebaliknya saudari la yang akan menanggung kerosakan yang besar akibat zina ni. Hilang dara, itu dah pasti.. hilang maruah dan harga diri, hilang keyakinan diri, hilang waras dsb.

Bila dah berzina, ia takkan berhenti setakat tu saja.. perbuatan dosa ini, seperti kebanyakan perbuatan dosa yg lain (spt berjudi, minum arak, menagih dadah dsb) akan sampai ke satu tahap iaitu menjadi gian. Bila dah gian, sehari tak dapat, otak dah tak dapat nak memikir, akal hilang kewarasan, hormon jadi tak seimbang.. akhirnya terjebak dalam perbuatan tersebut untuk sekian lama.

Apa pun yang saudari rancangkan, saudari perlu memulakannya dengan bertaubat nasuha atas perbuatan zina itu. Sepatutnya saudari kena lebih takutkan azab akibat melakukan zina daripada terlalu memikirkan persoalan nikmat perkahwinan. Kalau esok saudari dah rancang untuk bernikah, tapi hari ni saudari dah jadi arwah, apa hasilnya? Jadi, nasihat Ustaz Love, saudari lupakan dulu soal nak kawen tu.. saudari fokuskan pada taubat.. banyakkan istighfar dan banyakkan bersedekah.. sehinggalah saudari dah dapat mengawal nafsu dan perasaan, maka ketika itulah baru saudari fikir untuk membuat perancangan.

Saudari punya pilihan untuk berusaha, tetapi saudari kena yakin bahawa Allah itulah penentunya. Jangan sampai tenggelam dalam usaha saudari untuk berkahwin dengan lelaki tersebut, sehinggakan saudari menjadikannya matlamat hidup. Itu yang menjadi masalah kebanyakan pasangan bercinta, yang bercinta sehingga melupakan Allah dan batasan agama.. akhirnya, bila dah putus hubungan, nyawa beliau juga cuba nak ditamatkan.

Bila saudari perhati dalam2 kes ni, saudari akan nampak yang lelaki itu sebenarnya bukanlah bersungguh2 pun untuk mengahwini saudari. Jika betul beliau bersungguh2, beliau akan memulakan langkah ke arah itu (tak kira la sama ada di mendapatkan persetujuan isteri untuk berpoligami, ataupun bernikah di sempadan ke) dan bukannya dok diam2 lepas tu cakap “takut isteri mintak cerai”. Orang yang duduk diam dalam rumah mak ayah, kemudian bercakap dengan orang sekeliling betapa susahnya nak mencari kerja, maka orang itu bukanlah bersungguh2 nak bekerja, sebaliknya cuma memberikan alasan sebab beliau dah selesa dengan cara hidup macam tu.

Pilihan ada di tangan saudari.. sama ada nak drag masalah ni sampai tua, ataupun nak putuskan masalah ni dan bina kehidupan yang baru. Saudari jangan buang masa menunggu lelaki yang takde pendirian. Kalau dia dah kata yang isterinya itu tak sefahaman dengan dirinya, kenapa beliau perlu takut kalau isterinya meminta cerai? Bukankah itu lebih memudahkan hidupnya dan juga hidup isterinya? Nyatalah, ada sesuatu yang beliau sembunyikan dan apa yg keluar daripada mulutnya itu adalah semata2 ayat2 manis untuk menawan hati saudari.

Ustaz Love bukanlah nak suruh saudari putuskan hubungan dengan lelaki itu. Ustaz Love cuma bagi pandangan. Bagi Ustaz Love, saudari tak perlu menjadi tua dengan menghabiskan masa memikirkan macam mana nak selesaikan masalah yg susah untuk diselesaikan. Saudari memang la tak kisah nak jadi madu sbb bukan saudari yang dimadukan. Kita tak kisah sangat nak menumpang kat rumah orang, tapi kita mungkin akan kisah kalau orang nak menumpang di rumah kita. Sebab itu nak berkahwin 2 itu lebih susah daripada nak berkahwin 3, sbb susahnya nak minta izin isteri pertama.

Saudari kena bertegas.. jangan biarkan perasaan cinta dan sayang saudari itu menghanyutkan diri saudari daripada realiti kehidupan. Beri kata dua kepada lelaki itu sama ada untuk berkahwin, atau putuskan saja hubungan. Jika beliau masih memberi alasan, saudari dah boleh start packing barang dan berambus daripada hidupnya. Ramai lagi lelaki yg baik di luar sana sedang menunggu saudari untuk menjadi jodohnya.

Semoga Allah beri kemudahan kepada saudari untuk membuat keputusan. Jangan tersilap pilih, kelak menyesal sepanjang hayat.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment
  1. lelaki tersebut memang sesungguhnya bukanlah lelaki yang baik… macamana kalau dah kawin nanti, ada plak wanita lain yg menuntut janji dengan dia, dah tergugat lagi iman dia… susah kendia hari dapat lelaki camni
    MR recently posted..Telekung Chomel : Kaka & InsyirahMy Profile

  2. Semak lah dapat laki mcm ni ehh kalo sy lah jdi kat tempat awk pompuankan lama dh sy tinggalkan laki mcm tu xyah jdi kwn terus buang dia dri idup kita, awk tu girl sy thu awk jiwa kosong sbb tu lah gatal pi cari laki tu kononya atas dasar sayang..xyah lah kata syg mulut je kata syg tpi hati x..ya allah xtau lah kata apa..

  3. Assalam ustaz,

    Sy sgt perlu pandangn ustaz. Saya telah terlanjur bbrp kali dengan bebapa lelaki semasa tgl di luar negara. Saya telah gagal dalam percintaan lebih dari 10 kali. Saya hilang dara pada usia 29 thn, kerana saya sgt kecewa dgn hidup. Dan merasakan mungkintiada jodoh saya didunia ini. Very silly and impatient of me.

    Saya akhirnya meninggalkan negara tersebut dan pulang ke tanah air apabila mengenalinseorang lelaki yg ikhlas ingin berkahwin dgn saya. Beliau mengaku dia suami org dan isterinyer membenarkan dia berpoligami. Atas sebab itu saya berani untuk mencintai lelaki ini. Kerana sebelum itu, saya telah dua kali dilamar unutk menjadi isteri kedua.ttp sy tolak kerana isteri pertama tidak tahu.

    Setelah saya kembali ke tanah air, dan meninggalkan karier saya di luar negara. Saya diperkenalkan kepada isteri pertamanya tetapi sebagai adek angkat. Kemudian, saya sedar beliau tidak memberitahu isterinya lagi mngenai hasratnya utk mengahwini saya. Sya rapat dengan isterinya dan anak2 nya. isterinya menemani saya bercuti di luar negara dan saya juga bercuti bersama mereka sekeluarga selepas itu.saya rasa seperti seorang penipu besar.

    Isteri dan anak2 nya menziarah saya dan keluarga semasa hari raya tetapibeliau tidak hadir sama.saya tahu dia takut bercakap benar pada isterinya. Alasan beliau- belim tiba masa.Isteri beliau juga seorang professional. Kedua ibu bapa saya tidak mengizinkan saya menjadi isteri kedua ie. mengambil suami org.

    Lelaki tersebut cuba untuk bertemu dgn ibu saya secara berseorangan tetapi ibu tidak mahu bertemu dengannya. Bapa juga tidak melayan isteri dan anak2nya semasa mereka menziarah. Ini kerana, kakak sulong saya telah dimadukan dan abg ipar saya tidak bertanggungjwb.

    Lelaki ini saya rasakan ikhlas untuk menjaga saya adan dpt membimbing saya. Kerana dia memaksa saya meninggalkan hidup lama saya dan pulang. Kerana dia tahu, saya tidak akan berubah jika terus tgl di sana. Ini setelah saya diberikan peluang kedua kerana saya telah membetraynya dengan masih berzina dgn lelaki2 tersebut walaupun menjadi kekasih jarak jauh lelaki tersebut.Saya sudah bertaubat skrng. Saya memohon ampun di multazam.

    Soalan saya :
    1. Adakah ustaz rasa lelaki ini benar2 ingin menikahi saya
    2. Ibu saya tahu kedudukan saya, dan beliau menuduh lelaki tersebut menangguk dia air keruh. Apa andangan ustaz menganai soal ini. Yer isteri pertama beliau juga seorang professional dan bergaji 5 angka sebulan. Beliau seorang ahli perniagaan kecilan. Not monthly basis, hence the wife is the main income generator.
    3. Bagaimana caranya saya nak approach kedua ibu baoa saya.
    4 ustaz rasa, patut ker saya teruskan sbb jika tidak saya mahu pulang ker tmpt lama saya kerana saya ada kehidupan dan karier di sana.

    I am helpless ustaz.

  4. Asalamualaikum ustaz,

    saya ingin bertanya. saya ni ada penyakit kuat cemburu ke apa saya tak tau.. saya dan suami sama2 bekerja. Gaji pun lebih kurang sama banyak.. jadi saya dan suami sama2 membayar duit kereta, duit rumah, duit upah mengasuh, dan lain2 lagi. Pendek kata kami gabung duit gaji kami untuk perbelanjaan setiap bulan. Baki dari bayar semua tu barulah dapat guna utk pegi dinner kat luar, atau shopping benda yg masing2 nak. saya takde masalah dengan semua tu.

    tapi yg saya ralat sikit bila adik suami saya datang.. dia ni jenis suka keluar merata2, Singapore pun sampai. Saya sendiri tak pernah ke Singapore..haha. Macam mana spending dia saya tak tau lah, tapi saya ralat sebab dia suka mengepau abang dia (iaitu suami saya). Mintak belanja makan, belanja apa2 saje yg dia sempat mintak. Kadang tu saya dah plan habis dah nak spending banyak mana sebab saya ni jenis ikut budget.. tiba2 bila dia ada, spending tu kena kira balik. Tarik duit saya sikit, tarik duit suami sikit. Kadang tu saya rasa mcm suami lebih pentingkan adik dia sendiri pun ada jugak. Adik dia mintak, senang betul dia nak bagi. Kadang tu saya kena slow talk dgn suami utk pertimbangkan (demi spending kami dan survival bulan tu..cewah) Pernah adik dia puasa ganti, kami baru balik kerja dia terus request kat abg dia nak berbuka air kelapa. Saya berkecik hati jugak sbnrnya sbb saya pernah mintak masa sy mengandung dlu, dua tiga alasan jugak yg keluar i.e dah selalu minum. Ni adik dia mintak, terus nak pegi. Dah tak kisah penat ke tak naik tangga (rumah sewa kami tingkat 5, flat).

    Adik2 suami saya ni semua benda nak abang dorg tanggung. Pergi waterpark kat Kedah haritu, masing2 ada duit tapi buat muka selamba nak abg diorg bayarkan. Saya dah terkial2 dok kira duit baki. Geram ni ustaz. Lepas peristiwa tu je, kami balik pulak ke rumah mak saya dan stay sampai 3-4 minggu (sebab pengasuh anak saya pegi umrah). Nasib baik mak saya ada, sebab kami memang dah tak de duit nak buat apa2 langsung. Baki dalam akaun bank saya adela RM19, itupun kena tolak sebab annual fee bank, RM8. Sudah2 tinggal RM11 je. Sadisnya ustaz saya penat kerja jugak macam suami tapi spending semua atas benda suka2 (belanja tak penting), waktu awal bulan pulak tu. Tak mati pun kalau tak mandi kat waterpark tu..nak je saya cakap gitu tapi saya diam je la takut suami kecik hati.

    Kesimpulannya adik2 ipar saya ni suka menambah perbelanjaan suami saya (directly kena kat saya jugak). Kalau boleh part time dah lama saya buat ustaz, jual berger ke..hehe. Tapi saya ni bini orang. Suami saya ni terlaluuu berlembut pada adik2 dia. Bapak mertua saya hidup lagi, jadi saya tak faham kenapa suami saya beriya2 sgt nak gembirakan adik2 dia walhal bapak mertua saya bukannya kurung dorg kat rumah pun. Bila cuti bawak je jalan2.. hish. Saya betul2 tak faham.

    Saya cemburu tak bertempat ke apa ni ustaz?
    Mohon pandangan & pencerahan. TQ~

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme