I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Trauma Kematian Kekasih

Assalamualaikum ustaz,

saya ada seorang kawan bernama sara (bkn nama sbnr) .Dua thun lepas sara ni ada kehilangan kawan nya juga bernama ahmad(bkn nama sebenar) meninggal akibat kemalangan . Masalah nya sekarang Sara selalu teringat pada arwah ahmad ni dan kadangkala dia seperti rasa arwah berada dekat dengan dia . Saban hari dia merasa sebegitu . Sehinggakan dia juga menjadi seorang yang takutkan kegelapan . Sara juga sering bermimpi tentang arwah . Sara terlalu sukar melupakan arwah walaupun perkara ini telah berlalu selama 1tahun setengah . Dia benar2 merasa bersalh kerana pada malam sebelum kematian ahmad , ahmad ada menghubungi sara tetapi sara tidak menjawab. Sekarang saya mahu tahu , adakah sara trauma atau pun mera bersalah akibat tidak dapat menjawab panggilan arwah buat kali terakhir ?? Dan bagaimana pula sara sering terbayang kan seseorang yang telah meninggal dunia sedangkan perkara terlalu lama telah berlaku ? plsss ustaz , saya benar2 tidak mahu sara sedih . saya sayangkan sahabat saya . terima kasih ustaz

~nurislam.

Perasaan macam tu biasanya lahir disebabkan terlampau sayang dan terlampau rasa bersalah. Kadang2 rasa trauma ni kita tak boleh nak jangka kehadirannya. Ustaz Love sendiri pernah mengalami trauma akibat kematian mak. Lepas sebulan arwah meninggal, baru terasa rindu yang amat sangat. Sebelum tu, biasa2 je.. rasa dah habis tabah dah.

Bila masuk bab kematian ni, ada di kalangan kita selalu menghadapi suatu perasaan yang ralat, rasa bersalah, rasa terkilan dsb. Ada yang terkilan sebab tak sempat nak minta maaf kepada si mati. Ada yang rasa ralat sebab tak sempat nak tunaikan permintaan si mati. Ada yang rasa bersalah sangat sebab tak ambil berat tentang si mati semasa hidupnya dan pelbagai lagi perasaan yang sukar nak diungkapkan. Bagi mereka, dah terlambat untuk bertindak bila orang tersebut telah meninggal, lalu timbullah pelbagai luahan perasaan dan rasa terkilan sebab tak sempat nak buat sesuatu, padahal semasa hayat arwah, banyak masa untuk ditunaikan.. bila beliau dah meninggal, masa itu baru terasa menyesal.

Yang paling dahsyat bila seseorang itu menjadi sebab kematian seseorang.. contohnya tak sengaja membunuh, kemalangan akibat memandu secara cuai, terlanggar anak semasa nak mengundurkan kereta dsb.. yg itu memang traumanya akan terasa sampai ke akhir hayat. Jika tak teringat sepanjang masa pun, sekali sekala akan teringat peristiwa tersebut.

Apa yang berlaku kepada Sara pada pandangan Ustaz Love, beliau memang mengalami trauma. Beliau trauma disebabkan terasa sangat bersalah kerana tidak mengangkat telefon yang merupakan perkara terakhir yg dilakukan oleh Ahmad terhadap beliau. Mungkin jika beliau bercakap dengan arwah pada malam itu, situasinya akan berbeza. Namun, itu semua sekadar teori ‘mungkin’ dan ‘kalau’. Itu lumrah bagi seseorang yg menyesal atas perbuatanya.

Terbayangkan seseorang yang dikasihi itu juga adalah lumrah.. tiada apa2 yg misteri di sebaliknya (terkena gangguan ke, apa ke). Seorang ibu yang kematian anak berbelas tahun yg lalu pun, masih lagi teringat2 kepada arwah anaknya walaupun beliau mempunyai anak2 lain yang boleh menghiburkan hatinya. Bahkan seorang isteri juga sekali-sekala akan teringatkan kekasih lama walaupun di sisinya ada suami yang sangat dicintainya.

Bab2 ingatan ni kita tak mampu nak halang. Kita cuba sedaya upaya nak melupakan, namun bila terlintas, kita akan teringat juga. Ia sangat bergantung kepada tindakan kita sendiri untuk mengawalnya.. kalau kita biarkan dan layan perasaan itu, mungkin ia akan kembali menekan jiwa. Namun, jika kita cepat2 sedar dan melakukan perkara yg sepatutnya (selain drp termenung melayan perasaan), insyaAllah, ia akan menjadi seperti angin yang lalu.. terasa hembusannya, tapi tidak menyakitkan muka..

Saudari ajaklah Sara untuk sentiasa berada dalam jemaah.. hidup bersosial dan tak memencilkan diri. Bila kita berada di kalangan orang ramai, ia sedikit sebanyak membantu proses penyembuhan perasaan itu. Jika dibiarkan bersendirian, beliau akan selalu termenung melayan perasaan. Namun, jangan memaksa untuk sentiasa berada di sisinya.. sebab setiap orang perlukan masa untuk privasi diri, Orang yang tertekan, jangan diberikan lagi tekanan. Minta izin daripada beliau untuk menemaninya. Jika beliau nak bersendirian, hormati kehendaknya.

Jika beliau nampak dah semakin kronik, saudari kena dapatkan bantuan daripada keluarganya. Biar keluarganya membantu proses pemulihan (contohnya bawa beliau berjumpa kaunselor, pakar psikiatri dsb). Jangan sampai saudari pula yang tertekan melihat keadaannya. Kita kena sedar, kita hanya mampu berusaha.. sedangkan natijahnya Allah juga yang akan menentukannya.

Jadi, berusahalah sehabis baik untuk membantu Sara, tetapi jangan sampai mengabaikan kesihatan dan keperluan diri sendiri. Banyakkan berdoa untuk Sara. InsyaAllah, doa daripada seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain akan dimakbulkan Allah untuk sahabatnya itu dan juga untuk orang yang mendoakannya.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 Comments

Add a Comment
  1. a’kum ustaz..

    adakah benar, haram hukumnya lelaki memakai inai seperti mana yang banyak pengantin lelakii buat sekarang, pakai di 3 jari kanan dan kiri?jika ya, bagi yg pernah buat, bagaimana nak tebus kesilapan dulu?

    1. Ya..mmg betul. Inai itu termasuk dalam perhiasan wanita yg haram dipakai oleh lelaki kecuali bagi tujuan yg dibenarkan syarak spt utk tujuan mengubati penyakit kuku (cagu). Banyakkan istighfar.

  2. salam ustaz… sy pun alami perkara yg sama dgn sara.. sukarnya sy mengenepikan rasa bersalah ni.. da 10 thn berlalu ustaz… sebelum arwah meninggal dunia dia ada call sy n meluahkn perasaannya.. tapi saya tolak cara baik (saya n dia pernah berkasih sblmnya tp putus utk beri laluan pd plajaran). kemudian sy further study.. sy mungkir janji x call n hubungi dia lg walau sbg kawan. sepanjang kami lost contact, arwah mencari sy n bertanya kawan2 dimana sy.. tp sorg pun x tahu.. ustaz..sblm pergi die bgtahu kawan sy sekiranya dia xde lg dia minta kawan sy sampaikan pd sy yg die akan tunggu sy smpai mati. dan die kata die x tau camane cara nk lupekan sy… selepas tu dia accident n meninggal dunia…. da lama die meninggal n sy baru tahu bila terserempak dgn kawan lama sy tu.. ya Allah berdosanye sy pada dia… sy dihantui rasa bersalah walaupun da 10 thn dia meninggal dunia… bagaimana sy nk didik hati sy ni spy lupakan dia ustaz.. sy redha takdir Allah… tp sy kesal dgn sikap sy yg terlalu mementingkn diri dulu… 🙁

  3. Asalamualaikum ustad ,
    Saya mempunyai seorang kekasih ,dan dia sudah meninggal satu tahun lamanya..dia meninggal karena dibunuh ,aku dan keluarga sangat miris mendengar kemtiannya bahwa dia sudah dimakamkan sebelum kami mengetahuinya ..yang aku lihat hanyalah foto dari kapolres yang menangani kejadian tersebut, fotonya penuh darah disekujur tubuhnya aku sempat tak percaya kalau dia kekasihku, yang membuat aku harus yakin pakaian yang dikenakan saat terakhir kalinya dia hendak pergi dari rumah …saat itu dia akan pergi melakukan transaksi mobil ,ketika orang tuanya menghubungi ponselnya sudah tidak aktif lagi , kami dan keluarga sangat cemas saat itu ..kamipun berfikir mungkin dia tidak melakukan transaksi, dan menggunakan uang itu untuk bersenang-senang & berfoya-foya ,karna aku tau sekali sifat dia.dan setelah itu kami mememutuskan untuk tidak menunggu dan mengkhawatirkanya lagi .beberapa hari setelah itu akhirnya kabar buruk datang .Bahwa dia sudah tak bernyawa lagi .Begtu sulit bagiku saat itu menerima kenyataan itu

    Yang saya tanyakan..bagaimanakah untuk meyakinkan hati ini bahwa dia sudah tiada lagi ,saya selalu terlintas bayangannya setiap aku melakukan aktivtas,dan terkadang aku merasa tak berarti hidup tanpa dia lagi ..
    Pada suatu ketika aku membuat acara makan malam dirumahku ,ada temanku yang bisa melihat alam gaib…dan dia mengatakan kepadaku bahwa almarhum memeluku dari belakang. dan temenku berkomunikasi dengannya ,dia memintaku untuk kemakamnya karna ada sesuatu yang ingin disampaikan sebelum dia akan meninggal.Apakah yang dikatakan benar ustad itu jin korinnya?

  4. Assalamualaikum. Saya baru kehilangan tunang akibat kemalangan. Adakah saya dapat bertemu dia kembali di akhirat nanti?saya sangat rindu kan dia.

  5. Salam Ustaz, Saya ade beberapa soalan,

    Tunang(perempuan) saya baru meninggal 2 minggu lepas,

    1) Boleh ke kami berjumpa di syurga kelak?

    2) Adakah arwah akan mungkar jika saya cari pengganti?

    3) Adakah doa saya akan sampai ke arwah, kerana kami tidak sempat untuk menjadi suami isteri yg sah.

    Trimas ustaz!

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme