I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Teraniaya Kerana Dituduh Mencuri

Sy ingin bertanya,apakah hukumnya jika seseorg terinaya kerana dia di tuduh mencuri..dan dia sgt ingin membuktikan dirinya tidak bersalah tp tidak ada saksi dan bukti yg membantunya.dlm rasa kesedihan yg cuma rasa diri punya Allah sbg saksi dan dlm keadaan yg terdesak dimana rakan2 memaksanya mengaku atas kesalahannya dia cuma ada jln terakhir iaitu bersumpah atas Al Quran yg suci..tp di halang oleh salah 1 rakan kerana berkata “engkau seperti mempermainkan Quran!” Sy sbgai saksi kejadian itu,berkata “jika tidak ada sorg pun pecayanya kecuali sy,dan kmu memaksa dia mengaku benda salah yg dia akui tidak buat jd apa masalah kmu melarang dia bila dia di jln buntu?”

Skg ustaz,sy ingin tahu bagaimana menghadapi situasi sebegini sbg umat Nya yg kerdil bila terinaya and when the whole world are against us?
Terima kasih

~irna.

Tiada hukum mahupun hukuman buat orang yang teraniaya. Orang yang teraniaya bukanlah orang yang bersalah, jadi tiada hukum mahupun hukuman tertentu yang layak dikenakan ke atasnya. Ustaz Love faham, bukan itu maksud pertanyaan.. tapi Ustaz Love saja je nak buat jadi muqaddimah untuk menceriakan keadaan. Ceria tak? Ceria tak? Mungkin akibat terlalu serabut dan keciwa, saudari tak dapat nak susun ayat dengan betul.

Ustaz Love faham situasinya bila kena aniaya. Terasa macam seolah2 seluruh dunia menentang kita. Seluruh alam menjatuhkan hukuman terhadap kita, sedangkan kita tidak diberi peluang untuk membela diri. Itulah adat dunia. Orang mudah menjatuhkan hukuman disebabkan kuasa dan pengaruh yang ada pada mereka. Ada orang yang tak bersalah, dipaksa untuk mengaku salah supaya hukumannya nanti dapat diringankan. Kalau melawan dalam keadaan bukti tidak memihak kepada yang dituduh, kemungkinan besar akan didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman yang berat. Namun, mereka semua tak sedar, ada kuasa yang lebih besar daripada kuasa mereka itu. Bila Allah dah buat buat keputusan, maka tiada siapa yang dapat menghalang.

Oleh kerana saudari merupakan sahabat baiknya, maka saudari kena tenangkan hatinya. Ingatkan beliau tentang pentingnya bersabar dan berdoa dan tidak perlu takut dengan apa2 jika benar beliau tak bersalah. Kebiasaannya situasi paksaan untuk mengaku melakukan sesuatu perbuatan (seperti mencuri dalam kes ni) banyak berlaku di asrama. Para senior yang berlagak macam bagus kononnya cuba nak menyelesaikan problem tanpa campur tangan warden. Junior yang dituduh akan ditekan secara mental dan fizikal sehingga mengaku, atau terpaksa mengaku (sebab tak tahan kena psiko). Bila dah ramai2 orang menekan seorang, maka yang ramai2 tu rasa macam dah cukup kuat dan cukup benar.

Cadangkan kepada beliau untuk mengadukan perkara ini kepada warden. Jangan buat2 senyap je sebab senior2 atau rakan2nya itu takde hak untuk memaksa atau menuduh beliau melakukan sesuatu kesalahan. Mereka bukan hakim dan tidak melakukan apa2 prosedur perbicaraan. Menuduh seseorang dengan sesuatu kesalahan yang belum pasti lagi dilakukannya, adalah merupakan suatu kezaliman yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Dalam kaedah perundangan, seseorang itu tidak akan dikatakan bersalah, sehinggalah beliau dibuktikan bersalah di mahkamah. Biar warden yang menjalankan siasatan untuk membuktikan perkara ini dan dibicarakan serta dikenakan hukuman sekiranya benar beliau bersalah. Kalau warden sendiri tak menjumpai bukti yang mencukupi, maka tuduhan itu akan digugurkan dan tiada siapa yang boleh memaksa beliau untuk mengaku.

Perbuatan bersumpah dengan al-Quran bukanlah sesuatu yang diajarkan dalam Islam. Dalam Islam, al-Qasm (sumpah) adalah dengan mengucapkan perkataan Wallahi, Watallahi, Wabillahi, dan bukannya dengan bersumpah menjunjung al-Quran. Perbuatan seperti itu lebih mendekati ajaran Kristian yang bersumpah dengan meletakkan tangan di atas Bible dan diamalkan secara meluas bagi penganut mazhab Syiah (selain bersumpah dengan nama al-Husain). Dan sumpah2 sebegini juga tidak memberikan apa2 kesan terhadap sesuatu pertuduhan (bagi membuktikan seseorang itu benar atau salah). Setiap pertuduhan perlu dibicarakan, dan bukan dituduh dan kemudian terus dihukum.

Dalam keadaan ini, seseorang yang merasakan dirinya teraniaya, perlu yakin bahawa Allah itu ada dan akan mendengar segala doanya. Doa orang yang teraniaya ini tiada hijab dan akan dimakbulkan oleh Allah. Cuma mungkin cepat atau lambat, insyaAllah akan kita lihat kesan doa orang yang teraniaya ni.

Ustaz Love punya pengalaman dianiaya oleh seseorang. Dalam keadaan bukti tidak menyebelahi, hampir semua orang di sekeliling Ustaz Love telah menjatuhkan hukuman bersalah. Ustaz Love tiada muka pun untuk memandang ke atas. Ustaz Love cuma mampu berdoa agar ditunjukkan kebenarannya suatu hari nanti. Setelah sekian lama, akhirnya orang tersebut telah mengaku bahawa Ustaz Love tidak bersalah, itu pun selepas kehidupan beliau jadi tunggang langgang. Tidak la Ustaz Love nak kata yg doa Ustaz Love ni power, cuma nak bagitau pengalaman sendiri bila dianiaya dan bagaimana Allah membalasnya tanpa perlu Ustaz Love susah payah nak fikir macam mana nak balas dendam atas perbuatannya.

Ini semua adalah ujian buat beliau. Mungkin sebelum ni beliau selalu lalai dalam mengingati Allah, lalu diberikan sedikit ujian sebagai peringatan dan menghapuskan dosa. Atau mungkin juga Allah nak tingkatkan darjatnya. Yang penting, beliau kena banyak bersabar dan banyakkan berdoa. Itulah senjata yg paling ampuh bagi umat manusia.

Dan saudari kena nasihatkan kawan2 yang menuduh itu, agar meminta maaf kepada orang yang dianiaya dan dituduh itu, sebelum doanya tertimpa ke atas mereka. Serahkan saja kes ini kepada pihak yang sepatutnya untuk melakukan siasatan dan dakwaan. Jangan serabut2 kepala nak tuduh orang sana-sini.

Ustaz Love doakan semoga kes rakan saudari ini dapat diselesaikan dengan cara terbaik.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 Comments

Add a Comment
  1. Ustaz, skrg saya dituduh mencuri tetapi ada bukti didlm cctv? Sedangkan saya hanya membawa barang itu dan beri kpd customer, lalu polis sedang mencari saya, apa yg harus saya lakukan?

    1. Jangan lari daripada polis. Sebaiknya saudari serahkan diri dan beri kerjasama penuh bagi membantu siasatan. Kalau saudari lari, lagi la orang syak itu memang perbuatan saudari. Jangan takut. Banyakkan berdoa pada Allah semoga Allah melindungi saudari daripada sebarang penganiayaan.

  2. Ustaz abg sy tuduh sy mencuri duit dy . Dy suro sy pegang duit dy untuk bg ke ayh sy tp mse tu hujan.Sy letak ke suatu tmpt yg dy sendiri nmpk. Tp esoknye ketika sy hndk bg ia hilang . Dy tuduh sy sbb dlm tabung sy ad bnyk duit 50. Sy msih sek tp part time catering dgn gaji 70ringgit.setiap gji tuu sy cme gne 20 ringgit shje. Sy cme tinggl berdua dgn abg sy . Ayh sy tinggl di umah nenek sy . Tolong sy ustaz

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme