I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Terbaca Rahsia Silam Ibu

saya anak kedua drpd 4 org adk beradik saya. walaupun sya memiliki adik, namun secara amnya, sya tahu dia bukn adik kandung sya. kerana saya prnh membaca peti msj di dlm handphone ibu saya, seorg lelaki ‘tentera’ pernh menyatakan ” tolg jga ank ank I elok2 ye, I sayg U”. sya percaya itu bukn msj drpd ayh sya. cara ayh sya menghnta msj kpd ibu sya berlainan drpd mmsj yg sya bce. sya juga tahu itu bukn nombr telefon ayh sya. walaubagaimanpun sya memg berhk diperslahkan kerana membaca msj ibu saya sesuka hati. ini kerana sya merasakn sesuatu yg disembunyikan oleh ibu sya drdp saya dan kakak kndg sya. hal ini tidk diketahui olh ayh sya. sya dan kakk sya menyimpn rahsia ini drpd saya berumur 11thun hinggilah sekrg sya sudh 17thun. sya rasa sya patut mengabrkan perkara ini kepada ayh sya, tpi sya takut kalau2 ibu bapa saya akn bergaduh besar, apa yg patut saya buat?

~gadis menderita.

Lama juga adik (cewahh) menyimpan rahsia ini ye. Kalau tanam pokok, dah boleh makan buah berkali2 dah. Tapi disebabkan saudari menyimpan perasaan, maka ia membuahkan rasa dendam dan tak puas hati. Alangkah baiknya jika saudari bertanya terus kepada ibu pada masa itu. Tapi, tak boleh juga nak salahkan saudari, sebab masa tu saudari masih kecil. Mungkin perasaan bercampur aduk antara takut kantoi (sebab membaca mesej di henfon ibu) dan tak boleh berfikir secara matang lagi. Mungkin akibat tak tertanggung menahan perasaan, saudari akhirnya keluar daripada kepompong penyimpanan dan cuba untuk menyelesaikan perkara ini.

Pada Ustaz Love, mesej atau tulisan itu boleh saja memberi seribu maksud. Alangkan kata2 manusia pun kerap disalah tafsir, apatah lagi tulisan dan teks yang tidak mempunyai intonasi dan tidak dapat memberi penjelasan panjang lebar atas kenyataan tersebut.

Sebelum saudari meneruskan hasrat untuk memberitahu sang bapa, saudari kena pastikan dulu kesahihan kenyataan saudari ini. Ini bukan perkara main2 yang boleh main gostan atau buat u-turn kalau tersilap. Apatah lagi dalam keadaan saudari sendiri tidak mempunyai bukti lain selain daripada sms yg saudari ‘pernah’ baca. Sudah lebih 6 tahun sejak peristiwa membaca sms tersebut. Kemungkinan besar sms itu telah dipadam dengan jayanya.

Sebelum Ustaz Love teruskan dengan permasalahan sebenar, Ustaz Love nak tarik sedikit perhatian pada perkara sampingan, iaitu berkaitan status ‘bukan adik kandung’. Jika adik saudari itu dijaga oleh ibu saudari dan bukannya dilahirkan sendiri oleh ibu (maknanya anak orang lain la), maka di situ jelas bahawa adik itu bukan adik kandung saudari. Tapi, jika dilahirkan oleh ibu saudari sendiri, ia adalah adik kandung saudari (sekalipun saudari yakin yang bapa saudari bukan bapanya). Pertalian antara saudari dengannya masih lagi sebagai adik beradik kandung seibu dan menjadi mahram dengan saudari (sekiranya beliau itu berjantina lelaki). Jadi, saudari kena betulkan kembali kefahaman saudari yang berkeyakinan bahawa adik itu bukan adik kandung semata2 disebabkan meragui status nasabnya dengan bapa saudari.

Masuk kepada persoalan sebenar..

Jika suatu masa dulu, saudari masih lagi belum matang untuk berbicara tentang isu ini, Ustaz Love yakin yang saudari sekarang ini dah cukup matang untuk berbincang mengenainya dengan ibu saudari. Apatah lagi dengan kehadiran kakak saudari yang dah tentunya 2x lebih matang daripada saudari. Fokus utama yang patut saudari fikirkan adalah bagaimana untuk berbincang dengan ibu tentang perkara ini dan bukannya berfikir macam mana nak bagitau ayah. Itu kemudian pun takpe.

Bila saudari dapat berbincang dengan ibu, insyaAllah, banyak perkara boleh diperjelaskan. Mungkin juga sms tersebut cuma sekadar gurauan daripada seorang kawannya (yg mungkin kita tak tahu dan tak kenal). Manusia ni bergurau banyak cara. Kadang2 sampai benda2 dalam kain pun diorang buat bergurau.. jadi, pakailah seluar di dalam kain..

Katakanlah, seandainya perkara itu tak benar (disebabkan kita salah faham) dan saudari terus menceritakan perkara ini kepada sang ayah, mungkin perkara yg saudari takuti itu akan berlaku. Saudari lebih kenal bagaimana perangai ayah saudari. Lelaki mahupun wanita masih mampu untuk menerima kelemahan dan kesilapan pasangannya, tapi bukan pada perkara yg berkaitan dengan kecurangan. Suami kaki judi, kaki botol, kaki busuk, kaki bangku dsb, isteri masih boleh terima dan bersabar serta berdoa agar suaminya itu berubah. Namun, kalau mengetahui yang suaminya itu berlaku curang, insyaAllah, perkara pertama yg akan keluar daripada mulut isteri adalah, “Awak ceraikan saya..”. Tak kira la curang tu bermaksud ada hubungan sulit (zina) ke, atau bernikah lain tanpa pengetahuan ke.. sbb istilah curang mengikut kefahaman isteri ini boleh ditafsirkan dengan macam2 tafsiran.. suami balik rumah lambat pun kadang2 dituduh curang, bawak masuk henset ke dalam jamban pun dituduh curang, tersengih sorang2 pun dituduh curang.. kiki..

Begitulah juga dengan suami.. isteri malas masak ke, isteri masak asam pedas tak letak belacan ke, isteri tak cukur bulu ketiak ke, isteri tidur berdengkur ke dsb, suami masih lagi boleh terima (walaupun selalu kena perli), namun bila diketahui isterinya itu ada hubungan sulit atau curang (tafsiran suami berkenaan curang itu satu je, iaitu bila isteri menjalin hubungan dengan lelaki lain, tak kira la hubungan cinta ke, hubungan badan ke), maka satu je yg akan keluar dari mulutnya, “Saya ceraikan awak..”.

Jadi, saudari kena fikir banyak kali sebelum mengambil keputusan untuk memberitahu ayah tentang perkara ini.

Jika terbukti selepas berbincang dengan ibu, ia hanyalah salah faham, maka saudari perlu meminta maaf kerana membaca mesej di telefonnya tanpa kebenaran dan perlu melupakan terus perkara ini. Saudari perlu percaya dengan zahir perkataannya, dan tak perlu nak bersangka2 sebaliknya.

Jika ibu mengiakan perkara tersebut, maka saudari perlu menasihatkan ibu agar berterus-terang dengan ayah yang adik saudari itu bukan anak kandung ayah (supaya tidak berlaku masalah di kemudian hari melibatkan persoalan wali (jika adik itu seorang perempuan) atau tuntutan hak perwarisan harta). Setakat itu saja yang mampu untuk saudari bertindak. Biarkan ibu saudari selesaikan masalah rumahtangganya dengan ayah. Saudari jangan terlibat dalam masalah mereka dan berasa bahawa saudari berhak untuk masuk campur atas kapasiti sebagai anak kandung. Sebab jika mereka bercerai sekalipun, saudari masih lagi tidak putus hubungan sebagai anak kandung.

Apa yang banyak berlaku hari ni, anak2 berasa sangat berhak untuk campur tangan dalam urusan ibu bapa mereka, sehingga membuatkan mereka jadi serba-salah. Bila anak memilih pihak (sama ada untuk menyokong ayah atau ibu), maka mereka menjadikan pihak yg lagi satu itu sebagai musuh, sedangkan mereka tidak terlibat pun dalam urusan ibu bapa. Ayah nak kahwin lagi, anak2 yang sibuk dok tentang ayah sehingga sampai ke tahap menderhaka, kononnya atas alasan nak membela nasib ibu mereka. Dalam hidup ini, masing2 ada peranan masing2. Kalau anak sibuk nak suntik orang di klinik disebabkan bapanya itu seorang doktor, maka klinik itu akan bungkus dan mungkin juga lesen sang ayah akan digantung. Tapi, kalu masuk bab masalah keluarga sendiri, pandai plak cakap dengan mak ayah tak payah sibuk2 nak masuk campur.

Sebelum itu, saudari berbincanglah dengan kakak tentang cara terbaik untuk berbincang dengan ibu. Dua kepala lebih baik daripada satu kepala. Mungkin kakak ada buah fikiran yang bernas untuk dicadangkan. Nak berbincang dengan orang lebih tua dan lebih kita hormat (seperti ibu), bukan macam kita berbincang dengan kawan2 atau adik beradik. Kalau cakap2 kita menyinggung perasaan kawan2, mungkin kita sekadar berdosa dan boleh hilang dengan istighfar serta permohonan maaf kepada mereka. Sedangkan menyinggung perasaan ibu bapa, bukan setakat berdosa besar, bahkan mungkin masuk dalam kategori anak derhaka yang takkan mencium bau syurga. Jangan buat main2 bab menjaga hati orang tua ni.

Apa pun, saudari buatlah penilaian yg terbaik. Minta petunjuk daripada Allah melalui jalan istikharah. Saudari sendiri lebih memahami situasi keluarga saudari. Jika saudari fikir menyembunyikan perkara ini adalah lebih baik, maka lebih baiklah saudari sembunyikan (bukan bermaksud saudari buat2 tak tahu.. tapi seandainya ibu mengiakan perkara itu dan memilih untuk merahsiakannya dengan alasan yg wajar). Jika saudari melihat mudaratnya lebih besar (contohnya jika melibatkan masalah perwalian jika adik itu seorang perempuan) dan ibu masih lagi nak merahsiakannya, maka saudari boleh meneruskan keinginan saudari untuk memberitahu kebenaran ini kepada ayah saudari.

Apa juga keputusan yg saudari ambil, ia tetap punya risiko dan hikmah di sebaliknya. Banyakkan bersabar dan berdoa kepada Allah semoga ditunjukkan jalan yang terbaik untuk saudari lakukan.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

Add a Comment
  1. (49:6)
    apapun selidik betul2 sebelum buat sebarang keputusan. sebab kalau salah gaya, benda betulpun akan jadi salah & mengeruhkan lagi keadaan. teliti & kaji perkara ni secara terperinci. sebab ianya melibatkan masa depan & hubungan sesama ahli keluarga saudari.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme