Salam…
Pukul 11.30 pagi tadi, PM kesayangan kita akhirnya telah membubarkan Parlimen dengan jayanya setelah sekian lama bermain teka-teki dengan tarikh pembubaran. Selaras dengan pembubaran itu, bermulalah musim kempen pilihanraya sebelum tiba tarikhnya untuk mengundi.
Pilihanraya kali ini dijangka akan berlangsung dengan sengitnya. Jika dulu kita cuma bergantung dengan kempen arus perdana (TV, surat khabar, banner, bunting dsb), kali ini kempen akan berjalan dengan rancaknya melalui media2 sosial terutama facebook, twitter dan blog. Pelbagai taktik dan propaganda akan digunakan demi meraih dan merayu undi para pengundi. Ada kempen air mata, ada kempen membangkitkan semangat, ada kempen fitnah, ada kempen lucah, ada kempen air liur, kempen telur.. macam2 ada..
Walau apa pun kaedah yang kita gunakan untuk berkempen, pastikan kita tak melampaui batasan dalam menyebarkan maklumat. Jangan menjadi ejen menyebarkan fitnah, ejen video lucah, ejen maki hamun dsb sehingga menyebabkan kita bakal menyesal di akhirat nanti (walaupun berasa sangat puas hati dapat mengenakan orang di dunia ini).
Sebarkanlah idea perjuangan, dan bukannya isu politik peribadi.. sbb pemimpin ini tugasnya memberikan manfaat untuk rakyat, dan bukannya mengambil manfaat untuk diri sendiri dan tahinya dicuci oleh rakyat. Biarkanlah mereka2 yang tiada ingatan berkaitan hari kematian, sebab mereka juga yang akan menanggung akibat perbuatan tangan mereka sendiri. Sebaliknya, jagalah tangan kita agar tidak menulis seperti orang yang tak ingat pasal mati.
Selain berkempen secara fizikal, ada perkara yang lebih utama daripada itu, iaitu berdoa. Kuatkan amal dan banyakkan doa. Jangan hanya nampak gah di mata, tapi lemah di hati. Yakinlah dengan kekuatan doa, kerana Allah akan memakbulkan doa orang yang meminta kepadaNya.
Ustaz Love ucapkan selamat berkempen buat semua, tak kira yang pro-BN mahupun yang pro-PR.. tak terkecuali yang pro-Bebas. Semoga Allah memberikan kemenangan kepada yang berhak. InsyaAllah, amin..

jom berjuang!
mz recently posted..Cerita ‘segar’ dari bumi asing
Semoga Allah memberi kemenangan kepada yang berhak dan adil memimpin negara Islam Malaysia ini. Amin..