I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Solat Di Masjid Atau Di Surau?

ustaz,

dekat dgn taman perumahan saya, telah ada sebuah surau.lebih kurang 100 meter dari rumah..yg ni penuh lah dgn jiran2 saya 300 meter dari surau tu ada lak masjid. saya lebih suka pegi ke masjid..sebab kadang2 ada kuliah.. kalau dlm keaadaan mcm ni, yg mana perlu diutamakan, surau yg betul2 dekat dgn rumah atau masjid?pasal dua2 tu dekat je hati saya lebih suka duduk masjid, tapi bila tak pegi surau jiran2 dok tanya lama tak nampak.

~abangmi

Dalam kita nak membuat keputusan untuk mendahulukan sesuatu, kita kena tengok keutamaan (awlawiyyat) perkara tersebut. Banyak perkara perlu diambil kira dan mungkin akan berubah mengikut situasi dan masa. Kita nak makan pun kena tengok poket dulu, cukup ke tak kalau nak makan kat restoran.. kalau tak cukup, mungkin kita akan memilih untuk makan kat warung tepi jalan je.. kalau makan kat warung pun menyebabkan kita tak cukup duit tambang nak balik rumah, mungkin kita akan menahan lapar untuk sementara waktu sehingga sampai ke rumah.. kat rumah kita bleh makan nasik dengan kicap je (sadis gak perumpamaan ni..kiki).

Jika kita menilai perbandingan keutamaan masjid dan surau dari sudut keistimewaan atau ganjaran, sudah tentu tanpa syak lagi kita akan memilih untuk pergi ke masjid. Sebab kalau kita pergi ke masjid, lagi banyak pahala.. melangkah pun dapat pahala, duduk dalam masjid beriktikaf pun dapat pahala.

Pahala sembahyang jemaah bagi seseorang lebih daripada sembahyang bersendirian, sama ada di tempat kerjanya (di pasar) atau di rumahnya dengan gandaan dua puluh lima darjat. Kerana orang yang telah menyempurnakan wuduk kemudian pergi ke masjid dengan tujuan untuk bersembahyang semata-mata, maka setiap langkah perjalanannya itu diberi satu darjat (pahala) dan dihapuskan satu dosa sehingga dia masuk ke dalam masjid. Dan apabila dia berada di dalam masjid dia dianggap seperti orang yang bersembahyang selagi dia menunggu untuk berjemaah. Dan para malaikat mendoakan untuk seseorang selagi dia berada di tempat sembahyangnya dengan doa : Ya Allah ya Tuhanku, rahmatilah dia, ampunilah dia, terimalah taubatnya selama dia tidak menyakiti, dan tidak berhadas di tempat itu“. (HR. al-Bukhari dan Muslim)

Di masjid itu juga ada majlis ilmu..

Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu,maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.” (HR. Muslim)

Di masjid juga, solat berjemaah dipimpin oleh imam yang bertauliah. Maksud Ustaz Love dengan tauliah di sini adalah imam yang dilantik oleh Majlis Agama selepas melalui proses temuduga dan disahihkan kelayakannya (setelah namanya dicadangkan oleh Jawatankuasa Masjid) ataupun memang dilantik daripada pegawai Jabatan Agama Negeri itu sendiri. Bukan nak kata imam surau tu tak berkelayakan, sebaliknya sekadar nak menjelaskan. Ada juga imam masjid yang tak berapa betul bacaannya (mungkin imam tu dah tua, atau takde gigi dsb) dan ramai juga imam surau yang bacaan mereka dalam solat seperti imam Haramain (imam Mekah dan Madinah). Cuma kebiasaannya proses perlantikan imam surau ini adalah dibuat oleh Jawatankuasa Surau dan tak semestinya mendapat tauliah daripada Majlis Agama. Pendek kata, jika dalam sebuah kampung itu ada seorang imam masjid, kebiasaannya beliau itu memang berkelayakan untuk menjadi imam (disebabkan ada kelayakan ilmu agama dan kelayakan fasih dalam bacaan).

Ustaz Love tak berhajat nak memanjangkan entry perbezaan masjid dan surau. Nak terus kepada pokok persoalan.

Kita kena kembali menilai asas niat kita pergi solat secara berjemaah.. jika kita niatkan semata2 kerana Allah, maka kita akan mencari jalan untuk memperbanyakkan amalan yg mendatangkan pahala, dan mengutamakan apa yg utama menurut pandangan syariat.

Untuk menentukannya, maka kita kena melihat fungsi 2 tempat ibadah ini. Walaupun kedua2 fungsinya adalah untuk tujuan mendirikan solat berjemaah, namun fungsi dan peranannya yg lain agak berbeza. Antaranya, solat Jumaat itu hanya didirikan di masjid dan bukan di surau (kecuali surau2 yang telah dinaiktaraf menjadi surau Jumaat). Yang menjadi masalah kebanyakan masjid di Malaysia adalah kawasan solat yang tidak mencukupi untuk menampung bilangan jemaah solat Jumaat yang ramai. Namun, jika dilakukan pembesaran terhadap bangunan masjid, jumlah jemaah solat fardhu tetap sama je setiap hari (Subuh ada 2 saf, Zohor separuh saf, Asar 1 saf, Maghrib 5 saf, Isyak 7 saf – contohnya). Macam membazir buat masjid besar2, tiang masjid lagi banyak daripada jemaah yg solat. Kalau pasang khemah je kat luar (untuk jemaah yg tak muat nak masuk masa solat Jumaat) dikatakan pihak masjid kedekut nak keluar duit, sedangkan kutipan Jumaat beribu2 ringgit. Ini antara dilema pengurusan masjid.

Tujuan pembinaan surau yg berdekatan adalah untuk mengumpulkan jemaah yang berada di sekitar supaya dapat menunaikan solat berjemaah. Mungkin kalau nak pergi masjid tu, jauh sangat.. jadi, gi surau pun ok dah. Tapi kalau dah lekat hatinya di surau (untuk solat berjemaah dan menghadiri program agama), maka tingkatkanlah kualiti dengan istiqamah menunaikan solat di masjid pula. Agar masjid dapat dipenuhi dan kesatuan hati dapat dilihat (semua solat di masjid, dan surau2 digunakan untuk program2 muslimat dan program anak2). Masa tu, Jawatankuasa Masjid pun takde masalah nak buat kertas kerja membesarkan masjid kepada pihak Majlis Agama disebabkan adanya keperluan (solat Subuh pun dah macam solat Jumaat).

Bila ramai ahli jemaah, program agama pun akan makin rancak dilaksanakan (contohnya macam Masjid Jamek KL yang mengadakan kuliah Zohor secara rutin). Duit kutipan masjid pun akan bertambah (Jawatankuasa Masjid tak payah susah2 nak mohon peruntukan daripada Majlis Agama untuk mengeluarkan bajet mengadakan program). Kualiti bangunan pun dapat dijaga (boleh upah tukang cuci jamban, tukang kebun dsb). Bila masjid2 hidup dengan program agama, insyaAllah, masyarakat sekitar akan dapat manfaat dan keberkatannya.

Jadi, pada pandangan Ustaz Love, adalah lebih baik abangmi mengajak jemaah surau untuk menunaikan solat di masjid (dengan mengiklankan program masjid spt kuliah, ceramah, ada imam hensem yang bersuara merdu dsb.. kiki). Nak bersosial ni, jumpa kat padang permainan pun dah ok dah.. sbb tujuan utama kita gi masjid adalah untuk melakukan ibadah. Bab sosial ni kita letak kat tempat kedua.

Ada segelintir jemaah surau, kalau takde program (setakat yg Ustaz Love nampak, tapi bukanlah majoriti) mereka bersembang2 di beranda surau. Ada juga yang merokok, makan biskut cicah air kopi (yg diambil daripada sumbangan jemaah untuk program surau), tidur berdengkur dsb sementara menanti masuknya waktu solat Isyak (biasanya aktiviti mcm ni dilakukan selepas Maghrib). Kat masjid2 pun biasa juga berlaku. Jadi tak aman nak beribadah akibat terganggu dengan sesi2 ramas mesra antara jemaah.

Bila kita faham dengan jelas fungsi surau dan masjid ni, insyaAllah, suatu hari nanti semua program boleh disatukan di masjid. Tak perlu ada 10 program korban dalam satu kampung. Masjid nak buat program, bertembung dengan surau tu, surau sini buat esok, surau sinun buat lusa, surau sinan buat tulat.. nampak sangat takde kesatuan. Kan bagus semua surau2 tu gi hantar lembu2 nak buat korban kat masjid, sembelih kat sana, agih pun kat sana.. boleh la sorang dapat banyak kilo sket daging. Macam tu jugak aktiviti2 lain spt sambutan Maulidur Rasul, Awal Muharram, solat sunat hari raya dsb.

Masjid didirikan untuk menyatukan umat. Jangan jadikan surau2 sebagai pemecahnya. Jika tak boleh nak bersatu sekalipun, jangan lupa menyokong program2 yang baik yang dianjurkan oleh pihak masjid. Dan masjid2 juga kena ambil peduli keperluan surau2 yang berada di bawah jajahannya.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Comments

Add a Comment
  1. salam ustaz.. saya bekerja dari pukul 8 – 6ptg di restoran…bila bekerja, baju saya dlm keadaan kotor, sebb berpeluh, kena minyak, abu kuali dan air kotor sbb berkerja di bahagian dapur..jadi saya tidak yakin untuk solat dalm keadaan diri sya yg kurang bersih , jadi bolehkh saya qada waktu solat zohor saya kerana fizikal saya dlm keadaan kotor?

    1. Tak boleh. Saudara kena tunaikan solat pada waktunya sekalipun pakaian kotor. Pakaian kotor boleh di bawa solat. Yg tak boleh adalah pakaian bernajis. Itu pun boleh dicuci sebelum pakai utk solat.

  2. Sy nk tanya..ustaz memberi jawapan daripada fakta ataupun melihat dari sudut keadaan semasa.. bukti kan lah sesuatu agar saya boleh memahaminya. Bagi saya.. saya lebih tenang solat di surau daripada di masjid yang lebih bersikap kroni.

    1. jgnlah bersangka2 buruk. Marilah kita bersatu dari bersikap berpecah belah. Masjid adalah tempat paling sesuai utk kita bersatu. Mcm kt taman saya…ade 4 surau dan 1 masjid. Kalau nk kira segan/malas…mmg pegi surau je….sbb dkt dgn rumah…tapi jika difikir kesatuan satu komuniti taman, elok kite pegi masjid.

  3. Assalamualaikom Ustaz,

    Saya cuma nak bertanyakan satu soalan sahaja iaitu tentang Solat Qasar dalam senario berikut. Saya menetap di Selangor dan mula bergerak ke Melaka dan bermukim selama 3 hari sahaja. Hari ke 4nya saya bergerak keluar dari Melaka menuju ke Pulau Pinang dan cuma bermukim selama 3 hari juga di sana. Soalan saya, adakah saya boleh mengqasarkan solat sewaktu di Pulau Pinang atau saya mesti solat secara tamam olehkerana saya telah bermusafir lebih dari 3 hari sejak di Melaka ?. Mohon sedikit pencerahan dari Ustaz. Sekian, Syukran Jazakallah.

    Nota : 3 hari bermakna tidak termasuk hari perjalanan pergi dan balik dari samada Selangor atau Melaka.

    1. boleh qasarkan solat di Penang sbb kiraan bermukim itu dikira pada jumlah hari pada satu tempat, dan bukannya ikut jumlah hari perjalanan. Kalau mengembara satu dunia dan tinggal pada satu2 tempat itu tak lebih 3 hari, maka sepanjang pengembaraan itulah boleh dilakukan solat qasar.

      1. Salam Ustaz Love,

        Terima Kasih banyak2 kerana sudi beri maklumbalas tentang solat Qasar yang saya tanyakan. Alhamdulillah, akhirnya Allah SWT telah menemukan saya dengan seseorang yang dapat menjelaskan isu2 kekeliruan agama pada orang yang jahil macam saya ni. Jazakallah Khoiron Kathiro.Semoga Allah SWT kurniakan keberkatan, rahmat dan redhoNYA atas jasa2 Ustaz Love yang banyak membantu umat-umat Islam kita yang lainnya.

  4. ustaz love,
    bersabit dari jawatan ustaz di atas, mohon pencerahan sedikit lagi berkenaan dengan politik semasa. situasinya, di kampung saya, ramai orang kampung bersembahyang jemaah di surau yang beraliran `hijau` manakala di masjid yang beraliran `biru`. saya cukup keliru bersembahyang dengan jemaah mana yang lebih baik (tidak menafikan kelebihan masjid). cuma hati saya lebih terarah sedikit untuk berjemaah di surau tetapi dari segi sembahyang berjemaah saya di masjid. mohon pencerahan ustaz.

    1. dalam solat berjemaah, kita memilih imam yg terbaik.. tak kira la imam biru ke, imam hitam ke, imam kaler pelangi ke.. dan biasanya imam yg terbaik ada di masjid (sbb imam itu kebiasaannya dilantik melalui proses temuduga), berbanding imam surau yg kadang2 dilantik sebab selalu ada kat surau.

      WA

  5. salam ustaz , saya nk tya .saya sbnrnya lbh suka solat jemaah di masjid berbanding surau .tpi mslhnya ayh sya suruh prgi brglir2 surau dan masjid.mcm mna ni ustaz??

  6. Surau dan masjid adalah sama iaitu tempat yg dikhususkan utk solat.

    Tak kisah mana2 pun sama ada surau atau masjid

    Kita boleh solat tahiyyat masjid walaupun kat surau kerana org melayu sahaja yang panggil surau atau balaisah
    Hakikatnya ia adalah masjid.

    1. Ya hakikatnya surau tetap masjid. Istilah surau sebenarnya ialah masjid kecil. Perlu diingati masjid nabi yang mula-mula dibina sangat kecil dan tiada bumbung pun. Jika surau itu bukan masjid, maka kenapa pula orang bersolat berjemaah di dalamnya? Adakah sah solat berjemaah di dalam surau kerana ia dikatakan bukan masjid? Allah menyuruh kita memakmurkan MASJID atau Surau?. Jadi masalah ini hanya masalah khilaf istilah apa itu masjid iaitu Masjid adalah tempat bersolat.Istilah baru ciptaan manusia untuk masjid kecil dan masjid besar. Ada juga berpendapat masjid itu mesti di atas tanah wakaf dan tidak di dalam pejabat dan di tingkat atas dlm pasaraya. Bagaimana pula dengan masjid yang bertingkat2x? Adakah sah solat di atas tkt atas? bagaimanakah rupa masjid yang sepatutnya dalam Islam? Adakah perlu ada menara? Kubah? Dilakukan solat jumaat? keluasan utk Makmum lebih 300 org? 1000org? atau dari segi fizikal atau pentadbiran masjid? Semua ini tidak ditetapkan dalam Islam, hanya pendapat-pendapat Ulama shj. Semuanya berdasarkan kepada anggapan niat manusia yang sedang beribadat sama ada ia di dalam surau atau masjid.

  7. Assalamualaikum ustaz. Harap ustaz dapag baca komen ni. Sy nak bertanya, boleh ke surau dibina jauh sekitar 200m dri surau lama dan dua2 masih aktif. Setiap hari sy dengar azan dua kali.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme